-pergi-


tiada apa lagi yang hendak diucapkan..tiada lagi tangisan yang akan mengalir..segalanya telah berakhir..mungkin ini semua ketentuan TUHAN..berakhirnya episod semalam maka berakhir juga segala-galanya..tiada lagi ikatan yang dibina walaupun atas dasar kawan..cukup la sampai di sini sahaja..apa yang terjadi munkin ada hikmahnya..walaupun jujur katakan masih ada lagi perasaan itu namun biarkanlah ianya berakhir..memang dah tak sanggup nak teruskan..tak sanggup untuk terus terluka entah kali berapa..

kini diriku ini bukan milik sesiapa lagi..dan tiada lagi cinta antara kita..segalanya telah berakhir..anggap sahaja kehadiran ini hanya seperti bayang-bayang silam yang hadir untuk seketika..lenyapkanlah bayang-bayang ini dengan kehadiran insan lain..anggap sahaja tidak pernah kenal antara satu sama lain..itu sudah cukup untuk membayar harga hati yang terlalu terluka..

bukan membenci tapi tolong jauhkan diri..jangan sesekali hadir atau kaitkan nama lagi..untuk apa timbulkan nama kalau dulu diri ini dirahsiakan dari pengetahuan orang..cukup banyak yang terjadi..segalanya telah berakhir..tak sanggup melihat mama mengalirkan air mata lagi melihat anaknya teralu terluka dan sanggup melihat papa yang diam membisu tanda hatinya sedih atas apa yang terjadi pada diri ini..cukup segala penipuan untuk diri ini..tapi penipuan yang telah dilakukan kepada keluarga itu memang saya tak dapat terima..

dan kalau awak tak nak pergi biarkan diri ini yang pergi..ini sahaja yang mampu untuk dilakukan..antara kita memang tiada apa-apa lagi..anggap sahaja pemberian itu sebagai rezeki untuk awak..itu sahaja yang mampu saya lakukan untuk membahagiakan awak di hari lahir..7 tahun bukan tempoh yang singkat untuk melupakan awak tapi 7 tahun itu banyak mengajar saya tentang sesuatu perkara..selamat tinggal..

6 comments:

  1. pergi???tajuk entri tbaru kita bdua hmpir sme..ekekekekekekeek..tp pengisian je yg bbeza..wakakakaka

    ReplyDelete
  2. hye thnkz snggh blog sy...ad mse join lh giveaway yg sy bt keh

    ReplyDelete
  3. salam...datang sini jalan² dari blog BA... :)

    ReplyDelete