-SELAMAT HARI RAYA dari cik sakura-


terlebih dahulu cik sakura dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua umat islam tidak kira di mana jua anda berada dan terutama sekali kepada para bloggers yang cik sakura sayangi..cik sakura pohon ampun dan maaf andai kata terkasar bahasa atau tersilap budi bicara sepanjang penglibatan cik sakura dalam penulisan blog..jika ada yang berkecil hati dengan penulisan cik sakura sepuluh jari cik sakura susun untuk pohon kemaafan..

selamat hari raya sekali lagi..pagi raya selapas sembahyang raya cik sakura akan menziarahi kubur arwah tokwan cik sakura serta saudara-mara yang telah kembali menghadap yang MAHA ESA..titipan surah yaasin bersama air mawar dan doa di hulurkan..agar roh mereka tenang bersemadi di alam sana..

buat mama papa hanya satu yang cik sakura pohonkan..restuilah pemergiaan cik sakura kali ini..semoga ianya akan memberi kebahagiaan bukan sahaja untuk diri ini tapi untuk keluarga kita juga..dan akhir kata..selamat hari raya semua..makan ketupat ke rendang ke atau apa sahaja ingat lah cik sakura di sini..hehe..


-tangisan MALAM RAYA-



menangis bukan sebab kesedihan..tapi sebab BAWANG MERAH..tak tahan mata cik sakura ni..kena kupas bawang merah bukan satu tapi banyak..lepas tu kena hiris lagi..jeng jeng jeng..maka menangis la malam raya cik sakura ni..kerja di rumah tak habis lagi ni..walaupun depan rumah dan berkemas namun di dapur keluarga cik sakura masih menyediakan juadah raya untuk esok hari..bunga api meletup-letup di ruang angkasa..cantik..bukan mercun tau..bahaya..dengar takbir raya syahdu pula di hati ini..arghh sedihnya..air mata mengalir bukan kerana sedih tapi kerana bawang tau..sambil layan lagu pulanglah nyanyian aisyah..jeng jeng jeng..


-bila semua orang sibuk di DAPUR-

cakk..mesti sibuk kan kaum-kaum HAWA semua..nak masak rendang, ketupat, kuah kacang dan pelbagai juadah lagi..cik sakura pun sibuk juga..tapi bukan sibuk di dapur tau tapi sibuk mengejar anak buah cik sakura ni..penat la nak mengejar diorang ni..bila main dah tak ingat dunia..mentang-mentang tak puasa..hah mula la cik sakura nak membebel kan..yang tak larat nak dengar cik sakura membebel sila tutup telinga..eh macam la dengar kan..jeng jeng jeng..

cik sakura kerja mengemas rumah je..yang lain semua mama dan kakak ipar yang uruskan bersama bantuan bibik-bibik cik sakura yang tidak dapat pulang ke kampung halaman..sian bangat deh..bukan tak bagi balik tapi diorang nak beraya di MALAYSIA..cik sakura tak pergi dapur ke tolang masak..haha..dah tak larat sebab cik sakura dah bersengkang mata buat kek dan biskut raya untuk rumah ni..jadi cik sakura dapat pengecualian untuk berada di dapur..tapi tak boleh berehat sangat..sebab bila kemas je ada je orang nak dapat sepahkan..jap lagi nak bagi diorang berendam dalam kolam plak..hehe..mandi puas-puas..

macam mana persediaan raya kawan-kawan semua..mesti tengah tolong mak kat dapur kan..abang-abang cik sakura pun sekarang dekat dapur..tolong papa bakar kambing dan pelbagai jenis daging yang lain..rumah cik sakura ni kalau apa-apa mesti daging kambing..menu wajib dalam rumah ini..hah terpulang la nak masak apa daging tu..dan yang rajin nak tolong buat persediaan daging kambing mesti la papa..

ok lah kawan-kawan..nanti cik sakura update blog kemudian nanti..betul ke esok raya..jeng jeng jeng..cik sakura nak sambung kemas plak..lepas tu nak temankan anak buah cik sakura mandi kolam..diorang ni bukan kira pagi petang siang malam asyik nak berendam je..haha..yang ngah potong daging buat rendang tu berhati-hati ye..nanti terluka jari..

 

-sudah separuh perjalanan-

cakk..main cak cak plak..sudah separuh perjalanan cik sakura ni..tinggal lagi separuh perjalanan..perjalanan ke utara nampaknya begitu lancar..tiada kesesakan untuk dilaporkan walaupun bilangan kereta yang lalu semakin meningkat..oppsss ada vespa lalu tepi la..kasi perlahan sikit kereta sambil usha budak vespa bawak dengan penuh bersopan santun..comel gitu..oppss..cik sakura sila jaga puasa anda nanti pahala kurang..

sekarang dekat RnR Tapah..nak makan buah jambu..lupakan..nak makan buah lain pun sila lupakan..puasa la cik sakura ni..kawan-kawan dah berada di kampung ke..ramai ni singgah di Tapah berehat sebentar..lebih kurang tiga jam lagi sampai la destinasi yang cik sakura tuju..itu pun kalau tekan minyak bagi kuat sikit..jangan-jangan..nanti ada orang marah..

sakitnya pinggang..muda-muda dah sakit..cik sakura boring sebab drive sorang-sorang ni..kakak cik sakura balik malam raya nanti..tadi jumpa dia pun dia dah nangis..haha..sabar ya nanti balik tak payah drive..abang pilot yang tolong drivekan..ok kawan-kawan..kita jumpa lagi..melaporkan diri dari tempat rehat RnR TAPAH..sekian terima kasih..kereta cik sakura nak minum jap..minum minyak PETRONAS..lalala..


-perjalanan RAYA yang jauh-

mesti sekarang mood raya sudah hadir bukan..mood raya cik sakura macam mana pula..belum jumpa lagi la kawan-kawan..entah la..apa-apa pun semoga kawan-kawan blogger ssemua gembira menyambut aildilfitri kali ini dengan penuh kemeriahan dan keberkatan ok..sekarang cik sakura tengah berkemas..esok pagi baru cik sakura pulang ke kampung..memandu sendirian pulang ke kampung..mesti bosan..harap-harap tak hilang fokus ketika sedang memandu..cik sakura nak balik petang ni tapi mama cakap raya lambat lagi jadi balik esok pagi lagi selamat..ok dengar cakap mama..

beg dah kemas..nak bawak balik barang-barang yang tak perlu..dulu dah bawa balik kasut-kasut sampai papa dan mama geleng kepala..kali ini nak bawa balik beg tangan yang dah siap di sumbat dalam 3 kotak..oppss..tak banyak sangat..doakan supaya papa dan mama tak geleng kepala ok..along cik sakura dah sindir cik sakura ni boleh buka butik kasut dan beg tangan..mengalahkan mak datin punya koleksi..lalala..apa-apa je la along janji nanti shopping along jangan lupa beg tangan merah untuk adik kesayangan ini tau..

hadiah raya untuk mama dah siap..untuk papa juga dah siap..untuk adik-beradik..tak payah kot..diorang yang kena bagi cik sakura..jeng jeng jeng..hehe..gurau je..duit raya pun dah tukar..tak banyak pun sebab nak simpan bajet untuk persediaan tempat baru..yang lain pakai mana yang ada..baju raya pun cik sakura tak ambil lagi..balik ni baru nak ambil..lepas tu apa lagi shopping la..kaum ADAM jangan mengeluh tau sebab kaum HAWA nak cantikkan diri pun bukan orang lain tapi untuk kaum ADAM juga..yelah isteri mana yang tak nak cantik untuk suami dia kan..yang belum bersuami macam cik sakura ni macam mana pula..cantikkan diri sendiri untuk kepuasan diri sendiri..masalahnya CANTIK KE..opps..

bagi yang pulang ke kampung hari ini berhati-hati memandu ye..ingat orang tersayang..ingat raya bukan esok jadi tak perlu nak tekan minyak tu kuat-kuat..biar lambat asal selamat..yang balik guna pengangkutan awam tu berhati-hati juga..tengok tiket anda betul-betul takut terlepas bas atau penerbangan..kang nangis tak berlagu pula..untuk diri sendiri..berhati-hati pulang esok..yang pasti sorokkan muka kesedihan dan pamerkan muka kebahagian..hmmm


-bila dah dekat terasa JAUH-


hmm..sekali lagi entry ke laut..cik sakura memang tiada apa-apa cerita gembira dah..kenapa ya..maaf bagi pembaca-pembaca blog cik sakura ini..mungkin anda bosan baca cerita kesedihan setiap masa dari cik sakura..maaf sekali lagi cik sakura pohonkan..tatkala orang lain sibuk dengan persiapan raya dan nak balik kampung cik sakura di sini hanya duduk berdiam diri mengenang nasib..kenapa nasib cik sakura jadi macam ni rupa..apa yang tak kena lagi dalam kehidupan cik sakura..

makin dekat nak raya makin dekat cik sakura nak berpisah dengan mama papa..kini makin jauh jurangnya..makin cik sakura dekat untuk mencapai kebahagiaan makin jauh pula nak gapai..semuanya makin jauh..mungkin sudah qada' dan qadar TUHAN..dan seharusnya cik sakura makin kuat dan bukan makin lemah..namun harapan cik sakura hancur begitu sahaja..segalanya musnah..mungkin itu bukan yang terbaik untuk cik sakura atau mungkin TUHAN ada rencana lain untuk cik sakura..apa-apa pun cik sakura memang begitu kecewa dengan apa yang terjadi..

penghijrahan ditempat baru mungkin ada sinar menanti cik sakura..kalau ianya kekal maka kekal la..kalau tidak mungkin cik sakura tidak akan berpaling belakang lagi..mulakan hidup baru di tempat baru..andai kata bertemu atau betentang mata anggap sahaja seperti bayang-bayang mahu pun mimpi..cukup segala derita yang cik sakura terima..orang lain diberi kemanisan tapi cik sakura diberi derita..sungguh adil bukan..tapi biar la..cik sakura bukan suruh orang pijak kepala cik sakura cuma untuk apa nak membalas..lambat laun akan dapat balasan juga nanti..

tempat baru..sekarang menghitung hari untuk memulakan tugas ditempat baru..bagaimana suasana di sana itu cik sakura tak tahu..apa yang cik sakura harapkan ianya adalah satu permulaan hidup cik sakura yang baru dan pengalaman yang baru juga..apa-apa pun semoga cik sakura tabah di sana..


-bila mama dah tegur-


semenjak dua menjak ni cik sakura lain ke..jeng jeng jeng..ntah..tapi tadi mama tegur..cakap perangai cik sakura dah lain..banyak berdiam diri dan buat kerja..macam mana mama boleh tegur sedangkan mama tiada di depan mata cik sakura..hati mama kuat kot mengatakan anak dia ni tak ok sekarang..cik sakura tak ok ke..baik-baik aja cik sakura di sini..cuma ada sedikit masalah..biasa la semua orang ada masalah kan..kalau tiada masalah bukan hidup namanya..

mama dah tegur..mama cakap jangan berlarutan sampai nak ke raya..nanti suasana raya jadi lain..untuk mama mungkin cik sakura boleh ubah tapi untuk sendiri mungkin tidak..tak rasa nak raya..mood raya tahun ini hilang begitu sahaja..cik sakura pun tak tahu kenapa..cik sakura malas nak panjangkan pergaduhan tapi hati yang sakit ni makin lama pendam makin sakit..mungkin cik sakura boleh bergembira untuk orang lain tapi untuk diri sendiri jawapannya adalah TIDAK..

entah lah..biar masa yang tentukan..semakin dekat nak raya semakin dekat juga tarikh untuk cik sakura sekali lagi berpisah jauh dari mama dan papa..asalkan mama dan papa merestui tindakan cik sakura ini sudah cukup..rasa sayu pula bila buat keputusan ini..tapi ini yang cik sakura mahukan dalam hidup..siapa yang tak nak berjaya dalam hidup bukan..dan mencapai impian sendiri..ya ALLAH berikanlah cik sakura sedikit kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini dan berikan cik sakura kegembiraan bukan sahaja untuk diri ini tapi untuk keluarga cik sakura sendiri..bantulah cik sakura untuk menyelamatkan sesuatu yang berharga dalam diri cik sakura..amin..


Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI


jom join..nanti cik sakura akan letakkan anda di ruangan bloglist terbaru cik sakura iaitu BLOGGER AIDILFITRI..nak join tak..macam biasa tekan nama ini BEN ASHAARI


-pelakon yang berpura-pura FAHAM-


andai kata ini adalah penghujungnya cik sakura redha..sebab dah banyak sangat melihat penipuan di depan mata..cukup la..orang takkan merasa apa yang kita rasa walaupun mereka cakap FAHAM..seorang penipu memahami penderitaan orang lain..terasa lawak pula..padahal penipuan itu datang darinya dan kesakitan itu berpunca darinya..tapi dia seorang pelakon terhebat..kalah mana-mana artis di malaysia ini..ye mungkin anda layak masuk ANAK WAYANG atau pun PILIH KASIH..

teruskan penipuan itu..berlakon la sebagai seorang yang 'baik'..sebab awak tak pernah ditimpa musibah bukan..mungkin TUHAN masih menolong awak..namun awak alpa dengan pertolongan itu..tidak mengapa..mungkin suatu hari nanti awak akan terduduk diam atas perbuatan diri sendiri..

buat teman-teman bloggers cik sakura maaf dari cik sakura..2-3 hari ini cik sakura agak kehilangan kata-kata..semalam dah naik makamah untuk angkat sumpah..uruskan perjalanan cik sakura nanti..apa-apa pun selamat berpuasa ya kawan-kawan..semoga diberi kebahagian dan tidak senasib dengan cik sakura..komen kawan-kawan akan cik sakura balas..


-antara PERLU mahu pun TIDAK-

saya tak perlukan harta setinggi gunung..saya tak perlukan emas permata mahu pun berlian yang senantiasa menjadi teman baik kaum wanita..saya tak perlukan duit yang boleh menyaluti tubuh badan ni..saya tak perlukan kereta besar mahupun banglo yang sampai mencakar langit..itu semua saya tak perlukan..sebab saya sudah ada segalanya..apa yang saya ada sudah cukup untuk saya teruskan kehidupan seharian..tanpa perlu meminta simpati mahu pun pertolongan..saya selesa dengan apa yang saya ada..itu sudah cukup bagi saya..walaupun kekayaan itu bisa memberi kebahagiaan namun kebahagiaan melalui kekayaan itu tidak akan kekal selamanya..

apa yang saya perlukan..cukup sekadar kejujuran yang saya harap..tak lebih dan tak kurang..saya hanya perlu kejujuran yang selama ini saya tak pernah lihat..saya perlukan orang yang menghargai kepercayaan yang saya beri..saya perlukan orang yang bisa menghapuskan air mata saya dan bukan orang yang bisa mengalirkan air mata saya ini..saya perlukan seseorang yang ada dekat dengan saya tidak kira susah mahu pun senang..saya perlukan orang yang tidak lupakan diri bila sudah berjaya walaupun hanya kejayaan kecil..

itu yang saya ada dan itu juga yang saya tiada..rupa paras memang bukan faktor utama saya..cukup sekadar apa yang saya mahu kan..namun sehingga kini belum saya temui..hati saya sakit..dan saya tak perlukan orang yang memberi racun mahu pun madu..sebab belum kahwin pun saya sudah merasa pengalaman 'bermadu'..saya hanya perlukan pedamping setia yang boleh membimbing saya ke arah kebaikan dan sempurna di mata saya..dan bukan di mata saya sahaja tetapi di mata keluarga saya..walaupun manusia memang tiada yang sempurna namun biarlah ianya sempurna di mata keluarga saya..sempurna bukan bermaksud memiliki pangkat yang tinggi, kekayaan atau apa sahaja yang orang mahukan..sempurna yang sangat berbeza dari persepsi saya..dan saya perlukan orang yang menghormati keluarga saya dan bukan lari bila buat masalah..

pengorbanan yang saya lakukan untuk melihat orang lain bahagia..dan saya tak mengharapkan balasan..yang pasti saya REDHA dengan apa yang telah berlaku..bulan baik ini hanya doa yang mampu saya titipkan agar ada pelangi dalam hidup saya yang sentiasa gerimis tanpa diundang..


-bukan niat nak balas DENDAM-

ingat dendam tidak akan bawa kita ke mana..dendam la selama mana yang mungkin..tapi yang tanggung sengsara diri kita sendiri..bukan bermakna kita biarkan orang membuat kita cuma tiada guna untuk membalas balik atau berdendam..biar TUHAN saja yang tentukan..jangan la berdendam sehingga ke nafas terakhir..kelak susah nanti untuk meninggalkan dunia ini..menambah sakit dan seksa sebelum menghembuskankan nafas yang terakhir..ini semua menginsafkan diri cik sakura sendiri..

kalau berdendam sampai mati la berdendam..oleh yang demikian jangan la berdendam..nasihat untuk diri sendiri juga..beri layanan yang sepatutnya..bila kita hargai orang, orang akan hargai diri kita..namun jika tiada orang hargai diri kita ini maka kita harus hargai diri sendiri..siapa nak sayang diri sendiri  kalau bukan tuan empunya badan kan..rata-rata bila kita tanya siapa yang paling kita sayang..ada pelbagai jawapan yang kita akan dapat..namun dipenghujungnya adakah kita terlupa sesuatu..ya kita terlupa untuk sayang diri sendiri dulu..

sebenarnya satu ujian pernah diadakan..bertanya tentang siapa yang paling kita sayang..rata-rata bagi jawapan yang kita boleh agak..kemudian penceramah itu memanggil seseorang untuk melihat dalam kotak yang telah disediakan..katanya ada yang kita terlupa untuk kita sayang dahulu..nak tahu apa dalam kotak itu..CERMIN..dan tahu apa yang imej yang dipaparkan..mestilah tuan empunya diri..dan rata-rata bersetuju yang mereka terlupa untuk mengatakan yang mereka menyayangi diri sendiri terlebih dahulu..

biar apa pun yang telah berlaku di dunia ini biarkan..jangan kita balas..jangan rosakkan diri kita dengan dendam..ingat dunia bukan hak milik kekal..jadi untuk apa berdendam..mungkin apa yang berlaku sebagai ujian..dan berkat kesabaran kita dan ketabahan kita insyaALLAH diberi ganjaran..siapa tahu bukan..dendam hanya menambahkan luka di hati..dendam akan merosakkan hati..bila hati sudah hitam diri kita akan dikaburi..maka yang rosak hanyalah diri sendiri..memakan diri sendiri akibat dendam yang berterusan..


-lambat lagi nak berbuka-

adoi..nak patah rasanya tulang kaki ni..hehe..agaknya cik sakura letih sangat kot buat kerja dari pagi tadi..sekarang dekat sebuah restoran..dugaan betul..makanan begitu menyelerakan..sementara tunggu abang cik sakura sampai cik sakura duduk dalam restoran ni..lagi pun dah booked jadi duduk berapa lama pun tak mengapa..mama papa dan kakak cik sakura masih membeli-belah lagi..jeng jeng jeng..

cik sakura tak beli apa-apa ke..opps..nanti kita shopping kemudian hari..memang letih sangat hari ini..letih-letih pun cik sakura berjaya mendapatkan bukan satu tapi 3 pasang kasut tumit tinggi..bukan untuk raya tapi untuk kerja..kalau raya pakai kasut tinggi alamat patah kaki la pusing satu kampung..raya nak selesa kan..pakai selipar polka dot pun ok apa..jeng jeng jeng..nak kena bebel ngan opah ke kalau nampak cucu dia raya rumah orang pakai kasut tinggi 3 inci..jangan buat nanti berdarah telinga mendengarnya..

cik sakura dah nampak kambing..yeay yeay..makanan kesukaan papa dan abang cik sakura ni..kambing lagi..memang diorang pilih restoran yang ada menyediakan juadah kegemaran diorang ni..hmm..bau memang sedap..yehaa..sabar cik  sakura..tak lama lagi je nak berbuka..jom usha-usha muka orang yang berpuasa di sini dulu..yang penting kambing tu lagi hensem..kui kui kui..puji kambing sebab mata cik sakura berpuasa tau..lalala..acah je..selamat berbuka puasa kawan-kawan..bateri dah nak habis..sebarang komen akan cik sakura balas malam ini..


-sana sini LAGU RAYA-


tanpa kita sedari dah 20 ramadhan kan..lagi beberapa hari syawal akan menjelma..maka stesen radio mula menjalankan tugas mereka..memperdengarkan kepada para pendengar dengan sajian lagu-lagu raya..apa lagu raya pilhan kawan-kawan semua..samada yang baru atau pun lama..tapi yang lama masih menjadi pilihan utama bukan..lagi-lagi bila dengar masa malam raya..syahdu je rasa bagi mereka yang berjauh bersama keluarga..macam mana cik sakura tahu..owh cik sakura pernah jauh dengan keluarga beribu batu jauhnya..pagi-pagi raya mesti mengalir air mata..hehe..

jom kongsi cerita nak..lagu raya apa pilihan kawan-kawan semua..sementara cik sakura tengah kemas kasut-kasut cik sakura ini untuk dibawa pulang oleh mama..mama dah geleng kepala..tengok kasut banyak sangat..padahal kaki dua je..jeng jeng jeng..


BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA


nak join tak..tekan nama BEN ASHAARI sebelum pukul 2 petang ini tau..


-rezeki di hari JUMAAT-


semalam seharian cik sakura dengan mama..kebetulan papa ada kerja dekat tempat cik sakura..seharian juga cik sakura uruskan kerja yang tertangguh bersama mama..kebetulan ada surat yang perlu cik sakura ambil di pejabat pos..surat berdaftar..pagi-pagi dah menapak dekat pejabat pos tu..hah..pergi ambil surat..jeng jeng jeng..melompat kegembiraan cik sakura bila dapat satu surat tu..alhamdulillah rezeki di hari jumaat dan di bulan ramadhan kali ini..terus peluk mama..tak kesah pun orang pandang ke apa ke..

alhamdulillah..berjaya juga cik sakura untuk temudaga tempoh hari..setelah hampir dua bulan menunggu..berbaloi..namun tempoh yang diberi sudah terlalu lewat untuk diberi jawapan..tapi mama kata cik sakura mesti yakin..kalau rezeki tak kemana..akhirnya penantian cik sakura selama 2 tahun terbalas..terima kasih YA ALLAH sebab makbulkan permintaan cik sakura kali ini..segala air mata yang keluar selama ini cik sakura dibalas dengan kegembiraan yang tiada ternilai..walaupun terpaksa berkorban sekali lagi namun cik sakura dibalas dengan hadiah yang sangat bermakna..

semalam memang cik sakura sibuk..berulang alik ke pejabat pos..belum lagi ke pejabat lembaga hasil dalam negeri atau LHDN..banyak urusan betul semalam sehingga terlupa blog cik sakura ini..rasa macam nak demam pula..sebab semalam kul 10 malam je cik sakura dah tido..keletihan yang teramat sangat dengan kesakitan di perut..hari ini ok kot..kejap lagi nak keluar..shopping raya..kawan-kawan cik sakura dah buat persediaan raya ke..petang nanti boleh la cik sakura berbuka dengan keseluruhan ahli anggota keuarga cik sakura..insyaALLAH..

alhamdulillah..kesakitan dan kesedihan selama ini terbalas..syukur kepada MU YA ALLAH atas nikmat kurnia yang tidak terhingga ini..penantian selama 2 tahun..


-selamat malam kawan-kawan-


mungkin ya dan mungkin juga tidak..semuanya berbalik pada hati kan..di mana ada kemahuan di situ ada jalan..pokok pangkalnya hati dan diri sendiri..kalau hati cakap tak mahu jadi tidak la..tapi kalau hati cakap mahu maka mahu la jadinya..penat untuk berdiam diri..penat juga untuk meluahkan..kalau berdiam diri itu lebih baik jadi itu la jalan yang dipilih..menang atau kalah bukan keputusan yang hendak di mahukan.andai berdiam diri itu boleh buat orang lain bahagia jadi biarlah berdiam diri untuk selamanya..membenarkan orang lain bahagia kita juga akan perolehi kebahagian satu hari nanti..biar masa yang tentukan..sakit atau tidak hati ini biar TUHAN yang tahu..apa yang pasti jangan penat berusaha dan berdoa..selamat malam kawan-kawan..


-hanya ANUAR ZAIN je faham-

anuar zain yang mana ni cik sakura??anuar zain yang penyanyi tu lar..faham apa pula cik sakura??faham isi hati cik sakura tadi..cik sakura jumpa anuar zain ke??haah jumpa tadi..cik sakura jumpa kat mana??kat youtube je..jeng jeng jeng..anuar zain cakap apa kat cik sakura??dia suruh baca lirik kat bawah ni..lepas tu cik sakura??cakap hidup lebih bahagia..insyaALLAH..

TINGGALKAN AKU

Katamu cinta t'lah tiada
Sendiri aku menahan pedih ini
Hilang semua rasa, habis begitu saja
Untuk bersama buat selamanya

Katamu dia yang lebih sempurna
Dialah dijiwa, Dia nafas asmara
Bisikan kata-kata akhirmu itu
Menusuk jiwaku
Kini kau datang untuk kembali
Padaku

Pergi sudah tinggalkan aku
Ku tak ingin engkau ada
Kembali lagi kedalam
Cerita hidupku ni
Kubahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya aku (karna)
Tanpamu kutemukan sinarnya

Bisikan kata akhirmu itu
Menusuk jiwaku
Kini kau datang untuk kembali
Padaku lagi

Usah lagi kau guris hatiku
Ku tak mahu lagi
Merasakan hadirmu dalam duniaku
Pergilah dari hidupku



-bersabarlah SAYANG-

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

*nyanyian asal SANISAH HURI..

p/s: hmmm..

 

-MUSAFIR di aidilfitri-

Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri

Ayah ibu lamalah pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri

Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita

Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri

*nyanyian asal S.JIBENG

p/s: saje letak yang cover version punya..kalau yang betul-betul mesti syahdu..wuarghhh..


-apakan daya tak boleh ubah orang-


kita nak cuba ubahkan seseorang..memang TIDAK jawapannya..kita cuba banyak mana pun kalau tuan badan tak mahu berubah jadi tak berubah la dia..bila dia tak berubah lebih baik kita yang berubah..nanti tak la rasa sakit melihat sikap dia yang sangat berbudi bahasa depan orang lain kan..yang kita ni memang sah-sah tahu perangai macam mana..nak telan susah nak kunyah pun susah..nak hadap muka dia lagi la..jadi lebih baik bawa diri duduk dalam bilik senyap-senyap layan kerja yang tak pernah habis..

sabar pun tinggal nipis je ni..memang betul-betul menguji tahap kesabaran..nak marah tak reti tapi bila hati dah sakit dan sedang tahan marah kepala pun jadi sakit..senyum pun ala kadar..kan orang cakap orang lain pun puasa juga takkan nak balas senyum pun tak boleh..sedangkan orang tahu ke hati ni dah mendidih..100 darjah celcius kot..mendidih sangat ke..nak marah..adoi ni la kelemahan cik sakura..tak reti nak marah orang..mama kalau nampak cik sakura diam je wat kerja tak bersuara tu tandanya cik sakura tengah marah..tapi marah tak lama..

kalau kawan tak reti marah kira pandai-pandai la berbicara bukan berbicara sampai pijak kepala..kawan kawan juga bila kerja serius..ada masa boleh main..tapi takkan 24jam nak main..bila nak maju..nanti tengok orang lain maju mula nak mengeluh la apa la..cakap pilih kasih la padahal tengok diri tu dulu..besar mana usaha yang dikeluarkan..besar mana kudrat yang dikeluarkan..ambil serius dengan setiap tanggungjawab yang diberi..orang lain pun puasa juga tapi bulam baik ni takkan nak ambil sambil lewa dengan tanggungjawab yang diberi..

penat cakap dengan orang macam ni..nanti bila cakap mula la cakap bukan-bukan..sabar je la..ada juga yang berbuka makan kasut nanti..tak la cik sakura gurau je..nak sambung kerja balik..


-LAGU RAYA kegemaran anda-


masih di pejabat sekarang ini..bertemankan kertas-kertas bertaburan di atas meja..memang malas sikit hari ini..tak tahu kenapa..luar bilik cik sakura semua tengah layan lagu raya..sekarang suasana raya dah semakin dirasai..ke ada yang dah beraya awal..jeng jeng jeng..ada juga yang buat lagu raya sendiri..faham saje la sekarang waktu rehat..jadi nak makan tak boleh kan..jadi gunakan peluang yang sedia ada untuk melelapkan mata..dengan mengantuk dapat pula suasana dingin mata pun boleh terlelap..

sebut pasal lagu raya..hah kawan-kawan suga dengar lagu apa..jom kongsi dengan cik sakura nak..mana tahu ada permintaan boleh cik sakura dedikasi entry seterusnya kepada sesiapa yang nak dengar lagu raya..jom kongsi dengan cik sakura..cik sakura suka semua lagu-lagu raya yang lama..lagu BALIK KAMPUNG cik sakura tak nak dengar lagi..nanti teringat kat kampung je..dah tak boleh buat kerja..jom berkongsi lagu kegemaran anda dengan cik sakura..


-juadah untuk berbuka disaat akhir-

jeng jeng jeng..tak tahu nak masak apa..sekarang cik sakura dah kat dapur ni..menulis sekejap sebab tak tahu nak masak apa..tolong tolong tolong..jangan panggil bomba sebab rumah cik sakura tak terbakar cuma minta tolong bagi idea je nak masak apa..boleh ke macam tu..hmm nak masak apa ye..nak keluar memang tak la..dah masuk rumah dengan penat dah mandi jadi malas nak keluar balik..ok2..nak masak apa ye..jom tengok apa yang cik sakura ada..

spaghetti

sos carbonara

cendawan butang

hah dah tahu cik sakura nak masak apa kan..paling pantas pun..semua dah siap..jadi kita mula memasak dari sekarang..tapi tak ada yang pedas la..nak pedas..jom buat ketam masak cili nak..bagi pedas sikit..tapi jangan pedas sangat tau..tak elok untuk orang yang ada penyakit gastrik..mr crab ke mari kamau..selamat berbuka kawan-kawan semua..oppss..bukan sekarang..tunggu azan maghrib berkumandang ok..


-SARANG SEMUT yang boleh dimakan-


banyak-banyak sarang semut kan sarang semut apa yang boleh dimakan..hehe..mesti la BISKUT SARANG SEMUT..tetiba cik sakura nak cerita pasal biskut raya ni..sebab ada kawan cik sakura suruh cik sakura beli biskut raya dari dia ya..bukan rela nak beli..tapi kena paksa rela..hehe..tak mengapa kawan punya pasal kan..jadi cik sakura pun order 1 bekas..melayang lagi duit..bonus pun tak tahu dah masuk ke tak..



kawan-kawan dah mula membeli belah ke..cik sakura belum..tapi mama dah mula buat persediaan sikit-sikit kot..yang penting kena tukar duit raya..tu pun belum buat lagi..hah alang-alang dah buat cerita pasal kuih raya ni kawan-kawan suka makan kuih/biskut raya apa..jom berkongsi dengan cik sakura nak..


-air mata seorang LELAKI-

LELAKI..ego mesti kena ada kan..walaupun macam mana pun taraf kehidupan dia namun ego tetap jitu dalam diri..namun disebalik keegoan itu ada sedikit kelembutan yang sukar dinampak..namun bila dizahirkan rasa macam sesuatu yang sukar dipercayai..tapi kalau lelaki yang selalu sangat mengalirkan air mata itu cik sakura kurang pasti..walaupun ada yang sebegitu cuma kita tak tahu maksud sebenar air mata..lain orang lain maksud bukan..dan lain orang yang cik sakura kenal lain pula pengertian sebenar air mata yang cik sakura tafsirkan..

bila kita kehilangan seseorang yang kita sayang lagi-lagi keluarga sendiri mana mungkin air mata itu dapat ditahan..ego banyak mana pun kental mana pun hati itu pasti pipi ADAM akan dibasahi dengan air mata..dan semalam cik sakura dapat melihat sesuatu panorama yang cukup terkesan di hati walaupun tetap menampilkan egonya..arghh lelaki..katakan saja yang kamu sedang menangis..kaum HAWA tidak akan memperkecilkan kalian hanya semata-mata mengalirkan air mata..

cik sakura juga rasa kehilangan..namun tetap menjadi teman pendengar setia..bersama sedikit kata semangat pemulih diri..ya sejauh mana pun persengketaan namun hati ini tidak begitu kejam..masih mendengar rintihan dari cucu kesayangan..cik sakura faham bila kita kehilangan seseorang dan ianya pergi dan tak akan kembali sampai bila-bila..tangisan itu juga cik sakura mengerti..mungkin awak perlukan seseorang untuk berbicara benda yang sukar dibicara pada orang lain..kini mungkin awak faham bagaimana rasa kehilangan sepertimana cik sakura pernah kehilangan arwak datuk tercinta..masa itu awak di mana ye..

al-fatihah buat arwah atok yang selamat dikebumikan malam tadi..rasa bangga bila awak bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan jenazah..sampai ke liang lahad..rasa terharu mendengarnya..sabar la awak..mungkin ini mengajar kita supaya sentiasa beringat yang kita tak mungkin dapat memiliki orang yang kirta sayang buat selama-lamanya..tapi kita dapat menghargai orang yang kita sayang untuk selamanya..kehilangan itu perit bukan..pergi dan tak akan kembali buat selamanya..


-TAKZIAH bagi pihak keluarga-


yang hidup tak selamanya hidup bukan..itu hakikat yang harus semua orang ingat..setiap yang bernyawa itu mesti satu masa akan sampai ke penghujungnya..cuma kita tak tahu bila..takziah dari cik sakura atas pemergian insan tersayang seseorang..walaupun apa-apa yang berlaku bagi pihak cik sakura dan keluarga takziah cik sakura ucapkan sekali lagi..semoga sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman..semoga apa yang terjadi menginsafkan kita..maaf cik sakura tak dapat bersama walaupun cik sakura kenal keseluruhan anggota keluarga seseorang itu..bukan sebab kesakitan yang belum redha cuma masa mungkin tidak mengizinkan..apa-apa pun doa cik sakura sentiasa mengiringi arwah..buat atuk..terima kasih kerana menerima kehadiran cik sakura 3 tahun lepas..AL-FATIHAH..


-mengidam CHOCOLATE CHIP ALMOND-


tetiba cik sakura mengidam..adoi..hah bukan mengidam sebab apa ye..biasa la bulan puasa ni macam-macam nak makan..tu nafsu sebenarnya..hehe..nak biskut CHOCOLATE CHIP ALMOND..sedapnya..dengan rangupnya..penuh dengan coklat..yummy..sabar cik sakura..azan maghrib pun belum lagi..baru masuk waktu zuhur..sabar-sabar..sabar itu separuh dari iman..muhasabah diri sikit..

kenapa tekak cik sakura ni..hehe..tak apa..nanti balik kerja cik sakura nak cari dekat kedai FAMOUS AMOS..nak but sendiri pun boleh..tapi masa amat cemburu dengan cik sakura..ahaks..alasan la tu..ada mama kan best..mama boleh tolong buatkan..isi dalam balang besar..makan dengan HOT CHOCOLATE lagi..sedap tu..terbaik dari ladang..owh nafsu cik sakura sudah melampaui batas..tak nak tak nak..masih penuh lagi puasa cik sakura..tak kan sebab biskut boleh tergoda kot..hehehe..


kawan-kawan dah bising sebab cik sakura tak berkesempatan berbuka puasa dengan diorang..maaf la ye..cik sakura balik kerja je terus masak dan menunaikan kewajipan..lepas habis je balik rumah mesti rehat..rehat tu dalam erti kata lain tidur..penat sangat badan ni..bukan badan je penat tapi kepala yang terlalu penat..walaupun puasa cik sakura tetap buat kerja luar untuk penyelidikkan..kerja tetap kerja walaupun dalam bulan puasa..tiada alasan tau..
 
hah..jadi cik sakura dah janji..insyaALLAH esok cik sakura berbuka dengan kawan-kawan tersayang cik sakura..kawan-kawan jangan dilupakan..ke mana esok kitorang akan berbuka..tak tahu lagi..tapi yang menariknya ada orang belanja..alhamdulillah rezeki bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini..hehe..jumpa lagi..


-masa untuk KETUPAT-

makanan yang paling popular selain lemang dan nasi himpit ialah KETUPAT..macam-macam jenis ketupat yang kita boleh jumpa..nama pun berbeza..tapi isi tetap sama..ada yang pakai beras dan ada yang pakai pulut..yang pasti sedap dihidangkan bersama pelbagai jenis rendang mahu pun serunding..dulu ada orang tersasul..bukan sebut ketupat tapi keputat..haha..jom layan keputat..eh ketupat la..ish ish ish..
 
ketupat bawang

ketupat sate

ketupat periuk kera

ketupat daun pisang

ketupat palas

ketupat pulut hitam

-ya atau tidak pada PELUANG KEDUA-


tak semua orang akan memiliki peluang kedua bukan..peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan yang dulu..peluang kedua untuk memperbaiki perhubungan dahulu..peluang kedua untuk mencantumkan kembali ikatan yang penah terputus..tapi benarkah peluang kedua itu berbalai andai masih ada kudis di hati..owh cakap pasal hati ni..kenapa makan hati..elok makan rendang hati ke hati goreng ke atau sebagainya..cik sakura tak gemarkan hati..tapi dulu hidup makan hati berulam jantung..

semalam terjumpa kawan lama..berbicara panjang..di awal perbualan memang seronok..bertanya khabar dan perkembangan semasa..namun ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari..cewahh..tiba-tiba kisah lama diutarakan kembali..jadi bila api di balas juga dengan api tak terbakar kedua-duanya..memang membara malam tadi..cerita lama yang disimpan dan dipendamkan akhirnya terbongkar jua..namun kembali redha hanya dengan ungkapan MAAF..dan perbualan kembali tenang seperti biasa..tengok..betapa kuat kuasa maaf itu..sebuah pertengkaran atau pergaduhan dapat diselesaikan..maaf yang sangat berkualiti..

cik sakura belum fikir untuk memberi peluang kedua kepada seseorang ini..ya cik sakura akui cik sakura cuba jauhkan diri daripada..diam bukan bererti kita kalah kan..dan diam bukan bermaksud orang suka-suki bercakap tentang kita..biarkan diam itu untuk kebaikan diri kita..orang lain tak boleh tenangkan hati kita kecuali diri kita sendiri..jadi apa pendapat kawan-kawan..patutkah PELUANG KEDUA itu diberikan atau lupakan sahaja kisah ini..


-nafsu FACEBOOK-

kerja tetap jalan seperti biasa hari ini..mesyuarat pun dah cik sakura buat pagi tadi..jadi bila masuk petang mesti suasana agak lemau sedikit..hehe..biasa la kan..tapi jangan jadikan puasa itu sebagai alasan untuk kita tidak menunaikan tanggungjawab yang diberikan..jadi ambil masa untuk berehat..sambil tenangkan fikiran dan layan lagu kegemaran anda..kat jabatan cik sakura ni dah macam-macam lagu dengar..lagu keroncong pun dah ada tau..tu belum lagi yang berdengkur..maklum saja la bos cik sakura ada urusan luar..jadi masa ini mereka gunakan untuk menambah tenaga..hehe

masalah FACEBOOK..adoi..cik sakura sendiri dah tak tahu nak cakap macam mana..walaupun cik sakura suka melihat kepada sudut yang positif namun cik sakura sendiri pernah mengalami masalah berhubung dengan facebook..apa nak cakap..majoriti yang mempunyai akaun facebook itu sendiri sudah matang..maksud cik sakura sudah dewasa..tak perlu di ajar atau didik cara penggunaan yang betul..kita semua ada ilmu dan pengetahuan..dan gunakan sebaik mungkin..tapi bukan cara menjerat orang atau mempermainkan orang..bila terjerat dihati macam-macam boleh terjadi..

kenapa cik sakura nak cerita pasal facebook..biasalah kot dilema wanita..kes curang yang sangat popular..betul kaum ADAM..tak salah untuk kita menambah kenalan tapi pergaulan itu patut ada batasnya..kaum HAWA sendiri tak pernah menghalang kaum adam untuk berkawan dengan berlainan jantina..tapi mestilah ada batasannya bukan..kalau kaum adam boleh meletakkan batasan pada orang yang mereka sayang kenapa kaum adam sendiri tak cuba letak batasan itu pada diri sendiri..takut nanti bila dah terhidu kecurangan macam-macam boleh berlaku..

gunakan bulan RAMADHAN ini sebaik yang mungkin..jin dan syaitan telah pun digari dan dikurung..jadi siapa yang mengawal diri kita..itu NAFSU..kawal sebaik yang mungkin..lagi-lagi nak sambut raya..jangan sebab nafsu itu perhubungan yang dibina runtuh gara-gara kecurangan di facebook..elakkan ye..ni pun nasihat untuk diri cik sakura juga..kemudahan yang diberi guna sebaik mungkin..cik sakura tak tahu menasihati tentang hati orang lain cuma satu yang cik sakura tahu banyakkan berdoa pada bulan yang baik ini..gunakan peluang yang ada..insyaALLAH ada cara penyelesaian dan doa kita termakbul..insyaALLAH..


-baju raya..BAJU KURUNG-

mama call cik sakura tadi..tanya pasal baju raya..baru 9 hari puasa mama dah tanya baju raya lagi..jeng jeng jeng..yang tempah pun belum siap lagi tau..ni mama nak beli yang dah siap punya..cik sakura berminat nak buat koleksi songket sekarang..THAI SILK pun ok juga..tapi mama cakap tak nak pakai kebaya ke tahun ni..mama perli cik sakura ke..hehe..dulu dah pakai kebaya..sekarang dah berubah..nak cari kurung pahang pula..kawan-kawan apa beza BAJU KURUNG PAHANG dan BAJU KURUNG RIAU..cik sakura tengok macam sama je..

mama nak pergi shopping dengan papa nanti kot..mentang-mentang kerajaan nak bagi bonus raya nanti..oppss..papa cik sakura bukan kerja kerajaan..ala tak dapat bonus..cik sakura dapat tak..biarlah rahsia..kalau dapat habis kat budak-budak je nanti..nak bagi duit raya.sekarang tak main dan seringgit dua ringgit tau..budak-budak sekarang dah suka pegang duit besar..hehe

hah sebut pasal baju raya..kawan-kawan dah ada baju raya belum..ke dah siap berpasang-pasang..jom berkongsi cerita dengan cik sakura nak..kawan-kawan suka baju raya macam mana..yang kaum adam suka baju melayu macam mana pula..apa warna tema raya kawan-kawan nanti..hehe..cik sakura nak masuk bilik mesyuarat dulu..jumpa lagi..



-yang penting DIRI SENDIRI-


biarkan orang tak sayang kita
tapi jangan sampai keluarga sendiri tak sayang kita
kawan-kawan pun tak sayang kita
dan jangan sampai pula kita pula tak sayang diri sendiri

biar orang tak hargai kita
tapi jangan sampai kita sendiri tak menghargai diri kita
jangan sampai kawan-kawan juga tak menghargai kita
dan jangan sampai keluarga sendiri kecewa dengan kita

biar orang buat kita menangis
jangan sesekali kita membalas
kalau balas nampak sangat kita macam orang tu
nak ke biarkan kawan-kawan lihat tangisan kita
nak ke keluarga meratapi kesedihan kita juga

biar hati kita sakit
tapi jangan kita sakitkan hati orang
terutama ibu bapa dan adik beradik
kawan-kawan yang kita sayangi
atau sesiapa sahaja

biar senyuman kita hanya dibibir sahaja walaupun hati kita merintih
senyuman itu penyeri untuk keluarga kita
pemanis dalam sebuah persahabatan
dan masalah dapat diselesaikan walaupun sedikit
janji ianya berkurangan

bersyukur dengan apa yang ada
TUHAN menguji melalui sejauh mana kudrat hambaNYA
kita kena redha walaupun dugaan itu terlalu berat untuk dipikul
mungkin TUHAN beri kita ujian dan dugaan
supaya kita tak pernah akan lupa pada NYA

p/s:masih lagi sabar menghadapi semuanya..


-POKOK..meet uncle hussain ft. hazama-

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
 

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok




-HATIMU MILIKKU..nera af9-

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini

layan jom..

 

-menu berbuka hari ini-

hari ini cik sakura dengan budak rumah keluar pergi pasar..beli barang-barang basah untuk dibuat juadah berbuka..mood hari ini mungkin agak baik sebab kitorang nak masak..hah kan dah berasap dapur cik sakura..kalau kerja jarang la berasap kan..lepas kerja terus pergi makan..malam diet..begitu la seterusnya..jadi masak bulan puasa nak tunjuk juga kemahiran memasak ni..hehe..jom lihat apa yang cik sakura beli..

KERANG..ingat nak rebus je..pastu cicah dengan kicap yang telah dicampur bawang merah, cili api dan tomato..ok tak..

PUCUK PAKU..masak lemak cili api pun sodap..haha..bubuh udang sikit..

TAUHU..ingat nak buat tahu sumbat je..kalau rajin beli la dengan lobak merah..tapi cik sakura beli timun je tadi..sumbat dengan timun je la..

KETAM..buat goreng berempah je kot..goreng-goreng je la..haha..sorry mr crab..hehe
 
ada juga cik sakura beli sayur-sayur lain..tapi sayur-sayur tu nanti cik sakura masak kemudian..kawan cik sakura nak sahur makan megi ayam..ish2..layankan aja sebab nanti pagi giliran dia memasak..megi ayam letak sayur sawi..sedap juga tau..menu kawan-kawan hari ini apa pula..jom kongsi dengan cik sakura..

-awak berjaya tambah LUKA-

apa yang terjadi dah pun terjadi..untuk apa kita membalasnya..satu masa nanti pembalasan akan berlaku sendiri..cuma cepat atau lambat sahaja..dulu cik sakura alpa dengan keindahan dunia lain..nah cik sakura telah dikejutkan dengan satu berita yang membuatkan perhubungan cik sakura terputus..dan segala-galanya gelap bila cik sakura terlantar di hospital..masa tu cik sakura tak fikir apa-apa..nak salahkan takdir pun tidak..memang cik sakura ingat MATI namun TUHAN anugerahkan cik sakura satu kekuatan yang sangat indah..lepas kejadian tempoh hari cik sakura kembali bangun dan teruskan kehidupan..dan sekarang cik sakura dah berjaya dengan berkat doa mama papa selepas membuat pengorbanan untuk jauh dari mama papa buat seketika demi mencari rezeki..dan atas restu mama papa cik sakura berada di sini meneruskan kehidupan..

perempuan itu..mana mungkin cik sakura boleh lupakan wajahnya..ye dia berhak untuk berkata apa-apa sahaja..namun hakikatnya dia hanya menambah luka dalam diri cik sakura..melihat wajah pun cik sakura boleh terbayang peristiwa lalu apa ntah lagi bersua muka..untuk apa pamerkan wajah itu kalau wajah itu hanya sekadar topeng..maaf di sini cik sakura tak akan aibkan perempuan itu..lagi pun semua orang dah tahu..bukan satu pejabat tapi satu kawasan dah tahu..pelik bukan..cik sakura yang tak pernah jejakkan kaki ditempat perempuan itu walaupun sekali tetapi cik sakura dikenali oleh seluruh anggota keluarga dan kawan-kawan perempuan itu..

yang sakit bukan awak..yang terputus hubungan juga bukan awak..yang menanggung kesakitan pun bukan awak..hanya cik sakura dan keluarga..jadi cik sakura anggap kata-kata awak hanya sekadar angin lalu..awak boleh menipu orang lain tapi awak tak boleh menipu cik sakura dan keluarga..jadi tolonglah berhenti berkata-kata perkara yang tidak benar..dan gambar itu..tolonglah..jangan pamerkan muka yang sekadar topeng sedangkan sebaliknya TUHAN sahaja yang mengetahui..yang pasti awak dah pun BERJAYA menghancurkan segala..nah silakan..ambil kejayaan awak dan ucap LIHATLAH DUNIA..tahniah awak..mungkin sampai akhir hayat awak hanya memberi luka..sedangakan awak mendapat kemanisan..adil ke..nak cik sakura balas..lupakan sahaja..

awak berjaya..awak terlalu agungkan perkataan M****C..jadi awak memang berjaya tambah derita orang lain..syabas dan terima kasih..


-luka lama berdarah kembali-

dah lama pun cik sakura terpacak depan laptop ni..tapi tak tahu kenapa malam ni cik sakura lebih banyak diamkan diri..macam buntu pun ada..dalam kepala ni macam-macam pikir..pasal kerja tapi lebih banyak pasal peribadi..pasal kerja mungkin boleh diselesaikan..tapi pasal peribadi..entahlah..kalau mulut cakap 'TIDAK' tapi hati cakap 'YA' tak guna juga kan..bila memikirkan balik macam buang masa je pikir..kalau ngadu kat abang cik sakura mesti dia cakap cari lain je..banyak lagi yang baik kat luar sana..

bila dapat jambangan bunga lili cik sakura dah tahu siapa pengirimnya..hanya seseorang je pernah bagi bunga lili..kenapa perlu muncul lagi..kenapa perlu beri lagi jambangan bunga yang tiada makna untuk cik sakura..kan cik sakura dah merestui perhubungan kalian..apa lagi yang nak cik sakura lakukan..takkan nak suruh cik sakura pergi pinangkan kot..tak masuk dek akal betul..yang dah berlalu biarkan berlalu..buat apa nak kenang memori terindah kita..kalau terindah tak mungkin perhubungan yang dibina bertahun-tahun lamanya putus kan..jadi indah ke..ye bila yang baru itu pahit mesti teringat kemanisan benda lama..tolonglah..

bersyukur la apa yang ada..hargai orang yang di depan mata..apa yang berlaku dah pun berlaku..nak patah balik mungkin tidak..dugaan apa lagi yang harus cik sakura terima..cukuplah apa yang terjadi dahulu..luka lama pun belum hilang kenapa nak tambah luka baru kan..cik sakura sentiasa doakan yang cik sakura boleh lupakan seseorang itu..biar pun lambat janji tiada ingatan langsung terhadap dia..

jambangan bunga putih itu hanya terbiar sepi di atas meja cik sakura..tak bawa balik pun..ntah la..macam berat je nak bawa balik rumah..nak pandang pun rasa sakit..nak buang hmm..biarlah dia layu..berat betul bila luka lama berdarah kembali kan..ini lah dugaan..dan cik sakura redha..yang pasti tidak akan kembali..insyaALLAH..ingat pesan mama papa jaga diri ditempat orang..selamat malam semua..