-jangan menangis kalau baca-

cik sakura baru sahaja membalut hadiah untuk diberikan kepada seseorang..bulan APRIL ini adalah bulan seseorang menyambut hari lahir..ye cik sakura tak pernah lupakan tarikh lahir insan ini walaupun hati cik sakura telah banyak terluka sebab insan ini..mungkinkah ini hadiah terakhir dari cik sakura atau sebaliknya..

tiada kad cuma sedikit nota kecil..cik sakura tak mengharapkan apa-apa atas pemberian ini..sebab cik sakura hanya berserah pada TUHAN..TUHAN yang menentukan segalanya..cik sakura tak minta diri ini untuk jadi sanjungan setiap masa..sebenarnya telah lama hadiah ini cuma baru sekarang cik sakura nak bagi..mama cakap kalau dah niat nak bagi orang itu jadi berilah..mungkin itu rezeki dia..papa hanya diam membisu dan tersenyum tawar..cik sakura tahu mungkin papa hanya sedapkan hati cik sakura yang betul-betul terluka ini..

sejauh mana cik sakura terluka hanya cik sakura yang mampu merasainya..tahun ini adalah tahun ke tujuh..tujuh tahun yang tiada apa-apa selain penipuan dan dusta semata-mata..kepercayaan pun tiada lagi dalam perhubungan ini..ye semua kepercayaan yang cik sakura beri hancur musnah akibat pembohongan yang selama ini cik sakura tak nampak..tapi kenapa hati ini masih sukar untuk memadam kenangan lalu..orang yang menghancurkan perhubungan cik sakura pun sudah hidup dengan orang lain..bahagia atau tidak itu cik sakura tak tahu..tapi antara cik sakura dengan si 'dia' antara kami memang bagai retak menanti belah..cik sakura memang cuba jauhkan diri dan berusaha untuk melupakan dia..

esok cik sakura nak pos hadiah ini..sebagai ingatan terakhir..cik sakura tak sekejam untuk terus berdendam..setelah terima nasihat dari mama dan papa mungkin ini rezeki terakhir dia dari cik sakura..sebelum terlewat cik sakura ucapkan SELAMAT HARI LAHIR..doa cik sakura supaya si 'dia' berubah dan tidak meneruskan perbuatannya menyakitti hati orang lain..insyaallah..

3 comments:

  1. hope cik sakura sabar walau cik sakura tetap sedih dengan tindakan cik sakura. Mungkin benar kata ibu cik sakura,apa yang ingin cik sakura ingin berikan itu ada rezeki untuknya. Semoga cik sakura temui kebahagiaan yang sebenar suatu hari nanti. insya-ALLAH....

    ReplyDelete
  2. SEmoga cik sakura sabar dan tabah dengan apa yang cik sakura lalui.

    ReplyDelete
  3. @Mawar Ungu
    terima kasih mawar ungu..terima kasih untuk doa itu juga..xmampu nak berkata apa cuma terima kasih kepada mawar ungu atas nasihat itu..

    ReplyDelete