-bekerja la kita sekuatnya-

betul kan kena kerja sekuatnya..kalau tak mana nak datang duit..betul duit tak boleh bawak ke mati tapi duit itu penting untuk menyara kehidupan cik sakura di sini..oppss..cik sakura berceramah pula ke..duit itu untuk perbelanjaan cik sakura seorang di sini..dan sesekali kalau cik sakura berbelanja lebih sedikit itu semua untuk membayar hasil penat lelah cik sakura selma ini..

kita jangan ukur kemampuan seseorang melalui kekayaan..kekayaan yang kita memiliki itu tidak akan kekak..tapi kepuasan yang kita miliki itu adalah satu nikmat..tapi jangan sesekali berasa tidak puas dengan apa yang dimiliki..itu TAMAK bunyinya..ingat sebelum kita berada di puncak kita pernah berada di bawah..setinggi mana pun kita jangan pernah lupa asal usul kita tau..

-BIRU itu mendamaikan-


bagi cik sakura biru itu mendamaikan cik sakura..bila pergi bercuti destinasi pilihan cik sakura mesti yang berhampiran dengan pantai atau pun pulau..sejuk mata memandang melihat langit biru yang luas terbentang dan kejernihan air pantai..eceh..apa yang cik sakura melalut ini..ini antara yang peminat warna BIRU..mereka terdiri daripada AYIE ABAS , UJANG9897 dan RS IDA ..

jom tengok koleksi BIRU kali ini..jeng jeng jeng..

 BILIK DI DASAR LAUTAN..tiba2 jerung datang intai..hehe

 KEINDAHAN PANTAI

LAMBORGHINI GALLARDO

BLUE WHALE

 MEOW..

COOKIE MONSTER
 


CHELSEA..oppss..cik sakura tak minat bola..tapi jangan lupa para peminat CHELSEA..27 JULAI 2011 MALAYSIA VS CHELSEA..

p/s: sementara cik sakura buat kerja sedikit kawan-kawan boleh la klik nama-nama kawan cik sakura di atas ye..blog mereka menarik juga..ada yang sorang tu mesti tidak asing lagi dalam dunia penulisan blog..terjah jangan tak terjah..


-MERAH pujaan hatiku-


tadi cik sakura ada bertanya pada kawan-kawan bloggers warna apa yang menjadi pilihan hati mereka..nak baca entry itu klik [SINI]..dan hasilnya kebanyakkan memilih warna MERAH..siapa pilih warna merah..mereka adalah KJAHARUN , M FIZAN , GUA SYED .. kalau ada yang cik sakura tak letak nama nanti update dekat cik sakura ye..jom kita tengok koleksi MERAH kali ini..

 MAWAR
 
 SLIM LEATHER BAG for iPAD

FERRARI 599 GTB FIORANO
 
 oppss
 
warghhhhh..nak merah kan..hehe..nak EPAL tak..


p/s: jap lagi cik sakura nak buat BIRU plak..tunggu ye..sementara tunggu tu apa kata kawan-kawan klik nama-nama mereka di atas tu..boleh tambah kenalan..

-pagi-pagi mengadap BLOG-


apa-apa pun SELAMAT PAGI semua..ada yang masih belum bangun lagi ke..wah sedapnya tidur..cik sakura dah ada kat pejabat ni dengan secawan teh panas..maklum la sejuk sangat pagi ini..kan kan kan..ala cakap la cik sakura malas nak kerja..lalala

apa progran kawan-kawan hari ini..mesti banyak program kan..tengahari nanti cik sakura nak pergi bank masukkkan duit..ada sesiapa nak duit tak..cik sakura nak bagi duit cop daun pisang..hehe..gurau je..pagi-pagi kena senyum baru rezeki cepat masuk..insyaALLAH..


dah dua entry cik sakura buat pasal warna kalau tak salah cik sakura..HIJAU dan KUNING ..kawan-kawan suka warna apa..nanti cik sakura buatkan koleksi untuk kawan-kawan nak..siap letak nama kawan-kawan lagi..hah macam mana..kalau suka nak boleh la bagitahu cik sakura ye warna apa menjadi pujaan hatimu..hehehe..


-HIJAU oh HIJAU-

 ANGGUR

 KASUT TUMIT TINGGI

TONG SAMPAH 

VESPA

JIM CARREY in THE MASK

anak sape la ni..lari..


-WAYANG dan JAGUNG-

mula-mula tengok ladang dulu
 
kemudian kita tengok jagung pula

biji-biji jagung kecil

taraa..bertih jagung atau POPCORN

p/s: yang sebenarnya cik sakura nak pergi tengok wayang..tak tahu cerita apa..member cakap surprise..ok2..jangan cerita hantu dah la ye..nanti bukan makan popcorn tapi makan kotak popcorn..lalala..



-KUNING bukan sebarang KUNING-

 bunga ALAMANDA..ingat shopping complex je ye..

pulut KUNING

PISANG  or banana

LEMON

FIXIE BIKE

VOLKSWAGEN kuning..opps...lari..



-bandar tapi asal usul kampung-

hai..lama kita tidak bertemu kan kawan-kawan cik sakura semua..cik sakura sampai lewat malam tadi..lepas mandi dan buat apa yang patut terus cik sakura tidur..mata ni dah tak larat..jadi mengantuk semacam..akibat kekenyangan meratah sambal udang dan tempe..opsss..nasi makan kurang je..apa-apa pun majlis kenduri arwah itu berjalan dengan lancar walaupun cik sakura hampir menangis menghiris bawang merah sebesen..

tajuk di atas tu..sebenarnya cik sakura pun tak tahu nak letak tajuk apa..tapi ceritanya macam ini lebih kurang..ada sedara ni dari kawasan yang agak terkenal dengan golongan orang kaya..sebut je nama tempat ini kita dah agak sekaya mana orang itu..tapi cik sakura tak nak cakap apa sebab papa pesan jangan cakap pasal orang..tettt..tapi itu la mulut orang bukan boleh tutup..lagi-lagi kita di kawasan perumahan yang agak terkenal dengan sikap masyarakat mesra dan kebanyakkan adalah orang tua..

macam masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang harimau mengaum..betul ke cakap cik sakura ini..ok lah cik sakura cuma nak pesan sekaya mana pun kita ini sebandar mana pun kita duduk setinggi mana pun pangkat kita namun asal-usul kita jangan lupa..kita semua tetap dari kampung..jadi makan la dengan tangan sebab susah nak makan udang dengan sudu garfu..lagi pun makan bersila kat bawah..tak kotor kaki kalau jejak dapur semata-mata nak minta 'PLAIN WATER'..

bila orang tua mula berkata-kata rasa malu dalam diri..tettt..

p/s: teringat mama cubit cik sakura dan kakak cik sakura masa kitorang makan guna sudu dekat majlis kenduri di kampung..sakit tau..berbirat..tapi tu kenangan masa kecil..KENANGAN ITU PENGAJARAN..opah pesan orang laki suka tengok perempuan kat dapur..jadi rajin-rajin turun dapur..betul ke kaum ADAM..



-kebetulan yang tidak dirancang-

penat tolong buat persiapan untuk kenduri arwah esok..kebetulan mood cik sakura agak berlainan sekali hari ini..kenapa..nak tahu ke klik [SINI] ..kawan-kawan boleh la bagi pendapat atau nasihat untuk cik sakura ye..segala pendapat dan nasihat kawan-kawan semua amatlah cik sakura hargai..bukan apa bila ianya melibatkan kawan baik sendiri bagai nak gugur jantung ini mendengarnya..

pagi cik sakura agak SURAM..tanpa dirancang dan mungkin kebetulan pagi seseorang itu MURAM..bunyinya agak sama cuma berbeza huruf di depan sahaja..secara kebetulan kami meletakkan status yang hampir sama..anggap sahaja ianya kebetulan sebab cik sakura hanya berinteraksi dengan dia setahun sekali..itu pun pada hari lahir masing-masing..jadi status ini hanya mengambarkan situasi masing-masing..

cik sakura ada satu pertanyaan..kalau kawan-kawan ditempat insan ini..

'kawan-kawan mempunyai teman istimewa iaitu bf/gf yang telah lama menjalinkan hubungan lebih dari 5 tahun..namun kemudian kawan-kawan mendapati kawan baik atau member kawan-kawan sendiri pernah keluar dengan bf/gf kawan-kawan secara senyap..lepas tu siap bonceng di atas skuter sambil dipeluk erat..malam hari pula tu..namun kawan-kawan tidak mengetahuinya sampai la ada seseorang memberitahu apa yang telah dilihat..jadi apa kah yang kawan-kawan akan lakukan..'

kongsikan pendapat anda..dan kalau mahu kan penjelasan yang lebih lanjut boleh bertanya dengan cik sakura ye..jom sambung blend cili..


-sakit dikhianati kawan baik-

semalaman cik sakura tak boleh tidur..bila memikirkan kawan baik sendiri tikam cik sakura dari belakang..tergamak betul dia buat macam tu pada cik sakura..sedangkan semua orang tahu kami berkawan baik..tapi tergamak dia melakukan perkara itu dibelakang cik sakura..kejam tak rasanya bila dikhianati kawan baik sendiri..

cik sakura tak tahu pun sebelum ini..tapi bila tahu rasa sakit tu makin menjadi-jadi pula..apa kawan-kawan rasa bila kawan baik sendiri tikam dari belakang..dan buat pastu boleh berlakon seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku..boleh nafikan lagi..sedangkan bukti dah ada..depan mata lagi..nak tengok muka dalam facebook pun rasa sakit apa ntah lagi kalau berdepan..

entah la..cik sakura tak boleh terima..sampai bila cik sakura nak sedih dengan benda-benda macam ini..KAWAN BAIK sendiri tu..kawan yang cik sakura kenal sejak dari zaman kanak-kanak lagi..sampai belajar pun satu universiti yang sama..ini yang cik sakura dapat..kalau kawan baik sendiri tak boleh percaya siapa lagi yang cik sakura boleh harapkan..


-MAHARAJA LAWAK AKHIR 2011-

PART 1

NABIL

JAMBU

SEPAH

JOZAN

PART 2

NABIL

JAMBU


SEPAH

JOZAN


KEPUTUSAN


juara SEPAH (topi maharaja lawak + RM350,000 + trofi)
tempat kedua JOZAN (RM 250,000 + trofi)
tempat ketiga NABIL (RM 150,000 + trofi)
tempat keempat JAMBU (RM 50,000 + trofi)

-TAMAT-



-baju kurung putih-


kaum ADAM dah balik sembahyang JUMAAT ke..hari ini hari jumaat..penghulu segala hari..kaum ADAM ditempat cik sakura kebanyakkannya berbaju melayu sebab tadi ada majlis sedikit..ada yang macam nak pergi akad nikah pula..opss..yelah berbaju melayu dan siap bersampin..kalau bini kat rumah tau nak pergi akad nikah gerenti putus kepala..hehehe..tak de la..cik sakura gurau je..kitorang ada majlis sedikit awal pagi tadi..

cik sakura sendiri berbaju kurung putih..agak janggal tapi kira masuk kot untuk pemakaian hari ini..hah jangan cakap cik sakura nak pergi menikah pula..belum sampai masa lagi..alang-alang cik sakura dah berbaju putih jadi cik sakura pakai heels merah..ada macam wanita UMNO tak..hehe..opss politik..tak berminat..kawan-kawan dah makan tengahari belum..cik sakura masih kekenyangan akibat makan pulut kuning..bersama rendang ayam dan daging..ni atas meja pun ada lagi..lari diet cik sakura..

petang nanti cik sakura akan gerak ke KUALA LUMPUR..orang-orang kl cik sakura akan terjah tempat anda..hehe..cik sakura ada jemputan kenduri arwah dan doa selamat..sebagai wakil keluarga jadi cik sakura akan pergi..lepas tu ingat nak shopping jap..ALDO wait for me..lalala...


-penantian satu penyeksaan-


benda yang kita tunggu itu kadang-kadang belum tentu kita akan dapat..macam tunggu durian nak gugur..macam tu kot..seharian cik sakura tunggu namun masih tiada jawapan..penat kan menunggu..macam tak berbaloi menunggu untuk sesuatu yang rasanya tidak memberi faedah..jadi kenapa masih ditunggu benda yang mustahil..mustahil macam cempedak kan jadi nangka..

akhirnya cik sakura pun temui jalan buntu..buntu sangat dah..tak jumpa jalan penyelesaian..dan akhirnya cik sakura ambil keputusan untuk tutup buku, kemas meja dan duduk bersandar sambil pejamkan mata seketika..berat mata memandang berat juga bahu ini pikul..melihat air coklat masih belum terusik membuatkan cik sakura berfikir 'sibukkah aku sampai lupa nak minum'..namun air coklat itu terbiar begitu sahaja..datang kawan cik sakura terus minum..alhamdulillah tak membazir..

ada yang dah tidur ke..ke masih berjaga..cik sakura pun nak tidur dah..penat menanti namun tiada yang kunjung tiba..diam seribu bahasa..apa yang cik sakura tunggu..tunggu PANGGILAN PENTING..penting sangat..untuk mengesahkan sesuatu perkara yang penting..adoi..susah nak dengar perkataan DAH DILULUSKAN..hmm..

selamat malam..


Kongsi Trafik Dan Tukar Link


segmen dari HASRUL HASSAN ..jom berkongsi trafik dan tukar link..cik sakura dah anda semua bila lagi..eh macam iklan pula..segmen ini akan berakhir pada 24 JUN 2011 pada pukul 12 tengahari..jadi jangan ketinggalan untuk turut serta dalam segmen ini..nak turut serta ke..hah apa lagi klik tuan empunya segmen ini HASRULHASSAN

taraaaa



-gula-gula yang paling TAK SUKA-

hah..tak nak cakap banyak..ini gula-gula yang cik sakura tak suka langsung..tapi tak tahu kenapa orang lelaki suka sangat makan gula-gula ini..pahit la..tak sedap..eee..ada tak orang perempuan suka makan gula-gula ini..yang macam dalam gambar tu..kalau ada angkat tangan..memilih kan cik sakura..hehe..tapi jangan sesiapa suruh cik sakura makan gula-gula ini..nanti cik sakura babap baru padan muka..lalala

p/s: along dan bangchik cik sakura suka makan gula ini..papa pun..hmmm..SEDAP KE..

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG


HACK..dengar perkataan ini pun dah gerun..kalau kena mesti demam seminggu kan..blog ini sahaja tempat cik sakura mengarang cerita dan bermadah pujangga..ada ke..tett..ok2..kita terus jawab pertanyaan tuan empunya segmen itu..

soalan pertama
siapa cik sakura nak hack blog dia?? jawapannya ialah blog MR BEN ASHAARI ..hah jangan terkejut..jangan pikir bukan-bukan..baca soalan kedua pula..

soalan kedua
kenapa cik sakura memilih beliau..pertama sekali sebab beliau yang buat segmen ini..ahaks..yang kedua sebab cik sakura sangat cemburu dengan kejayaan beliau dalam dunia penulisan blog..tapi jangan salah sangka ye..jom tengok jawapan cik sakura untuk soalan ketiga..

soalan ketiga
pesanan yang akan ditinggalkan..hehe..eh gelak pula..kepada MR BEN ASHAARI teruskan perjuangan anda dalam penulisan blog..cik sakura cemburu sebab blog anda semakin berjaya dan dipandang orang ramai..cik sakura juga mahu seperti anda..jadi cik sakura cuba berusaha seperti anda agar blog cik sakura ini terus maju dan maju..eh macam ucapan 1 MALAYSIA pula..apa-apa semoga impian anda terus menjadi kenyataan..teruskan usaha anda..lagi pun cik sakura tak akan hack blog sesiapa..

p/s: ada sesiapa nak gula hacks  tak..hehe

tarikh tutup 10 malam ini..nak turut serta dalam segmen ini tekan nama yang tidak asing lagi iaitu MR BEN ASHAARI


-karipap yang popular-

masa untuk makan tengahari ni..cik sakura tak keluar makan kot..sebab baru lepas mesyuarat jadi nak duduk rehat dalam bilik sambil dengar orang 'goreng' gitar dia..bukan goreng karipap tau..hehehe..KARIPAP adalah kuih yang paling popular cik sakura rasa..pergi mana-mana majlis mesti ada karipap..tapi kalau mesyuarat yang bahagian cik sakura buat ni memang ada kuih ini..wajib letak dalam menu..tettttt..

ada 2 jenis karipap kot yang cik sakura pernah lihat..kalau ada lagi nanti kawan-kawan update dekat cik sakura ye..kalau inti karipap semua orang tahu kan..nak tolong bagitahu cik sakura pun tak mengapa..

 ini karipap jenis biasa

ini karipap pusing

ada dua jenis je cik sakura tahu..karipap atau omputih cakap curry puff..hehe..tapi diorang bertiga ini makan ke karipap..ce tanya ce tanya..lalala..

powerpuff girls


"Mega Bloglist Umar Faruq"


rezeki jangan di tolak..musuh jangan di cari..ada kaitan ke..hehe..tak ada kena mengena kot..jom join bloglist dari tuan rumah ini..tarikh tutup 26 JUN 2011..hah ada lagi masa 3 hari..tak rugi kalau mencuba kan..nak tahu siapa yang anjurkan klik nama ini UMAR FARUQ ..

selamat mencuba..

 

-LAHAR CINTA-

Tersingkaplah tirai cintaku yang lalu
Hangatnya bagai lahar yang membakar bumi
Sehinggakan aku menggelupur kelecuhan
Bila engkau pergi tak kembali

Kala itu sayangnya engkau padaku
Dan ku telani segala kata indahmu
Kerana kusangka kau kan terus bersamaku
Tapi hanya sekadar waktu

Seluruh cintamu itu hidup segar dijiwaku
Masih kuterasa
Tak layu ditelan waktu
Tak pudar kasih hatiku
Dan kau masih lagi kusayangi

Walaupun engkau tiada
Namun cintamu terasa
Membendung rinduku sejak dulu hingga kini
Indahnya kukenang dan pahitnya dah kutelan
Begitu kasihku kepadamu

Ingin aku mengulangi saat indah waktu dulu
Tapi bagaimana dapatkah berulang lagi
Bersamalah kita jadikan pengajaran
Betapa pedihnya oh perpisahan

Mengapa di waktu ini
Aku teringat kembali segala kenangan
Adakah engkaupun sama masih ingat kepadaku
Seolah kita tak pernah berpisah

-FINAL LIST-

p/s: haha..jangan tanya cik sakura kenapa lagu ini cik sakura letak tau..

 

-liku kehidupan-

kita tunggu dia sampai berjanggut
tapi dia tak tunggu kita langsung
kita sakit
tapi dia boleh hidup bahagia
kita langsung tak makan
tapi dia makan sampai berat badan naik
kita menangis
tapi dia boleh gelak ketawa suka ria
kita sengsara
tapi dia gembira atas luka yang diberi
dibawa berbincang
namun marah yang dapat
dibawa berunding
hanya ungkitan kisah lama jadi isu
dibawa berdiam diri
hanya kesakitan yang bertambah
kita makan hati
tapi dia makan nasi lemak bersama teh o
kita semalam tak tidur
tapi dia lena tidur diulit mimpi
pagi ini kita harapan sesuatu
tapi dia buat sambil lewa
kita harapan kebahagian
tapi dia hanya beri derita yang berpanjangan
manusia atau apakah ini
mungkin TUHAN nak tunjukkan sesuatu
yang pasti redha atas segala yang terjadi
dan orang akan cakap
ini semua LIKU KEHIDUPAN..

 

-kasut tumit tinggi beraksi-


cakk..macam lama dah tak menulis apa-apa..tapi cik sakura nak coretkan sesuatu di sini..nak tahu tak..tak nak tahu pun kena ambil tahu juga..kalau tak nanti cik sakura babap sorang-sorang..hehehe..gurau je..takkan nak babap anak orang..kes naya tu..

alhamdulillah balutan tangan pun dah dibuka..kesan luka nasib nampak kecil sahaja..tak la seperti yang cik sakura jangka..risau takut parut itu besar..jahitan pun dah dibuka semalam..jadi sekarang cik sakura bebas dari bau ubat..jeng jeng jeng..rasa bebas pula tangan ni dari berbalut-balut..

cik sakura masih dalam cuti lagi namun bos panggil untuk hadiri satu perjumpaan khas bersama pengarah-pengarah yang lain..nak tak nak cik sakura mesti kena pergi..sebab projek tu bawah kawalan cik sakura..pagi-pagi dah menapak dengan kasut tumit tinggi..hello tangan yang sakit tau bukan kaki..hehe..cari nahas lagi..

setakat ini cik sakura masih ok..cuma mata je yang dah rasa nak tertutup akibat makan nasi lemak dan kopi..ish ish..pastu cik sakura pergi telan ubat lagi..cik sakura nak rehat sebentar ye..jumpa lagi..


-HERO-

There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are

There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
And you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold

You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

Oh ho, Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away, hey yea

Hold on
There will be tomorrow
In time, you find the way, hey

Then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

That a hero lies in you
Mmm, that a hero lies in you

p/s: happy father's day papa..u are my HERO..miss u papa..

 

-sepi itu kosong-

malam mula melabuhkan tirai
suasana gelap gelita
hanya pekat malam menghiasi alam
tiada sinar dari bintang berkelipan
mahupun sinaran bulan
mungkin dilindungi oleh awan kelabu
rasa sepi
jauh dari insan tersayang
bila bersendirian
terasa kosong alam ini
kosong juga dalam diri ini
menerima dugaan TUHAN dengan tabah
dan jauh sekali untuk mengeluh
mungkin sudah tersurat
ini yang harus diterima
sepi itu hadir kembali
mungkin belum dikurniakan PELANGI indah
yang ada hanya sebuah senyuman tawar
yang mengharapkan sedikit kebahagiaan
tidak banyak yang diharapkan
cuma sedikit untuk ketenangan diri
andai kata terdapat kekhilafan diri ini
andai kata salah dalam tutur bicara
sepuluh jari disusun memohon maaf
biarlah malam ini sepi seketika
semoga mentari esok bisa menyembunyikan rasa sepi malam ini
selamat malam..