-coretan malam untuk seketika-


sudah pukul 12.15 malam..tapi mata cik sakura belum rasa nak lelap lagi..mengantok pun tidak..tapi cik sakura tak makan malam pun tadi..hanya segelas coklat dan beberapa vitamin..ye vitamin dan pil untuk kesihatan diri..bukan sakit cuma untuk penjagaan diri dan kesihatan..mencegah lebaih baik dari merawat bukan..

ada ke kawan-kawan blogger yang lain yang masih belum tidur..kalau belum tegur2-tegur la cik sakura..nanti cik sakura boleh singgah blog kalian semua..sekarang ni pun cik sakura mula mengenali ramai blogger..ada yang memberi tunjuk ajar pada cik sakura..terima kasih banyak2..yang bagi pendapat pun terima kasih ya..memang sayang pada kalian semua..

cik sakura pernah terjatuh suatu masa dahulu..jatuh disebabkan suatu perkara yang menyakitkan hati..tapi ada diantara blog yang mempunyai cerita yang sama dan dalam masa yang sama ianya memotivasikan diri cik sakura..benarlah orang kata ada yang lagi teruk dugaan yang dihadapi daripada kita..jadi rasa insaf itu mula hadir dalam diri..tapi tak kan nak jatuh selama-lamanyanya..hidup kita hanya sekali..dan kehidupan ini terlalu singkat..kita sendiri tak tahu betapa lama kita di atas muka bumi ini..jadi penuhkan ia dengan perkara yang bermakna dan berfaedah..

sebelum tidur cik sakura hendak maafkan semua orang..andai terkasar bahasa atau perilaku cik sakura yang menyakiti hati..untuk seseorang itu yang berada dihospital tabahkan hati..anda kuat untuk mengharungi segala kesakitan sama ada dari suntikan atau mata pisau bedah..bunyi sahaja agak mengerikan tapi percayalah segala kesakitan awak itu adalah penghapus segala dosa..cik sakura doakan supaya  kesakitan awak dikurangkan dan awak cepat sembuh..amin..selamat malam semua..

2 comments: