-JANGAN bermaksud YA-


selalunya memang macam tu kan..macam apa ya..jom kita bongkar..biasanya yang di arang tu la yang akan kita buat..makin dilarang makin menjadi-jadi pulak orang nak buat..yang tak suka tu la yang selalu dibuat..bila cakap tak suka benda itu juga lah yang akan dibuat berulang kali..pernah ke kalau kata JANGAN tapi hasilnya memang tak buat..kebarangkalian adalah sedikit..

contoh mudah..biasa terpampang di tempat-tempat awam..DI LARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI..tapi cuba kita perhatikan mesti ada sampah dekat sini..walaupun sekecil-kecil plastik..mungkin dekat papan tanda itu tiada sampah..cuba tengok kiri dan kanan papan tanda itu hah berlonggok sampah mengalahkan bukit..jadi mana istilah dilarang atau jangan itu..

pernah tak kita cakap ALA TAK SUKA LAR BUAT MACAM INI..tapi yakin ke oarng itu akan ikut nasihat kita..rasanya boleh dikira..dari pandangan cik sakura bila dah cakap tak suka tu tak suka la tapi bila cakap tak suka makin suka plak orang nak buat..memang menguji kesabaran bukan..yang tak suka tu lar dibuat berulang kali tanpa rasa jemu..kalau benda yang suka tak nak buat pulak..kan terbalik..

kanak-kanak kecil..makin dilarang makin menjadi..JANGAN PANJAT KERUSI TU NANTI JATUH..betul ke tak panjat..makin berkobar-kobar nak panjat lagi ada..tapi kanak-kanak kita masih lagi boleh membentuk..kadang kala cik sakura biarkan sahaja budak-budak ini berbuat sesuatu..tapi tetap pandang dari jauh..bila baby nak panjat kerusi ke meja ke cik sakura akan cakap PANJAT LAH..PANJAT TINGGI2 SIKIT..KALAU JATUH JANGAN NANGIS..akhirnya baby tak lah panjat..kalau jatuh siapa yang sakitkan..tapi budak kecik boleh ditegur budak besar boleh ke..

reverse psychology itu perlu kan..itu cara terbaik untuk mengajar tanpa menyakitkan hati sesiapa..tapi dalam budaya melayu adakah teknik sindiran itu akan berkesan sepenuhnya..MATA KE ATAS SAMBIL TANGAN KE DADA..dah cuba praktikkan ke..kalau yang terasa itu bagus lah..semoga cepat berubah..tapi kalau hati yang keras dan tak paham bahasa itu macam mana pulak..sama-sama renungkan..


No comments:

Post a Comment