-tolong bangun bila dah jatuh-


siapa kata kita tak boleh gembira bila dah dikecewakan..siapa kata kita tak boleh gembira setelah dilanda kesedihan..siapa kata kita tidak boleh teruskan kehidupan selepas badai melanda diri..siapa..tolong cakap siapa..diri ini bukan jenis yang mudah mengalah..diri ini bukan terus diselubungi dengan rasa sedih dan pilu..mungkin ini takdir..jadi biarlah diri ini redha atas apa yang berlaku..menangis jauh sekali..

bila dah jatuh takkan selamanya nak terus jatuh sampai tersungkur..ingat selain diri sendiri bukan orang lain pun boleh memajukan diri kita itu..jadi untuk apa mengenang perkara yang menyakitkan hati..ye memang senang orang bercakap kehidupan harus diteruskan dengan kesedihan yang ditanggung bukan orang yang rasa..tapi percayalah sampai bila nak berasa sedih..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..mungkin perjalanan kita di dunia ini terlalu sukar tapi mana tahu perjalanan di akhirat ini TUHAN permudahkan segalanya..insyaallah..

ramai terkejut bila cik sakura melepaskan orang tersayang dan ada juga yang melahirkan rasa syukur..bukan cik sakura sahaja yang melepaskan orang tersayang tapi mesti ramai lagi yang diluar sana melakukan pengorbanan ini..cik sakura tetap manusia biasa yang tidak lepas dari dosa..jadi ini sahaja yang mampu dilakukan bagi memberi kegembiraan kepada semua..insyaallah kegembiraan anda semua dapat memberi kekuatan kepada cik sakura..jom makan..cik sakura dah lapar..

4 comments: