dalam hidup ini mesti ada RAHSIA dalam diri..bukan semua kita cerita pada orang..walaupun kita rapat-serapatnya..bukan semua cerita kita akan jadi bahan tatapan orang lain..dan bukan semua kisah hidup kita kan jadi bualan orang lain..betul tak..sedikit sebanyak kita masih menyimpan rahsia yang hanya diri dan TUHAN saja yang tahu..rahsia yang masih tersimpan rapi didalam kotak hati..
ada manusia yang terlalu berahsia..tapi sedarkah bahawa terlalu berahsia itu akan membawa kepada positif dan negatif..kita lihat dari sudut positif..berahsia itu perlu supaya diri kita bebas daripada pandangan orang dan halwa telinga orang dari dengar cerita yang bukan-bukan..dari sudut negatif pula terlalu berahsia akan menyebabkan kita ini menyusahkan orang..tengok tu terlalu berahsia juga akan menyebabkan orang lain rasa rimas..kalau asyik dengar perkataan 'BIARLAH RAHSIA', 'ADA LAR', 'NO COMMENT'..dah macam jawapan standard artis pulak..padahal tanya pasal kerja bukan pasal peribadi pun..adoi..nak berahsia biar bertempat..
terlalu terbuka sampai rahsia orang pun diceritakan pada orang lain..guna konsep 'aku cerita ni rahsia kita berdua tau..jangan cerita pada orang lain'..hah tapi kalau orang kedua itu bercerita kepada orang ketiga menggunakan konsep yang sama adakah cerita itu menjadi rahsia..nanti jadi telefon berkarat pulak..akhirnya semua orang akan mendapat cerita itu..rahsia ke lagi..
kadang-kadang jangan pula membuka pekung di dada..hah tak elok..rahsia tetap rahsia..kadangkala rahsia itu demi menjaga maruah dan air muka orang..tapi kalau rahsia seseorang itu terbongkar akan keluar ayat ini 'you drop my water face'..hah..kan elok tu..menjatuhkan air muka orang itu adalah perbuatan yang sepatutnya dijauhkan..kalau terbongkar rahsia tentang kebaikan tidak mengapa..kalau terbongkar rahsia kejahatan bukankah ini memalukan..tak nak buat macam tu tau..
kesimpulannya rahsia itu tetap menjadi rahsia..tak kisah lah kalau kita berkongsi rahsia dengan sesiapa pun..rahsia akan tetap menjadi rahsia..tapi berhati-hati takut rahsia yang disimpan rapi terbongkar jua..rahsia yang masih cik sakura simpan ini biarlah cik sakura simpan sampai akhir hayat..nak tau rahsia apa tak..jeng jeng jeng..meh2 cik sakura bongkarkan satu rahsia..jangan bagitau sesiapa tau..dragon ball ada 7 biji semuanya..hehehe..selamat malam..
@diana
ReplyDeletehehe..harap2 mcm tu lar..