-JANGAN kejar BAS yang tertinggal-

selamat pagi kawan-kawan cik sakura semua..harap semua sihat-sihat tau..cik sakura demam sebab keletihan naik 'BELON'..haha..apa-apa pun rasa rindu nak menulis di blog ini..cik sakura kali ini bercuti dengan semua sekali bercuti..maksudnya..cik sakura lupakan pasal kerja..lupakan masalah peribadi..lupakan pasal bil-bil..lupakan pasal orang-orang yang tak perlu wujud lagi dan lupakan blog..oppss..blog mana boleh lupa..ini diari  alam maya cik sakura..diari yang dikongsi untuk tatapan umum..diari pun bagi tontonan umum..apa la cik sakura ni..salah ni..ini catatan kehidupan cik sakura untuk dikongsi bersama kawan-kawan semua..

apa maksud jangan kejar bas kat atas tu..hehe..sebenarnya ini pepatah..meh cik sakura cakap london ye 'NEVER RUN AFTER THE BUS OR MAN..THERE WILL ALWAYS BE ANOTHER ONE'..hah..sebenarnya cik sakura ternampak di fanpage ABBY ABADI..jadi cik sakura ingin kongsikan di sini..tak nak cakap pasal abby abadi sebab cik sakura rasa apa yang dia rasa..haha..kelasss ko jah..tak de la..cuma cerita abby abadi ada macam cerita cik sakura..cuma yang membezakan adalah cik sakura masih belum berkahwin dan belum lagi mempunyai cahaya mata..yang lain entah lah..tutup buka lama buka buka baru kan..

apa-apa pun yang pasti kalau kita terlepas sesuatu jangan kejar..takut tak tergapai atau tak tercapai dek akal..sebab sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..pikir positif dalam diri..mungkin sesuatu yang lepas itu akan ada pengganti yang lebih baik dari sebelumnya..mana kita tahu kan..apa-apa pun selamat berkerja untuk diri sendiri..ahakss..rindu pada semua orang..


-menghitung WAKTU-


cik sakura masih lagi di pejabat..jangan cakap pasal kerja..kerja memang tak akan dan tak pernah habis..kertas pun dah menimbun atas meja..apa-apa pun cik sakura tetap kena selesaikan sedikit kerja sebelum cik sakura pergi bercuti..masa cuti memang langsung tak nak fikir pasal kerja walaupun bos cakap akan ada 2 mesyuarat yang melibatkan cik sakura punya bahagian..tapi nasib la..cuti cik sakura dah pun diluluskan..walau apa-apa pun cik sakura tetap akan bercuti..oyeah..

menghitung waktu untuk naik 'BELON'..hah tau tak belon tu apa..kalau dah tahu bagus la tapi yang belum tahu tu BELON adalah KAPAL TERBANG dalam bahasa sarawak..dah lama cik sakura tak pergi sarawak..kali ni nak cuti puas-puas bersama keluarga tercinta dan ahli baru dalam keluarga cik sakura..apa-apa pun cik sakura nak ucapkan selamat bergraduasi kepada mereka-mereka yang akan konvo atau telah konvo..sekarang kan musim konvokesyen..jadi cik sakura ke sarawak pun atas sebab urusan konvokesyen..melayang lagi duit cik sakura beli bunga..jeng jeng jeng..

apa-apa pun jom sambung buat kerja sambil layan kerepek pisang buatan orang kampung..memang terbaik..


-saya sangat SIBUK..sekian-


SIBUK sangat ke cik sakura ni..tak sibuk pun..kerja semua dah siap..tapi kena senyap.senyap..kalau bising kata kerja dah siap nanti ada orang tambah lagi kerja..bos cik sakura keluar..bos lain nak meyelit-nyelit bagi kerja..apa-apa pun cik sakura berkurung dalam bilik dengan penghawa dingi pada 27 darjah celcius..tak tahu kenapa hangat sangat kat luar..tadi masa makan tengahari memang tak rasa sejuk dari penghawa dingin..rosak kot..cepat-cepat masuk pejabat walaupun dah lebih pukul 2..apa-apa pun cik sakura masuk sebelum bos masuk..fuhh selamat..

nak pergi hospital esok..lepas tu hari rabu cik sakura ada mesyuarat dengan pengarah-pengarah atasan dari pagi sampai petang..lepas tu kena siapkan kerja untuk serahan kepada pengarah..khamis..yeay cuti..cik sakura akan bercuti..jadi akan ada mesyuarat yang tak dapat cik sakura pergi..tidak mengapa..bos lagi penting kan..kalau bos tak ada baru cik sakura ganti..lagi pun cuti cik sakura telah pun diluluskan..hah pengarah yang luluskan..takkan nak batalkan cuti cik sakura plak..mana boleh..

ke mana cik sakura akan bercuti..jeng jeng jeng..cik sakura akan ke sarawak..yehaa..dalam 5 hari cik sakura akan berkampung di kuching, sarawak..jadi pada orang sarawak, kamek mau makan mee kolok..nyaman..kitak orang mau belanja sik..hehe..dah lama tak makan umai..kawan-kawan pernah makan umai tak..umai ni macam sushi orang sarawak..aik sik rasa sik makan rugi kitak orang nya..oppss..klakar srawak tuk ya..cakap bahasa melayu plak..

jom sambung buat kerja jap..cik sakura nak buat air teh dulu..


-lembu punya susu sapi dapat nama-


ceh..agak berang juga hari ini..tapi cik sakura kan seorang yang penyabar..kalau 7 tahun boleh sabar takkan satu hari tak boleh sabar pula..apa-apa pun cik sakura memang kena sabar..adakah cik sakura ketagih dengan pujian yang tinggi melangit..atau perlukan perhatian orang ramai dengan melentokkan badan seperti cacing kepanasan..owh tidak..cik sakura bukan sebegitu rupa ye..tak kuasa mak nak jadi seperti itu..tapi apa boleh buat..yang penat cik sakura yang dapat nama orang lain..yang menunjuk ajar cik sakura yang dapat pujian juga orang lain..yang bersengkang mata cik sakura tapi yang dapat penghargaan orang lain..ko tikam aku dari belakang ye jemah..haha..

tak mengapa..ini adat dalam hidup..biasa la pujian takkan kekal buat selamanya bukan..pujian takkan bawak ke kubur pun..tapi sakit hati juga..sebab kita yang bersusah payah tapi orang lain yang dapat nama..ada sesiapa boleh ajarkan cik sakura jadi 'GEDIK' tak..hah teringin nak belajar gaya-gaya meliuk-liukkan badan ni..


-JUMAAT dan perut kosong-


hari JUMAAT sudah..kat mana cik sakura sekarang..ce teka ce teka..hehe..memain je kan cik sakura ni..ok2 cik sakura serius..sekarang cik sakura masih berada di pejabat..walaupun tengah rehat..rehat hari jumaat kan lama tempohnya..tapi cik sakura masih berada di bilik cik sakura dengan penghawa dingin 25 darjah celcius..percaya tak..INI SERIUS..hah..betul..sejuk ke..cik sakura rasa macam panas je..sebab hati panas kot buat kerja dan buat kerja bos..dah macam pembantu peribadi pula..tapi tak ada gaji tambahan pun..dah la bulan ni tak dapat gaji..sedih tak..mesti tak sedih kan..heee..

kawan-kawan cik sakura semua dah makan ke..cik sakura makan buah je..hah hari buah sedunia..ada buah tembikai susu, jambu dan betik..itu pun kawan cik sakura yang beli..bukan 2 seringgit tau..tapi 4 enam ringgit..murah kan..tapi telan je isi perut yang kosong..lepas habis kerja baru cari makanan berat..lepas tu balik rumah boleh sambung mimpi..

tadi tengok kereta baru..tengok je..nak beli macam berat hati pula..kereta sekarang masih elok lagi..tapi rasa macam nak tukar..tapi rasa macam sayang..ish cik sakura memain lagi..pakai je apa yang ada kot..bagi peminiat kereta ce cadangkan kereta yang terbaik untuk cik sakura pakai untuk masuk kampung..kereta sekarang cik sakura hanya letak pejabat..kalau ada urusan untuk melawat kampung cik sakura akan pakai kenderaan pejabat..tapi masalahnya pemandu tu berhemah sangat..siap buka dan tutupkan pintu lagi..adoi..segan la..bukan bos besar pun..

apa-apa pun SALAM JUMAAT dari cik sakura..bagi yang belum makan nanti pergi makan ye..cik sakura nak sambung buat kerja jap..daaa..


-tiada GAJI pertama-


akibat kesilapan teknikal yang tidak disengajakan bulan pertama gaji tak akan masuk di dalam akaun cik sakura..jeng jeng jeng..akibat masalah yang tidak dapat dielakkan cik sakura tak dapat gaji pun bulan ini..sedihnya..nak bayar keta, sewa rumah dan bil-bil lain..adoi..nasib ada wang simpanan..kira boleh lagi nak hidup ditempat orang ini..cuma kena berjimat-cermat..berjimat-cermat kan amalan yang mulia..hehehe..

apa-apa pun tunggu gaji bulan depan ye..mana tahu dia bayar yang tertunggak..hah kan banyak cik sakura dapat..buat masa ini diam je la..tak dapat gaji pun..guna duit yang ada..tak bagitahu mama papa pun takut diorang tanya cik sakura nak duit tak..tak nak menyusahkan papa..dah besar takkan cik sakura nak harapkan diorang lagi..eh cik sakura mengaku dah besar ye..hehehe..tapi kalau maklong cik sakura dia cakap umur cik sakura ni dah boleh ada anak sorang dua..oppss bab kahwin tolak ke tepi dulu..tolok jauh-jauh bolah tak..

sekarang cik sakura ada jurucakap yang tidak dibayar gaji..terima kasih ye..apa-apa masalah atau ingin mengetahui tentang cik sakura boleh berurusan terus dengan dia..hah..senangkan hidup cik sakura..padahal tak suka..tak semua benda kita nak bagitahu orang kan..ini bukan satu jabatan tahu malah satu bangunan tahu..hebat bukan jurucakap ini..lepas ni cik sakura tutup mulut je..malas nak cakap apa-apa..mungkin hari ini dia gembira esok lusa kita tak tahu..bukan nak mendoakan tapi bila dia gelak besar mengenai masalah cik sakura tentang gaji cik sakura rasa gelak itu terlalu melampau..ya ALLAH tabahkan hati hamba MU ini..




-SEJARAH mungkin berulang-


hari ini genap 7 tahun cik sakura dengan seseorang..tempoh perkenalan yang panjang dan penuh dengan kedukaan..kedukaan yang terlampau sehingga air mata pun tak mampu untuk mengalir..7 tahun bukan diisi dengan kegembiraan tapi diisi dengan penderitaan..7 tahun yang meninggalkan bekas di hati..dan bekas akan tetap tinggal bekas..walaupun luka sudah sembuh namun parut tetap ada juga..itu hakikat..dan adakah sejarah akan berulang lagi seperti nyanyian tomok suatu masa dahulu..nyanyian yang mendayu yang mencairkan hati para gadis-gadis..eleh tak nak mengaku ye layan lagu new boyz..hehehe..

cik sakura baru lepas habis peperiksaan..dah selamat 3 paper..sejak semalam cik sakura ada peperiksaan..jadi blog ditinggalkan buat sementara waktu..bukan ditinggalkan terus ye..pada siapa yang sudi singgah tapi cik sakura tak singgah blog korang cik sakura pohon maaf ye..bilik cik sakura ni tempat keluar masuk bos jadi kebarangkalian untuk on line adalah terhad..bukan nak tunjuk baik tapi bila bos masuk ada je kerja masuk..bos masuk mesti nak tanya perkembangan kerja seterusnya..jadi nampak gaya kena buat kerja dan buat dan buat sehingga tamat pukul 5 petang..esoknya sambung kerja lagi dan begitu la seterusnya..hahaha..gelak lagi cik sakura..

tadi perasan sesuatu..sekeping gambar yang cik sakura rasa adalah satu yang kejam..menyakitkan hati pun ada..tapi tahniah cik sakura untuk budak itu..anda berjaya..tahniah sekali lagi cik sakura ucapkan..apa yang cik sakura pesan lepas cik sakura ucapkan SELAMAT TINGGAL tidak akan ada lagi ucapan SELAMAT DATANG..itu sahaja pesanan cik sakura untuk awak..dan ambil la orang yang awak anggap sebagai abang angkat tapi dalam hati awak cik sakura tahu apa yang awak rasa dan mahukan..teruskan usaha awak ye..

dan penutup kata dari cik sakura jom layan lagu TOMOK..hehe..mesti ada yang gelakkan nanti..siapa dia..biarlah rahsia..hehe..daaa..


-LUARAN atau DALAMAN-


tak banyak yang cik sakura nak cerita..cuma 2 perkara sahaja untuk hari ini..mungkin perkara ini terlalu subjektif..mungkin kawan-kawan ada pandangan tersendiri..mungkin juga pandangan cik sakura salah..atau mungkin sahaja kita berbeza pandangan dan pendapat namun halatuju yang sama..mungkin cik sakura hanya mengarut di pagi hari..jeng jeng jeng..

LUARAN
orang selalu menilai kita dari luar kan..betul..pandangan pertama itu penting terutama sekali ketika melangkah untuk temuduga..first impression is very important..haha speaking london gitu..tapi memang lumrah orang hanya menilai sekadar luaran sahaja..dan orang akan cakap melalui pandangan luaran sahaja..argh gosip..gosip yang dibuat melalu pandangan pertama dan secara rambang..orang yang tak melihat pun boleh membuat cerita..disamping menambah bahan perasa supaya cerita itu enak dan sedap untuk di dengar dan dihebohkan..manusia kan..luaran sahaja sudah cukup untuk mereka gambarkan siapa orang itu..yang baik mungkin boleh jadi jahat dan jahat mungkin terus orang perkatakan..namun yang merasa hanya mampu menelan walaupun tak berupaya..gosip yang melampau hanya mampu diamkan sahaja..nak je sumbatkan kasut tumit tinggi ini dalam mulut mereka-mereka itu..tapi hanya mampu bermimpi sahaja..

DALAMAN
inilah yang kita cari..luaran itu tak kekal..tapi dalaman itu akan kekal selamanya..ada seseorang berkata 'untuk apa saya berwajah cantik tapi pada hakikatnya tubuh badan saya sakit'..bukan untuk mengajar tidak bersyukur namun kesengsaraan itu buat kita mengeluh sendiri..walaupun kata-kata semangat senantiasa dihulurkan namun tubuh yang merasa itu kadangkala letih dengan atas apa yang terjadi..namun doa tetap diteruskan sebab menganggap ini adalah sebahagian daripada ujian TUHAN..dan kita sebagai umatnya harus akur dengan ketentuan ILAHI..adakah itu menjadi persoalan untuk diri cik sakura sekarang..TIDAK..sebab sekarang cik sakura keliru..jeng jeng jeng..luaran hanya lakonan dalaman pun cik sakura tak nampak..

p/s: macam pelik je..pelik tak kawan-kawan..


-sembang kedai KOPI-


cakk..selamat pagi semua untuk kawan-kawan tak kira di mana jua anda berada..macam bagi ucapan plak..KEDAI KOPI..hari ini cik sakura masuk kerja awal..jadi makcik pakcik kat sini ajak cik sakura minum kejap kat luar..dalam 15 minit pun jadi la..owh ye..kat pejabat baru cik sakura ni banyak orang lama..orang-orang muda kebanyakkan akan berpindah ke daerah-daerah..jadi di ibu pejabat ni boleh di kira berapa kerat orang muda..muda ke cik sakura..muda lagi tau..haha..

bila dah duduk bersembang macam-macam yang dibualkan..walaupun nama kedai kopi tapi cik sakura tak minum kopi..minum teh tanpa susu ye..cik sakura memang tak biasa minum minuman yang bersusu ni kecuali coklat atau air buahan-buahan..susu tolong jauhkan dari cik sakura ye..apa-apa pun bila orang lama bercerita kita yang muda ni dengar je la..ada sesi luahan perasaan..ada sesi geram dan banyak lagi sesi-sesi yang berbangkit..yang pasti perut cik sakura dah kenyang dengan sekeping roti canai kosong..

kesimpulannya yang dapat cik sakura rumuskan adalah tengahari ni tak payah keluar makan tengahari..yeay..jadi berehat di surau dan buat apa yang patut..nak keluar pun malas..tunggu lepas habis kerja la..jadi kepada yang berkerja selamat berkerja..yang tengah belajar selamat belajar..yang tengah menduduki PMR semoga berjaya ye adik-adik..jawab soalan dengan tenang dan jangan nak cepat habis..kalau boleh bila dah siap semak dulu sebelum hantar..akhir kata dari cik sakura..jeng jeng jeng..jom masuk mesyuarat..bos dah tunggu..terbalikkan..daaaa..


-cerita selepas menyepi-


Lama cik sakura tak menuliskan..entah kawan-kawan ingat cik sakura lagi ke tak..ke dah lupa blog cik sakura ni..ala sedihnya hati cik sakura..hujan-hujan macam ni nak buat drama melayu plak cik sakura..jeng jeng jeng..banyak yang cik sakura nak cerita..tapi buat masa sekarang cik sakura cerita yang sikit-sikit je dahulu..bukan apa nanti bila cik sakura dah ketandusan idea boleh guna cerita yang cik sakura simpan dalam muzium tu..ahaks..

CERITA PERTAMA
kisah facebook..baru cik sakura jumpa orang yang tak boleh hidup langsung tanpa facebook..pergh..akibat ketagihan facebook itu cik sakura telah serahkan sebulat-bulatnya komputer pejabat kepada dia..adakah cik sakura serahkan betul-betul..bukan lar..dia yang ambil sendiri..dan cik sakura terpaksa layankan sahaja..bayangkan pukul 8 pagi sampai 5 petang asyik facebook..belum malam lagi..owh cik sakura memang tak kisah nak facebook ke apa ke..itu awak punya pasal..tapi bagi cik sakura siapkan kerja dulu boleh tak..ni tak..kerja dia banyak tergendala takkan nak bagi kerja cik sakura tergendala juga..banyak lagi kisah pasal dia dan facebook..tak mahu cerita panjang..nanti mengumpat plak..

CERITA KEDUA
bos cik sakura..ni lawak kot..cik sakura ni jenis tak kisah kalau orang bergurau..hormat punya pasal senyum je la..tapi bila kawan dengar bos mula panggil cik sakura SAYANG hah kan dah jadi isu baru..tapi nama pun tempat kerja..anggap ini semua sebagai gurauan sahaja..bukan betul pun kan..kalau betul naya cik sakura..hah mahu kena parang dengan bini dia..silap-silap hari bulan cik sakura dah tak ada kepala..macam mana nak jawab tu..mama dari mula dah pesan jangan libatkan diri dalam masalah-masalah yang berpanjangan ni..maknanya jangan libatkan diri dengan suami orang..

CERITA KETIGA
ni lagi dasyat tau..cik sakura lapar..ahaks..jom pergi makan..hehehe..jangan marah nanti kena jual..