-setandan pisang tak kan busuk semuanya-

perbahasa melayu ini kaya dengan adat, tata susila, budi pekerti dan tahu menjaga ketimuran sebagai orang melayu..nak puji dengan cara tersendiri nak menyindir pun dengan cara yang tersendiri..takut ada sifat bongkak dalam diri dan takut ada yang berkecil hati sehingga merana badan..tak gitu mak piah oii..siapa mak piah..makcik jual popia kot..lalala..

dalam setandan pisang tak kan semua buahnya rosak dan busuk..ada yang boleh di makan jugak..kalau dah masak ranum tu boleh jugak dibuat lepat atau cekodok..makan waktu minum petang sambil di hidangkan dengan air teh mahu pun kopi..kan sedap tu..sedap hingga menjilat jari..tapi tak kan sebab sebiji yang buruk atau busuk habis setandan menjadi mangsa..hmm..satu pemikiran yang salah..

disebabkan seorang, satu kelas dapat malu..tadi ada seorang pelajar mengadu kepada cik sakura..katanya kelas dia mendapat malu akibat seseorang..ada seorang budak telah melakukan kesilapan yang besar sehingga mengaitkan seluruh pelajar dalam kelas itu..maruah nama kelas tergadai..kalau orang tak tahu nama mesti orang tanya kan budak jurusan apa tahun apa semestar berapa batch mana..jadi secara tidak langsung nama-nama yang tidak berkaitan menjadi berkaitan pulak..dan akan keluar lah satu kenyataan 'budak-budak jurusan itu memang perangai macam tu'..

perkara ini bagi cik sakura sudah biasa..hidup di kampus macam-macam pemikiran kita jumpa..disebabkan seseorang nama bidang yang kita belajar pun turut dikaitkan..tapi ini semua budaya lama..mungkin satu hari nanti pasti akan berubah..kita semua diberi ilmu untuk berfikir..jadi gunakanlah ilmu itu sebaik mungkin..tak guna nak pikirkan masalah kampus sebab anda semua sekarang sedang menduduki peperiksaan akhir..baik fokus dengan exam dulu..kan kan kan..

 

4 comments:

  1. kerana nila setitik. rosak susu sebelanga

    ReplyDelete
  2. tu sgt biase. klau dr pndgn student lak, bila ad sorang lctrer kntoi khalwat, student akn ckp, "lctrer mmg mcm tu. xckup ank bini kt rmh, nk jgk khlwat dgn pmpuan lain." vice versa

    ReplyDelete
  3. macammana pula kalu akibat nila setitik rosak susu sebelanga

    ReplyDelete
  4. @yad'z
    betul tu..

    @danial
    yup betul jugak..mungkin..pusing2 kat situ juga..

    @azizul
    konsep yang sama juga..disebabkan seseorang atau satu benda tapi orang lain juga kena tempias..

    ReplyDelete