- CINTA HATI NAK DATANG -


selamat pagi
hari ni cinta hati nak datang
minggu lepas tak dapat datang sebab urusan kerja
so family yang turun

jadi minggu ni cinta hati cik sakura pula datang
alhamdulillah
selain keluarga dan teman rapat
orang ini lar yang melihat keperitan dan kesakitan yang cik sakura alami hingga saat ini
orang yang melihat didepan mata sendiri cik sakura kehulur hilir organize majlis
dan orang ni juga yang melihat air mata cik sakura mengalir sebab terlalu penat
penat nak puaskan hati orang
penat nak puaskan kehendak orang
penat nak puaskan kemahuan orang
penat segalanya

tapi dia tahu cik sakura bila bekerja
kami tak pernah campur adukkan urusan kerja dan peribadi
bila bekerja ye berkerja
bila peribadi dating pun tak pandang orang keliling
langsung tak perasan kawan
walaupun duduk sebelah meja

itulah cik sakura dan cinta hati
kami baru bersama
tak declare dalam percintaan pun
cukup sekadar memahami isi hati dan saling melengkapkan antara satu sama lain
eh tak mahu berbicara panjang soal ini
kita lupakan sementara waktu ye

jumaat dijohor pagi ini
dimulakan dengan bacaan surah YAASIN
semoga hidup pada hari ini dirahmati ALLAH hendaknya
insyaALLAH..


- DUKA DI JOHOR -


Episod duka cik sakura tidak pernah berhenti
sentiasa ada hari demi hari
tapi inilah kehidupan
hidup mana yang tidak ada masalah
laut pun bergelora inikan pula manusia yang mudah rapuh

dah tak nak hormatkan cik sakura pun cik sakura tak kesah
bukan kita boleh paksa-paksa orang 
tapi kalo tak hormat sekalipun kerja atau tanggungjawab sila jalankan
ini tidak
dibuat sambil lewa dan langsung tidak pernah berubah

biarkan
cik sakura biarkan benda-benda ni berlalu pergi
keluarga..teman2 dan sahabat2 sentiasa ada menyokong dibelakang
alhamdulillah
betapa pahitnya azab yang cik sakura hadapi ini
tetapi mungkin ini sikit berbanding orang lain disana

kedukaan di johor
kedukaan di hati cik sakura..

jumpa lagi..


- DAH LUDAH JILAT BALIK -

kita jangan cakap sembarangan
kelak apa yang kita cakap tu kita sendiri akan buat
bak kata pepatah
DAH LUDAH JILAT BALIK
tu perumpamaan yang tepat untuk orang yang berlagak bagus
sangat bagus dengan kutukan, hinaan dan makIAN dan cacian
tapi semua tu dibelakang
bila depan senyap plak
diam membisu
hmmm

berbalik pada perumpamaan tadi
kes dia senang je
konon nak koyakkan surat kalo cik sakura yang sign
tetapi
tetapi yer encik puan
pagi tadi atas meja cik sakura ada surat permohonan cuti dari mangkuk hayun ni
layak kot di panggil mangkuk hayun
yang pengecut 
belakang berani depan penakut

ikutkan hati cik sakura tak mahu sign permohonan si mangkuk ni
mangkuk betul..


- HATI YANG KAU SAKITI -


allahuakbar
mencari ketenangan hati dan jiwa
dengan kepala yang berserabut dengan pelbagai masalah yang dicipta oleh orang lain
kalo dia sakit hati
hati cik sakura ni dah hancur luluh
kalo dia tak mahu melihat muka cik sakura
cik sakura berjuta kali tidak hingin melihat muka dia
jadi apa2 pada cik sakura pada 19 oktober 2016
mungkin cik sakura boleh terima lagi
namun jika sesuatu terjadi pada kedua ibu bapa cik sakura pada 19 oktober 2016
sekali ko benci melihat muka ini
berjuta kali
cik sakura ulang
berjuta kali aku benci melihat muka ko dan tak mungkin cik sakura memaafkan perbuatan tu
lantak
orang yang cik sakura tolang
ini yang cik sakura dapat
jangan biar kekerasan cik sakura keluar
hilang nanti semua kelembutan yang ada..
allahuakbar..


- GEGAR VAGANZA MUSIM 3 2016-


SIAPAKAH PILIHAN CIK SAKURA

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

SITI SARAH




-KO PIKIR KO PUNYA HORMAT NAK AKU KIRA-

ALLAHUAKBAR..
mengucap panjang semenjak dua menjak ni
perangai manusia yang suka jatuhkan air muka orang
hentikanlah perangai sebegitu rupa
sampai bila kita nak harapkan orang paham kita
sampai bila kita asyik nak harapkan orang HORMAT kita..

minggu lalu cik sakura nasihatkan seseorang
walaupun orang tu jauh lebih tua dari cik sakura
dah pangkat bapak pun
cik sakura cakap tak semestinya orang muda kena hormat orang tua
pepatah atau statement
ORANG MUDA KENA HORMAT ORANG TUA
mungkin bagi cik sakura bagi zaman sekarang sudah tak praktikal lagi
adalah lebih baik kita saling menghormati tidak kira umur, jantina, kaum atau sebagainya

ye cik sakura nasihat seorang tua yang sudah berpangkat 'DATUK'
bukan datuk sultan atau raja bagi pun
tapi datuk yang tuhan bagi
alhamdulillah dah ada cucu 3 orang pun
cik sakura cakap perangai panas baran elok dikurangkan dan kalo boleh dibuang terus
perangai memaki hamun dikhalayak ramai
bukankah tidak elok
akhirnya dia terima nasihat cik sakura

nak tahu apa puncanya
senang je sebab kami dah hampir sebulan tidak bertegur sapa
cik sakura mabil pendekatan berdiam diri
macam diam diri ari blog
bersawang agaknya
tetapi cik sakura jauh sekali berdendam
kerja dalam satu jabatan satu bumbung tak perlu bergaduh
ye ke idok
tapi cik sakura tidak mahu isu berlarutan
benda boleh bawa berbincang
kan senah oiii..

ok dah tengahari
kita jumpa next entry kalo rajin...
daaaa..