-kalau DIA baca-

sebelum tidur cik sakura nak coretkan sesuatu di sini..tiada apa yang indah namun terpaksa akur dengan segalanya..memang perit tapi inilah kenyataan..nak atau tidak cik sakura harus pasrah seperti nyanyian erra fazira..kini aku pasrah dengan segalanya..opps nanti hujan plak malam ni kan..

sekarang cik sakura berada di hotel..hotel mana biarlah rahsia..cik sakura tengah bercuti bersama keluarga..sekarang semua orang tengah diulit mimpi..lepas mandi cik sakura ingat boleh tidur tapi rupa-rupanya tak boleh senah..jadi dari buang masa dan pening tengok emel yang menimbun tu baik cik sakura coretkan sesuatu di sini bukan..opps untuk yang kedua kali..panjang betul mukadimah..

hmm..kalau dia baca entry ini cik sakura nak cakap yang cik sakura dah letih dengan apa yang terjadi..susah nak puaskan hati orang..dan kadangkala kita pun susah nak puaskan diri sendiri..maksud puaskan diri sendiri iaitu ingin memcapai matlamat yang ingin kita capai tapi terlalu banyak halangan..mesti tak puaskan..jadi itu lah yang cik sakura nak cakap..buat masa ini baiklah berdiam diri..itu cara terbaik..kalau ego mengatasi segalanya itu bukan diri cik sakura..kalau ego mana mungkin cik sakura dapat memaafkan kesilapan dia itu kan..hmm

kalau dia baca juga anggap sahaja ini kali terakhir..sampai bila nak sakitkan hati sendiri tapi hati orang kita jaga..jadi biarlah cik sakura jaga hati yang dah rapuh ini ya..dan kalau dia baca juga cik sakura nak cakap tolong bagi alasan yang tak munasabah itu pada orang lain dan bukan pada cik sakura..itu sahaja..itu pun KALAU DIA BACA..selamat malam semua..


-LARA LAGI (ombak rindu)-

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini
Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu
Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru
Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah
Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia
Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru
Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah
Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia



-kenapa saya seorang PENDIAM-


sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni cik sakura memang banyakkan diri..selain menahan rasa marah dan geram dalam hati cik sakura hanya mengambil jalan mudah dan selamat dengan berdiam diri sahaja..bukan apa tak guna nak cakap atau lepaskan marah pada seseorang itu..macam cakap dengan batu..bukan boleh selesaikan masalah pun..lagi cari masalah..susah kalau dalam kepala tu ada batu besar tapi tak nak mengaku..susahkan..kalau orang fikir diri dia je yang betul jadi paham-paham sajalah kalau kena tegur mesti gaduh punya..orang yang rasa sempurna ni janganlah ditegur..pantang..

nak bercakap banyak nanti dikatakan buat ketupat pula pagi-pagi ni..jadi biar cik sakura diam je..dan luahkan dalam ini blog..mana tahu boleh lepaskan apa yang terbuku di hati..susah la bila orang suka mengadu dekat cik sakura tentang hal orang lain..kenapa tak nak cakap sendiri dekat tuan punya badan..kenapa perlu suruh cik sakura yang bagitahu pula..bukan apa..kalau orang tu mudah dan akur menerima kesalahan dia cik sakura dengan rela hati tolang sampaikan pesanan orang itu..tapi dah sah-sah budak tu kepala batu jadi memang tak makan saman..bukan tak pernah tegur masalahnya dah berbuih mulut cik sakura ni bercakap..

umur 23 tahun..adoi..cik sakura pun pernah berada dalam umur macam tu..ada masa kita enjoy ada masa kita serius dan ada masa kita perlu sentiasa menerima tanggungjawab yang telah diamanahkan..kalau bedak boleh ditepek-tepek 24 jam dekat muka takkan bilik air yang asyik keluar masuk tu langsung tak boleh nak cuci..dah berkeladak tau..takkan benda macam tu pun nak kena cakap..dah sah-sah awak tu perempuan..takkan benda tu nak diajar kot..

sekarang tak nak cakap apa-apa pun..dah penat..nak sambung buat kerja sekejap..jumpa lagi..


-PUJI dan DOA-


ada sesiapa puji diri sendiri tak..mesti ada kan..siapa yang nak puji diri kita kalau bukan diri sendiri dulu..tu tandanya kita mensyukuri apa yang ada pada diri kita..tapi kalau terlalu puji diri sendiri tu masalah juga..nanti orang cakap kita ni syok sendiri la, perasan la dan macam-macam lagi..hah pendek kata puji la diri dalam diam-diam je..panjang nak cakap apa-apa tak..mesti panjang cakap ada aku kesah..lalala

dekat sini cik sakura bukan nak cakap pasal puji semata-mata..tapi pasal doa..kalau kita boleh puji diri kita setiap masa apa salahnya kita berdoa setiap masa juga..doa satu benda yang baik dan nescaya orang tak akan cakap yang bukan-bukan pada kita..ada ke digelar syok sendiri bila kita berdoa..mesti tak ada bukan..kalau ada hah memang terlebih asam itu orang..

sebelum kita suruh orang doakan kita baiklah kita empunya badan berdoa untuk diri sendiri dulu..TUHAN pun suruh umatNYA berusaha sebelum mendaptkan sesuatu..cepat atau lambat biarlah DIA yang tentukan..siapa kita nak tentukan jarum masa sendiri..doa  itu penting..sentiasa bersabar..cik sakura pun berdoa tapi hasilnya setelah 2 tahun kemudian..biar pun lambat namun cik sakura bersyukur sebab TUHAN kabulkan doa dan permintaan cik sakura..mungkin ada hikmah disebaliknya..desamping mendapat apa yang cik sakura inginkan, cik sakura juga menjadi seorang yang penyabar walaupun terpaksa berendam air mata..namun hasilnya boleh buat cik sakura tersenyum..alhamdulillah..

dan hari ini setelah 3 bulan cik sakura berkerja di tempat baru dan langsung tidak menerima gaji, maka dengan ini cik sakura mengisytiharkan gaji cik sakura dah masuk..alhamdulillah..nampaknya ada orang dah mula main mata pula..jeng jeng jeng..jom sarapan dulu..daaa


-LELAKI dan SIBUK-

selamat pagi..adakah pagi anda semua ditemani secawan teh atau kopi bersama makanan yang lain..kenyang perut pagi-pagi ye..cik sakura pun belum sarapan lagi..hari ini mukadimah pendek aja..sependek boleh cik sakura nak buat sebab mengejar masa yang asyik lari dari cik sakura..acah je..dah lama tak menulis..aiyo ayat lama sudah keluar..alasan sebab SIBUK..tapi kali ini cik sakura nak bercerita mengenai LELAKI dan SIBUK..

hah di sini cik sakura nak terangkan bukan mengenai lelaki yang penyibuk..ada ke lelaki yang suka jaga tepi kain orang..ops..kalau ada pun diorang sendiri yang tahu..tapi bila lelaki sama lelaki bercerita hah kaum hawa paham saja lah apa yang menjadi tajuk perbincangan utama mereka..cik sakura sendiri pernah mendengar..jadi malas nak cerita di sini..lalala..

bila lelaki dah mula cakap SIBUK kaum hawa mula berpandangan jauh..jeng jeng jeng..ye tidak dinafikan cik sakura sendiri akan mula berfikir panjang..adakah betul sibuk atau berpura-pura sibuk..ah lelaki..selalu sangat guna alasan sibuk..nanti kalau dah kantoi tu alasan sibuk tak boleh digunakan lagi tau..jangan selalu sangat guna alasan lapuk tu sebab kaum hawa ni penat nak dengar alasan yang sama..hah cuba kaum adam dengar alasan yang sama je..mesti tangan naik kat muka kan..kan dollah kan..

apa-apa pun tidak kira jantina apa pun perkataan SIBUK itu tidak lari dalam kehidupan kita..cik sakura sendiri pun sibuk..kerja memang tak pernah habis..tapi sibuk-sibuk cik sakura masih sempat mandi makan dan melakukan aktiviti seharian..tapi kesian kawan cik sakura..alasan kawan dia sebab sibuk..dan kami rasa dia sibuk sebab cuba nak jauhkan diri..itu satu tindakan yang tidak adil..tak payah bagi alasan sebab nak jauhkan diri..inilah lelaki..belum dapat macam-macam janji..tapi bila dah dapat hah mula bagi macam-macam alasan..

kaum ADAM yang baca penulisan cik sakura ni boleh bagi pendapat anda juga..mana tahu nak olah cerita cik sakura..boleh berkongsi pendapat dan tinggalkan link entry anda ye..nanti cik sakura singgah di blog anda macam cik sakura pergi makan dekat sebuah restoran yang bernama SINGGAH SELALU..opssss..


-antara BAHAGIA dan TANGISAN-


jangan pernah menyesal dengan tangisan yang keluar..sebab mungkin disebalik tangisan itu ada keindahan yang akan menjelma..bukan kebahagian sementara yang kita cari tapi kebahagian untuk selamanya..dalam kehidupan pun ada gula dan garam bukan..malah ditambah dengan kopi..jadi pahit, masam, masin dan manis dalam kehidupan itu sudah menjadi lumrah..kita manusia biasa..sebesar mana pun pangkat kita air mata tetap pernah mengalir..baik lelaki mahu pun perempuan..ah lelaki..walaupun egomu setinggi gunung namun bisa juga mengalirkan air mata walaupun setitis..jangan menidakkan sesuatu yang sudah menjadi lumrah..kadang kala tangisan itu dapat melegakan hati dan jiwa kita..

menangis lah sepuasnya..jangan disekat atau dihalang air mata yang ingin mengalir..walaupun terpaksa menangis di bawah titisan air hujan atau yang paling mudah di bawah pancuran air di bilik mandi..konsepnya tetap sama..tujuannya juga tetap sama..supaya tiada siapa melihat air mata kita mengalir membasahi pipi..betulkan..jadi menangislah kalau ianya dapat mengubati hati dan jiwa yang lara..menangislah kalau ianya dapat menjadi terapi dalam hidup kita..tapi jangan sesekali menangis sepanjang hayat hidup kita..apa-apa pun kehidupan mesti diteruskan..patah tumbuh hilang berganti..cuma kita berfikir secara positif dan ingatlah semakin kita mendapat halangan dan pelbagai dugaan datang melanda semakin dekat kebahagiaan itu menghampiri..jadi apa yang patu buat adalah SABAR dan TAWAKAL..jumpa lagi..


-CIKGU jangan datang lagi tau-


kenapa perlu hadir bila dah semakin lupakan kenangan lalu..jangan hadir lagi sebab setiap luka yang diberi masih ada bekas lagi..tolonglah jangan hadir lagi..baik di depan mata atau apa sahaja..cukup la dengan apa yang terjadi..sebab yang terjadi itu begitu perit untuk diterima..dan sekarang bahagia la kamu dengan sesiapa sahaja yang kamu suka..jangan cari lagi..tak perlu bertanya khabar atau apa sahaja..ianya bukan boleh mendatangkan kebahagian tapi lagi menambahkan kedukaan di hati..

adoi..cik sakura benci sangat dengan situasi macam ni..di saat cik sakura semakin melupakan apa yang terjadi ada sahaja dugaan datang menjelma..dah berbulan lamanya cik sakura menyepikan diri dari seseorang tapi kini orang itu hadir kembali..dengan hanya berbekalkan satu kiriman mesej ianya sudah cukup mengganggu hidup cik sakura..bukan cik sakura berdendam tapi hati ini masih belum kuat untuk melupakan apa yang telah berlaku..semakin cik sakura diam semakin banyak spekulasi yang timbul..mereka yang membuat soalan dan mereka juga yang memberi jawapan..jadi untuk apa lagi cik sakura bersuara..hanya berdiam diri itu sahaja yang mampu..berdiam diri bukan beerti kalah namun berdiam diri hanya untuk memberi ruang pada diri sendiri berfikir dan terus berfikir..

ye memamg benar cik sakura berdiam diri..tapi jauh di sudut hati ini cik sakura masih mendoakan kesejahteraan orang yang pernah hadir dalam hidup cik sakura..semoga bonda yang tersayang cepat sembuh..itu yang mampu cik sakura lakukan..hanya kiriman doa sahaja yang mampu..terpulang apa tafsiran orang..cuma cukup saja peristiwa yang telah berlaku..jangan ditambah lagi..bila cik sakura diam maknanya segalanya telah berakhir dan menemui noktah..kemaafan yang diberi dan kemaafan yang dihulurkan sudah juga untuk mengakhiri perhubungan itu..sekian..


-pesanan untuk VESPA DEGIL-


ni cik sakura marah ni..marah sangat pada orang yang bernama VESPA DEGIL..eeeee..geramnya..rasa nak ketuk-ketuk dengan kasut tumit tinggi ni..kan cik sakura dah marah..haha..adakah cik sakura betul-betul marah ni..tak marah pun..apa vespa degil dah buat..ce tengok formula baru yang dia buat..

CIK SAKURA
=
CIK SANGKURA

eeee..bila pula cik sakura jadi kura-kura ni..ni nak kena ni..jom curi vespa dia..hah..nak tahu siapa orang tu..ce klik nama ini VESPA DEGIL


-LAGI SEKALI-


biar TUHAN saja yang tentukan kita di jalan yang mana..biar TUHAN saja yang tentukan destinasi kehidupan kita sebenar..andai segalanya sudah tersurat takkan nak menolak takdir dari TUHAN..hanya mampu berdiam diri..berdiam diri untuk seketika atau selamanya juga biar TUHAN yang tentukan..bukan maksud sudah berputus asa tapi rasa penat dalam diri..sakit hati boleh memakan diri..tiada ubat untuk hati kecuali doa dan air mata..masakan boleh pisahkan perasaan hati dan juga air mata bukan..tapi itu lah hakikat yang terpaksa ditelan walaupun pahit..

jadi kalau pun yang terjadi itu sudah dirancang maka diri ini terpaksa akur juga..mengalah bukan bererti kalah..betul..seseorang itu bukan milik kekal untuk kita..merelakan pemergian orang bukan sesuatu yang mudah namun bila keikhlasan timbul ianya satu ketenangan yang sukar dikecapi..tapi benar..sekali lagi merelakan dan melepaskan seseorang..berat bukan..tapi nak tak nak terpaksa juga..


-perbandingan atau CALON-

 shahnaz ahmad basir

 ahmad fakri saarani

 jason mraz

johnny depp

fauzi baadilla

p/s: ok dah tengok gambar-gambar mereka ini bukan..apa perbezaan dan persamaan mereka yang paling ketara..oppss..adakah calon seperti mereka ini..jeng jeng jeng..mak jemah tak payah jadi wartawan MELODI ye..


-bulan oh bulan..MENGAWAN..opss-


pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan DISEMBER..tapi cik sakura tak nak cerita pasal bulan..cerita nak cerita pasal mata..jeng jeng jeng..mata cik sakura ni kan dah pejam celik pejam celik je..kalau dapat pejam dalam satu jam pun dah cukup kot..mengantuk sangat hari ini..walaupun semalam cuti tapi cik sakura masih bekerja tau..pagi-pagi dah keluar lepas maghrib baru sampai rumah..semua pasal penutupan majlis yang melibatkan menteri..adoi..duk seebelah menteri pun dah gelabah apatah lagi nak bercakap dengan dia..tapi alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

tapi hari ni memang cik sakura mengantok sangat..tadi pun nasib tak terlena..kena penghawa dingin kereta memang sedap dapat lena ni..masuk kerja pun dah nak hampir-hampir pukul 8..hah..nasib tak merah lagi..sarapan..mesti la belum..perut pun lapar ni..tapi memang cik sakura dah nak terlena dalam pejabat ni..hmm..sedapnya bau kopi..siapa la bancuh pagi-pagi ni kan..jom pergi tengok..mana tahu boleh dapat secawan..ahaks..

owh ye..bulan 12 ni dah masuk bulan musim mengawan..haha..gurau je..ramai pula yang kahwin termasuk sepupu cik sakura juga..nak ambil cuti pun cik sakura kena fikir panjang..esok kena pergi mesyuarat lagi..adoi..apa-apa pun cik sakura kena ambil cuti juga..cuti ganti tu..rezeki jangan ditolak..sape nak bagi cuti free 2 hari..kan jenab kan..sebelum cik sakura melalut baik ck sakura pergi pantry jap..tengok apa yang ada..daaa


-BUSUK HATI punya orang-

geram..pakai la minyak wangi jenama antarabangsa sekali pun kalau dah busuk hati tu memang teruk busuk buat selamanya..tunggu ye..satu hari nanti memang akan dapat balasan..buat baik di balas baik tapi kalau buat jahat hah sendiri pikir la..takkan di balas baik pula..budak kecil pun tahu..eeeeeeee..apa kes cik sakura merepek ni kan..

nak diikutkan ini cerita semalam..tapi baru hari baru nak buat coretan kat sini..semalam cik sakura dipanggil jumpa pengarah..hah tahu saja la bila pengarah nak jumpa satu bangunan ni kecoh..tapi nasib bukan cik sakura sahaja..ada lagi pegawai yang dipanggil..dan bukan lagi pegawai di panggil ketua pengawai juga di panggil..memang bagus betul wartawan dekat sini ye..mulut diorang sangat hebat sehingga pegawai-pegawai atasan kena panggil dengan pengarah..kelas ko jah..

rupanya isu kecil je dibangkitkan..kenapa ye..cemburu tak dapat berhubung dengan menteri..kalau nak kerja kami memang kami berikan..kami sekadar ikut arahan..pengarah pun geleng kepala..apa punya orang la..kitorang tahu la kerja kitorang..apa-apa pun nanti yang kena bambu kitorang juga..yang wartawan-wartawan tak bertauliah ni bukan kena bambu pun..eeee..pengarah nak jumpa cik sakira pun sebab lain..tapi cik sakura pun dilibatkan sama dalam hal wartawan tak bertauliah ini..eeeeeeee

kenapa cik sakura kena jumpa pengarah..jeng jeng jeng..ala pengarah nak serah tugas lain pada cik sakura..cik sakura kena pegang satu jawatan khas untuk wanita sahaja..hah sebab tu je..bukan ada sebab lain pun..tapi kesian kawan-kawan cik sakura..sebab mulut-mulut busuk mereka-mereka ini pegawai-pegawai terlibat kena mengadap pengarah..eeee..jom tukar jawatan nak..hah baru rasa macam mana pening nak buat kerja selain hanya mengadap facebook dan mengumpat orang..


-ISNIN datang lagi-

lepas ahad mesti la ISNIN..ish2..apa la cik sakura ni kan..budak kecik pun tahu..tapi biasalah penyakit 'M' paling besar dalam hidup iaitu MALAS..kalau penyakit ni datang semua benda tak jalan dan tak jadi..apa-apa pun kehidupan sepanjang hari isnin mesti diteruskan..adoi..selamat pagi buat semua kawan-kawan cik sakura tidak kira di mana jua anda berada..jom dengar tragedi isnin buat cik sakura..bukan tragedi buah epal tau walaupun hari ini cik sakura pakai baju warna hijau epal..kelas ko jah..nak lawan mak jemah ke..ahaks..jom-jom baca perenggan seterusnya..

macam biasa bila pagi isnin memang liat nak bangun..dah cuti 2 hari..hah barang siap yang semangat nak bangun pagi isnin memang cik sakura tabik spring kat dia..macam biasa buat rutin macam biasa dan kemudian jumpa DIA macam biasa juga dan doa semoga hari ini berjalan dengan lancar..amin..INSYAALLAH..kemudian macam biasa buat air coklat sebab tak minum air susu..coklat pun bukan sebarang coklat..coklat untuk tulang bagi tambah kalsium sikit..maklum la dah muda-muda ni kalsium memang diperlukan..ahaks..kemudian macam biasa masuk kereta panaskan enjin 5 minit kemudian pergi pejabat..

ALAMAK..bukan nasi lemak atau ternampak mak..bukan-bukan..adoi..terlupa isi minyak..dah nak nyawa-nyawa ikan tu..oyeah..penyakit pelupa sudah datang..macam mana boleh terlupa isi minyak..jeng jeng jeng..masa nak bayar mintak minyak 50 ringgit tapi cik sakura keluarkan 5 ringgit je..ahaks..adakah sudah nyanyuk..ish..ok-ok cik sakura kelam kabut..apa-apa pun kereta sudah diberi makan..perut cik sakura je belum diberi makan lagi..apa lagi..jom keluar sarapan pagi..jom..


-HARI LAHIR kembali lagi-


macam biasa bila pagi2 ni mesti tengok emel dulu..mana tahu kerja masuk atau ada orang hantar emel pasal benda lain..kerja tetap diteruskan walaupun jatuh pada hari lahir sendiri..jeng jeng jeng..umur telah meningkat seperti biasa..tapi adakah umur itu menjadi pengukuran pada hidup kita..apa-apa pun ianya terletak pada diri..ada yang tua tapi berupaya menjadi muda..tapi yang muda berupaya jadi tua..hah nak cik sakura jelaskan ke dari sudut pandangan cik sakura..ok-ok..meh cik sakura mulakan ye..

TUA MENJADI MUDA
dah sah-sah dia tua..tapi mungkin perangai kebudakkan menyebabkan dirinya macam orang muda..orang tua bila dah nampak sangat kebudakkan tu memang kurang matang..tapi kenapa nak lihat dari sudut negatif..cuba lihat dari sudut positif..orang tua ni dah macam orang muda..bergaya macam orang muda malah kekuatan juga mengalahkan orang muda..opss..tak lari topik kan..tapi mungkin orang tua sudah lama makan garam jadi tahu untuk mengekalkan kemudaan mereka walaupun umur sudah meningkat..

MUDA MENJADI TUA
muda-muda sudah matang..hah ini sangat bagus..tapi biar matang bertempat..masuk cik sakura di tempat kerja..walaupun kita masih muda dan menunjukkan kematangan maka orang sangat berminat untuk meletakkan tanggungjawab ke atas bahu-bahu mereka ini..siapa lagi nak harapkan kalau bukan orang muda bukan..pelapis generasi akan datang..tapi sekarang ramai sangat orang muda yang sakit..bila mengadu mesti cakap 'muda-muda lagi dah sakit'..mungkin orang muda sekarang kurang jaga pemakanan kot..main belasah je..macam indonesia dibelasah oleh malaysia..ahaks..kesian bibik-bibikku..ya bik mesti kerja walaupun udah kalah..adat pertandingan bukan..

jom buat kerja..kerja sentiasa menanti..tengah tunggu kek dari mama..mama kirim kek walaupun cik sakura duduk jauh dari mama papa..apa-apa pun hari ini hari lahir cik sakura yang ke 18..oppss..ini lah..dah tua nak ngaku muda lagi..mak jemah..cik sakura muda lagi ye..hehehe..tolong sikit..


-LARANGAN dari BOS-

cak..lama betul cik sakura bercuti kan..tapi bukan bercuti sebab raya tapi bercuti dari menulis di blog ini..aiseh..maaf ye kawan-kawan cik sakura semua..cik sakura sibuk sedikit untuk satu program melibat satu MALAYSIA..bukan slogan 1 MALAYSIA tu tau..tapi ini melibatkan semua negeri..jadi banyak tanggungjawab yang terpaksa cik sakura laksanakan..kena siap sebelum naik mesyuarat minggu depan..aiseh lagi sekali..kena jumpa pengarah dan menteri pula..

tajuk di atas..jeng jeng jeng..sepatutnya cik sakura kena keluar melawat kawasan di samping kutip maklumat dan segala benda yang boleh dikutip..borang kenderaan dan pemandu telah diisi dan disediakan..timbalan pengarah dah luluskan pun..tapi boleh plak bos cik sakura tak bagi keluar..apa kes bos..orang nak buat kerja bukan nak shopping..eee..memang bos cik sakura tak bagi keluar ni..jadi nampak gaya bertapa la cik sakura di dalam pejabat ni..hah bos nak orang teman bertapa bersama bos ye..wekkk

apa-apa pun cik sakura rindukan blog ini..dan rindukan siapa lagi ye..hah..ce teka cik sakura rindu siapa..jeng jeng jeng..teka tau..


-awal betul MAK JEMAH-


SELAMAT PAGI
hye kawan-kawan cik sakura semua..selamat pagi ye..semoga hari ini lebih baik dari semalam..hah dah nak kul 8 pagi..cepat-cepat bangun..pergi sekolah ke pergi pejabat ke atau ke mana destinasi anda yang hendak dituju..apa-apa pun berhati-hati di jalan raya ye..yang masih melakukan ibadat korban selamat menunaikan ibadat korban itu..

GAJI TAK MASUK
haha..bab ni memang paling cik sakura sekali..memang bulan ini gaji cik sakura tak akan masuk walaupun satu sen..jangan harap..jadi guna la duit yang sedia ada ye wahai cik sakura..maknanya soal shopping kena tolak ke tepi dulu..tolak tepi ke tolak jauh-jauh..ala dah 2 bulan gaji tak masuk..macam mana nak hidup..cik sakura bukan ulat dalam batu tu..simpanan semakin berkurang..macam-macam nak bayar..kereta je dah berapa..lepas ni naik vespa la..alamak tak ada lesen motor pun..jeng jeng jeng..

SARAPAN PAGI
ada ke orang sarapan tengahari..sarapan petang ke atau sarapan malam..hehehe..cik sakura belum sarapan pun..walaupun bos ajak keluar tapi katakan TIDAK..bukan apa cukup dengan gosip-gosip liar ni..banyak sangat wartawan MELODI kat sini..jadi pihak TV3 kalau tak cukup wartawan hiburan boleh la intai-intai calon-calon di tempat cik sakura..kelass ko jah masuk TV3..

KERJA
ahah..sekian sahaja coretan cik sakura untuk pagi ini..kerja makin lama dah makin banyak..asal siap satu tambah satu..jadi cik sakura buat kerja dulu ye..daaaaaaa


-selamat jalan ROMEO-

Jangan... cuba... merayu lagi
Tak kan kuulangi bertemu denganmu
Jangan... cuba... menggoda lagi
Tak kan kuulangi bercinta denganmu
Manis mulut berbisa
Hampirku terpedaya

Kiniku menyedari
Engkau pandai berpura
Terpaksaku melupakan
Dirimu yang tak setia

Sungguhku tak menyangka
Ramainya wanita
Terperangkap olehmu
Cinta

Bagi dirimu
Tiada ubahnya
Bagai menukar baju
Cukup hanya sekali

Hatiku kau sakiti
Selamat jalan Romeo
Lebih baik kusendiri

p/s: haha..=)


-KORBAN HATI-


kadang-kadang waktu terasa cepat berlalu..tapi kadang-kadang tu waktu lambat sangat berlalu..antara sedar atau tidak masa memang tidak akan menunggu sesiapa..kalau masa terhenti maka dunia ini turut terhenti..dan waktu itu segalanya mungkin..hanya TUHAN yang maha mengetahui..hidup ini singkat..sangat singkat..cuma kita yang tak perasan..sebab alpa dengan kerja, alpa dengan barang, alpa dengan urusan lain..dalam erti kata lain kita alpa dengan keduniaan..ya mana mungkin cik sakura nak menidakkan keadaan..cik sakura sendiri lenyap dalam dunia cik sakura..lenyap dalam dunia kerja sehingga melupakan perkara lain..lemahnya cik sakura sehingga terpedaya dengan kesibukkan duniawi..

mungkin ini hukuman untuk cik sakura..mencari sedikit kegembiraan pun terasa payah..TUHAN dah beri dan tunaikan salah satu permintaan cik sakura..mana mungkin cik sakura ingkar dengan perintahNYA..ya manusia sentiasa melakukan kesalahan..namun takkan kita nak menggunakan alasan yang sama bukan..kini cik sakura akur dengan ketentuanNYA..ini yang diberi dan ini juga yang cik sakura terima..dan selama ini cik sakura lakukan perngorbanan untuk kebahagiaan orang lain..mungkin cik sakura boleh bahagia dengan melihat kebahagiaan orang lain..INSYAALLAH..

kali ini apa pengorbanan yang cik sakura akan lakukan..sama-sama kita tunggu dan lihat..susah cakap pasal hati..sukar untuk menilai hati..payah untuk menafsirkan hati dan terlalu berat memikirkan soal hati..apa-apa pun selamat pagi semua..


-BERIBU SESALAN..JV..NB..SH-

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu


Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

 

-HIDUP, WARNA dan BARANG-

hidup ni macam GULA dan GARAM..ada manis ada masin..dan kadangkala hidup pun macam KOPI..ada kalanya pahit untuk di telan..macam HEMPEDU..atau mungkin dikaitkan dengan hati..makan hati ayam ke lembu ke ok lagi tapi kalau dah makan hati orang tu macam mana ye..telan je lah..kalau nak luah pun nak luahkan dekat siapa ye..

ada orang buatkan kita macam GULA-GULA..di 'gula-gula' kan kita sampai kita boleh ditolak-tolak macam bola..ke kanan boleh ke kiri pun boleh..disepak-sepak dan ditendang-tendang..ada kalanya sampai tersasar macam perlawanan tempoh hari di mana terengganu tumpas kepada negeri sembilan..den dah cakap tapi ekau tak cayo..apa-apa pun tahniah..biasalah adat pertandingan ada kalah dan menang..lain kali cuba lagi ye..

hidup masam-masam manis..macam gula-gula NANO kan..tapi tu gula-gula..biar apa-apa pun hidup kita ini kita kena redha..terima segala yang ada..baru seimbang..kalau hidup sentiasa manis je tak best juga..sesekali diuji tu buat kita lebih kuat dan matang meneruskan kehidupan yang indah ini..hidup kita indah sebenarnya..cuma kita yang mencorakkan warna yang gelap..cuba kita corakkan dengan warna yang ceria dan menarik tentung hidup kita akan harmoni bukan..namun kadangkala ada anasir luar yang cuba mewarnakan kehidupan kita..hah warna apa yang mereka gunakan itu..renung-renungkan...


-JANGAN kejar BAS yang tertinggal-

selamat pagi kawan-kawan cik sakura semua..harap semua sihat-sihat tau..cik sakura demam sebab keletihan naik 'BELON'..haha..apa-apa pun rasa rindu nak menulis di blog ini..cik sakura kali ini bercuti dengan semua sekali bercuti..maksudnya..cik sakura lupakan pasal kerja..lupakan masalah peribadi..lupakan pasal bil-bil..lupakan pasal orang-orang yang tak perlu wujud lagi dan lupakan blog..oppss..blog mana boleh lupa..ini diari  alam maya cik sakura..diari yang dikongsi untuk tatapan umum..diari pun bagi tontonan umum..apa la cik sakura ni..salah ni..ini catatan kehidupan cik sakura untuk dikongsi bersama kawan-kawan semua..

apa maksud jangan kejar bas kat atas tu..hehe..sebenarnya ini pepatah..meh cik sakura cakap london ye 'NEVER RUN AFTER THE BUS OR MAN..THERE WILL ALWAYS BE ANOTHER ONE'..hah..sebenarnya cik sakura ternampak di fanpage ABBY ABADI..jadi cik sakura ingin kongsikan di sini..tak nak cakap pasal abby abadi sebab cik sakura rasa apa yang dia rasa..haha..kelasss ko jah..tak de la..cuma cerita abby abadi ada macam cerita cik sakura..cuma yang membezakan adalah cik sakura masih belum berkahwin dan belum lagi mempunyai cahaya mata..yang lain entah lah..tutup buka lama buka buka baru kan..

apa-apa pun yang pasti kalau kita terlepas sesuatu jangan kejar..takut tak tergapai atau tak tercapai dek akal..sebab sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..pikir positif dalam diri..mungkin sesuatu yang lepas itu akan ada pengganti yang lebih baik dari sebelumnya..mana kita tahu kan..apa-apa pun selamat berkerja untuk diri sendiri..ahakss..rindu pada semua orang..


-menghitung WAKTU-


cik sakura masih lagi di pejabat..jangan cakap pasal kerja..kerja memang tak akan dan tak pernah habis..kertas pun dah menimbun atas meja..apa-apa pun cik sakura tetap kena selesaikan sedikit kerja sebelum cik sakura pergi bercuti..masa cuti memang langsung tak nak fikir pasal kerja walaupun bos cakap akan ada 2 mesyuarat yang melibatkan cik sakura punya bahagian..tapi nasib la..cuti cik sakura dah pun diluluskan..walau apa-apa pun cik sakura tetap akan bercuti..oyeah..

menghitung waktu untuk naik 'BELON'..hah tau tak belon tu apa..kalau dah tahu bagus la tapi yang belum tahu tu BELON adalah KAPAL TERBANG dalam bahasa sarawak..dah lama cik sakura tak pergi sarawak..kali ni nak cuti puas-puas bersama keluarga tercinta dan ahli baru dalam keluarga cik sakura..apa-apa pun cik sakura nak ucapkan selamat bergraduasi kepada mereka-mereka yang akan konvo atau telah konvo..sekarang kan musim konvokesyen..jadi cik sakura ke sarawak pun atas sebab urusan konvokesyen..melayang lagi duit cik sakura beli bunga..jeng jeng jeng..

apa-apa pun jom sambung buat kerja sambil layan kerepek pisang buatan orang kampung..memang terbaik..


-saya sangat SIBUK..sekian-


SIBUK sangat ke cik sakura ni..tak sibuk pun..kerja semua dah siap..tapi kena senyap.senyap..kalau bising kata kerja dah siap nanti ada orang tambah lagi kerja..bos cik sakura keluar..bos lain nak meyelit-nyelit bagi kerja..apa-apa pun cik sakura berkurung dalam bilik dengan penghawa dingi pada 27 darjah celcius..tak tahu kenapa hangat sangat kat luar..tadi masa makan tengahari memang tak rasa sejuk dari penghawa dingin..rosak kot..cepat-cepat masuk pejabat walaupun dah lebih pukul 2..apa-apa pun cik sakura masuk sebelum bos masuk..fuhh selamat..

nak pergi hospital esok..lepas tu hari rabu cik sakura ada mesyuarat dengan pengarah-pengarah atasan dari pagi sampai petang..lepas tu kena siapkan kerja untuk serahan kepada pengarah..khamis..yeay cuti..cik sakura akan bercuti..jadi akan ada mesyuarat yang tak dapat cik sakura pergi..tidak mengapa..bos lagi penting kan..kalau bos tak ada baru cik sakura ganti..lagi pun cuti cik sakura telah pun diluluskan..hah pengarah yang luluskan..takkan nak batalkan cuti cik sakura plak..mana boleh..

ke mana cik sakura akan bercuti..jeng jeng jeng..cik sakura akan ke sarawak..yehaa..dalam 5 hari cik sakura akan berkampung di kuching, sarawak..jadi pada orang sarawak, kamek mau makan mee kolok..nyaman..kitak orang mau belanja sik..hehe..dah lama tak makan umai..kawan-kawan pernah makan umai tak..umai ni macam sushi orang sarawak..aik sik rasa sik makan rugi kitak orang nya..oppss..klakar srawak tuk ya..cakap bahasa melayu plak..

jom sambung buat kerja jap..cik sakura nak buat air teh dulu..


-lembu punya susu sapi dapat nama-


ceh..agak berang juga hari ini..tapi cik sakura kan seorang yang penyabar..kalau 7 tahun boleh sabar takkan satu hari tak boleh sabar pula..apa-apa pun cik sakura memang kena sabar..adakah cik sakura ketagih dengan pujian yang tinggi melangit..atau perlukan perhatian orang ramai dengan melentokkan badan seperti cacing kepanasan..owh tidak..cik sakura bukan sebegitu rupa ye..tak kuasa mak nak jadi seperti itu..tapi apa boleh buat..yang penat cik sakura yang dapat nama orang lain..yang menunjuk ajar cik sakura yang dapat pujian juga orang lain..yang bersengkang mata cik sakura tapi yang dapat penghargaan orang lain..ko tikam aku dari belakang ye jemah..haha..

tak mengapa..ini adat dalam hidup..biasa la pujian takkan kekal buat selamanya bukan..pujian takkan bawak ke kubur pun..tapi sakit hati juga..sebab kita yang bersusah payah tapi orang lain yang dapat nama..ada sesiapa boleh ajarkan cik sakura jadi 'GEDIK' tak..hah teringin nak belajar gaya-gaya meliuk-liukkan badan ni..


-JUMAAT dan perut kosong-


hari JUMAAT sudah..kat mana cik sakura sekarang..ce teka ce teka..hehe..memain je kan cik sakura ni..ok2 cik sakura serius..sekarang cik sakura masih berada di pejabat..walaupun tengah rehat..rehat hari jumaat kan lama tempohnya..tapi cik sakura masih berada di bilik cik sakura dengan penghawa dingin 25 darjah celcius..percaya tak..INI SERIUS..hah..betul..sejuk ke..cik sakura rasa macam panas je..sebab hati panas kot buat kerja dan buat kerja bos..dah macam pembantu peribadi pula..tapi tak ada gaji tambahan pun..dah la bulan ni tak dapat gaji..sedih tak..mesti tak sedih kan..heee..

kawan-kawan cik sakura semua dah makan ke..cik sakura makan buah je..hah hari buah sedunia..ada buah tembikai susu, jambu dan betik..itu pun kawan cik sakura yang beli..bukan 2 seringgit tau..tapi 4 enam ringgit..murah kan..tapi telan je isi perut yang kosong..lepas habis kerja baru cari makanan berat..lepas tu balik rumah boleh sambung mimpi..

tadi tengok kereta baru..tengok je..nak beli macam berat hati pula..kereta sekarang masih elok lagi..tapi rasa macam nak tukar..tapi rasa macam sayang..ish cik sakura memain lagi..pakai je apa yang ada kot..bagi peminiat kereta ce cadangkan kereta yang terbaik untuk cik sakura pakai untuk masuk kampung..kereta sekarang cik sakura hanya letak pejabat..kalau ada urusan untuk melawat kampung cik sakura akan pakai kenderaan pejabat..tapi masalahnya pemandu tu berhemah sangat..siap buka dan tutupkan pintu lagi..adoi..segan la..bukan bos besar pun..

apa-apa pun SALAM JUMAAT dari cik sakura..bagi yang belum makan nanti pergi makan ye..cik sakura nak sambung buat kerja jap..daaa..


-tiada GAJI pertama-


akibat kesilapan teknikal yang tidak disengajakan bulan pertama gaji tak akan masuk di dalam akaun cik sakura..jeng jeng jeng..akibat masalah yang tidak dapat dielakkan cik sakura tak dapat gaji pun bulan ini..sedihnya..nak bayar keta, sewa rumah dan bil-bil lain..adoi..nasib ada wang simpanan..kira boleh lagi nak hidup ditempat orang ini..cuma kena berjimat-cermat..berjimat-cermat kan amalan yang mulia..hehehe..

apa-apa pun tunggu gaji bulan depan ye..mana tahu dia bayar yang tertunggak..hah kan banyak cik sakura dapat..buat masa ini diam je la..tak dapat gaji pun..guna duit yang ada..tak bagitahu mama papa pun takut diorang tanya cik sakura nak duit tak..tak nak menyusahkan papa..dah besar takkan cik sakura nak harapkan diorang lagi..eh cik sakura mengaku dah besar ye..hehehe..tapi kalau maklong cik sakura dia cakap umur cik sakura ni dah boleh ada anak sorang dua..oppss bab kahwin tolak ke tepi dulu..tolok jauh-jauh bolah tak..

sekarang cik sakura ada jurucakap yang tidak dibayar gaji..terima kasih ye..apa-apa masalah atau ingin mengetahui tentang cik sakura boleh berurusan terus dengan dia..hah..senangkan hidup cik sakura..padahal tak suka..tak semua benda kita nak bagitahu orang kan..ini bukan satu jabatan tahu malah satu bangunan tahu..hebat bukan jurucakap ini..lepas ni cik sakura tutup mulut je..malas nak cakap apa-apa..mungkin hari ini dia gembira esok lusa kita tak tahu..bukan nak mendoakan tapi bila dia gelak besar mengenai masalah cik sakura tentang gaji cik sakura rasa gelak itu terlalu melampau..ya ALLAH tabahkan hati hamba MU ini..




-SEJARAH mungkin berulang-


hari ini genap 7 tahun cik sakura dengan seseorang..tempoh perkenalan yang panjang dan penuh dengan kedukaan..kedukaan yang terlampau sehingga air mata pun tak mampu untuk mengalir..7 tahun bukan diisi dengan kegembiraan tapi diisi dengan penderitaan..7 tahun yang meninggalkan bekas di hati..dan bekas akan tetap tinggal bekas..walaupun luka sudah sembuh namun parut tetap ada juga..itu hakikat..dan adakah sejarah akan berulang lagi seperti nyanyian tomok suatu masa dahulu..nyanyian yang mendayu yang mencairkan hati para gadis-gadis..eleh tak nak mengaku ye layan lagu new boyz..hehehe..

cik sakura baru lepas habis peperiksaan..dah selamat 3 paper..sejak semalam cik sakura ada peperiksaan..jadi blog ditinggalkan buat sementara waktu..bukan ditinggalkan terus ye..pada siapa yang sudi singgah tapi cik sakura tak singgah blog korang cik sakura pohon maaf ye..bilik cik sakura ni tempat keluar masuk bos jadi kebarangkalian untuk on line adalah terhad..bukan nak tunjuk baik tapi bila bos masuk ada je kerja masuk..bos masuk mesti nak tanya perkembangan kerja seterusnya..jadi nampak gaya kena buat kerja dan buat dan buat sehingga tamat pukul 5 petang..esoknya sambung kerja lagi dan begitu la seterusnya..hahaha..gelak lagi cik sakura..

tadi perasan sesuatu..sekeping gambar yang cik sakura rasa adalah satu yang kejam..menyakitkan hati pun ada..tapi tahniah cik sakura untuk budak itu..anda berjaya..tahniah sekali lagi cik sakura ucapkan..apa yang cik sakura pesan lepas cik sakura ucapkan SELAMAT TINGGAL tidak akan ada lagi ucapan SELAMAT DATANG..itu sahaja pesanan cik sakura untuk awak..dan ambil la orang yang awak anggap sebagai abang angkat tapi dalam hati awak cik sakura tahu apa yang awak rasa dan mahukan..teruskan usaha awak ye..

dan penutup kata dari cik sakura jom layan lagu TOMOK..hehe..mesti ada yang gelakkan nanti..siapa dia..biarlah rahsia..hehe..daaa..


-LUARAN atau DALAMAN-


tak banyak yang cik sakura nak cerita..cuma 2 perkara sahaja untuk hari ini..mungkin perkara ini terlalu subjektif..mungkin kawan-kawan ada pandangan tersendiri..mungkin juga pandangan cik sakura salah..atau mungkin sahaja kita berbeza pandangan dan pendapat namun halatuju yang sama..mungkin cik sakura hanya mengarut di pagi hari..jeng jeng jeng..

LUARAN
orang selalu menilai kita dari luar kan..betul..pandangan pertama itu penting terutama sekali ketika melangkah untuk temuduga..first impression is very important..haha speaking london gitu..tapi memang lumrah orang hanya menilai sekadar luaran sahaja..dan orang akan cakap melalui pandangan luaran sahaja..argh gosip..gosip yang dibuat melalu pandangan pertama dan secara rambang..orang yang tak melihat pun boleh membuat cerita..disamping menambah bahan perasa supaya cerita itu enak dan sedap untuk di dengar dan dihebohkan..manusia kan..luaran sahaja sudah cukup untuk mereka gambarkan siapa orang itu..yang baik mungkin boleh jadi jahat dan jahat mungkin terus orang perkatakan..namun yang merasa hanya mampu menelan walaupun tak berupaya..gosip yang melampau hanya mampu diamkan sahaja..nak je sumbatkan kasut tumit tinggi ini dalam mulut mereka-mereka itu..tapi hanya mampu bermimpi sahaja..

DALAMAN
inilah yang kita cari..luaran itu tak kekal..tapi dalaman itu akan kekal selamanya..ada seseorang berkata 'untuk apa saya berwajah cantik tapi pada hakikatnya tubuh badan saya sakit'..bukan untuk mengajar tidak bersyukur namun kesengsaraan itu buat kita mengeluh sendiri..walaupun kata-kata semangat senantiasa dihulurkan namun tubuh yang merasa itu kadangkala letih dengan atas apa yang terjadi..namun doa tetap diteruskan sebab menganggap ini adalah sebahagian daripada ujian TUHAN..dan kita sebagai umatnya harus akur dengan ketentuan ILAHI..adakah itu menjadi persoalan untuk diri cik sakura sekarang..TIDAK..sebab sekarang cik sakura keliru..jeng jeng jeng..luaran hanya lakonan dalaman pun cik sakura tak nampak..

p/s: macam pelik je..pelik tak kawan-kawan..


-sembang kedai KOPI-


cakk..selamat pagi semua untuk kawan-kawan tak kira di mana jua anda berada..macam bagi ucapan plak..KEDAI KOPI..hari ini cik sakura masuk kerja awal..jadi makcik pakcik kat sini ajak cik sakura minum kejap kat luar..dalam 15 minit pun jadi la..owh ye..kat pejabat baru cik sakura ni banyak orang lama..orang-orang muda kebanyakkan akan berpindah ke daerah-daerah..jadi di ibu pejabat ni boleh di kira berapa kerat orang muda..muda ke cik sakura..muda lagi tau..haha..

bila dah duduk bersembang macam-macam yang dibualkan..walaupun nama kedai kopi tapi cik sakura tak minum kopi..minum teh tanpa susu ye..cik sakura memang tak biasa minum minuman yang bersusu ni kecuali coklat atau air buahan-buahan..susu tolong jauhkan dari cik sakura ye..apa-apa pun bila orang lama bercerita kita yang muda ni dengar je la..ada sesi luahan perasaan..ada sesi geram dan banyak lagi sesi-sesi yang berbangkit..yang pasti perut cik sakura dah kenyang dengan sekeping roti canai kosong..

kesimpulannya yang dapat cik sakura rumuskan adalah tengahari ni tak payah keluar makan tengahari..yeay..jadi berehat di surau dan buat apa yang patut..nak keluar pun malas..tunggu lepas habis kerja la..jadi kepada yang berkerja selamat berkerja..yang tengah belajar selamat belajar..yang tengah menduduki PMR semoga berjaya ye adik-adik..jawab soalan dengan tenang dan jangan nak cepat habis..kalau boleh bila dah siap semak dulu sebelum hantar..akhir kata dari cik sakura..jeng jeng jeng..jom masuk mesyuarat..bos dah tunggu..terbalikkan..daaaa..


-cerita selepas menyepi-


Lama cik sakura tak menuliskan..entah kawan-kawan ingat cik sakura lagi ke tak..ke dah lupa blog cik sakura ni..ala sedihnya hati cik sakura..hujan-hujan macam ni nak buat drama melayu plak cik sakura..jeng jeng jeng..banyak yang cik sakura nak cerita..tapi buat masa sekarang cik sakura cerita yang sikit-sikit je dahulu..bukan apa nanti bila cik sakura dah ketandusan idea boleh guna cerita yang cik sakura simpan dalam muzium tu..ahaks..

CERITA PERTAMA
kisah facebook..baru cik sakura jumpa orang yang tak boleh hidup langsung tanpa facebook..pergh..akibat ketagihan facebook itu cik sakura telah serahkan sebulat-bulatnya komputer pejabat kepada dia..adakah cik sakura serahkan betul-betul..bukan lar..dia yang ambil sendiri..dan cik sakura terpaksa layankan sahaja..bayangkan pukul 8 pagi sampai 5 petang asyik facebook..belum malam lagi..owh cik sakura memang tak kisah nak facebook ke apa ke..itu awak punya pasal..tapi bagi cik sakura siapkan kerja dulu boleh tak..ni tak..kerja dia banyak tergendala takkan nak bagi kerja cik sakura tergendala juga..banyak lagi kisah pasal dia dan facebook..tak mahu cerita panjang..nanti mengumpat plak..

CERITA KEDUA
bos cik sakura..ni lawak kot..cik sakura ni jenis tak kisah kalau orang bergurau..hormat punya pasal senyum je la..tapi bila kawan dengar bos mula panggil cik sakura SAYANG hah kan dah jadi isu baru..tapi nama pun tempat kerja..anggap ini semua sebagai gurauan sahaja..bukan betul pun kan..kalau betul naya cik sakura..hah mahu kena parang dengan bini dia..silap-silap hari bulan cik sakura dah tak ada kepala..macam mana nak jawab tu..mama dari mula dah pesan jangan libatkan diri dalam masalah-masalah yang berpanjangan ni..maknanya jangan libatkan diri dengan suami orang..

CERITA KETIGA
ni lagi dasyat tau..cik sakura lapar..ahaks..jom pergi makan..hehehe..jangan marah nanti kena jual..


-bila BOS mula tersasul-

cakk..dah lama tak berjumpa kan..maaf ye kawan-kawan cik sakura ni asyik keluar masuk melawat kawasan je..tadi pun cik sakura pergi 3 tempat berasingan semata-mata untuk memungut data usahawan-usahawan di sini..sempat juga cik sakura melihat cara pembuatan kuih cakar ayam..hah kawan-kawan tahu tak macam mana bentuknya kuih cakar ayam tu..alau tak tahu pun buat-buat tahu ye..jeng jeng jeng..

tajuk di atas..hah cik sakura nak cerita la ni..bos cik sakura..bos besar kat sini..kira bawah dari pengarah..apa-apa kalau tiada pengarah dia lah jadi wakil..memang cik sakura hormat dia..maklum sajalah masa lapor diri hari tu orang pertama yang cik sakura adalah bos ni..jadi selanjutnya menjadi rapat..rapat hanya sekadar staf dan bos sahaja ye..dia orang lama.jadi banyak ilmu yang dia turunkan kepada cik sakura dan cik sakura sangat hargai..tapi semalam cik sakura terduduk diam..jeng jeng jeng..kenapa ya..hah baca bawah ni..

semalam dia telefon cik sakura ajak keluar makan malam..ok la..cik sakura dengan kawan cik sakura yang sama-sama lapor diri bersama pengurus besar kawasan selatan..masa dia cakap tu tiba-tiba dia cakap 'NANTI MALAM KELUAR MAKAN DENGAN ABANG YE'..oppss..abang..tak pernah-pernah gelarkan diri abang..jadi cik sakura gak kegelian di situ..abang tu..mula-mula buat tak paham.bos cik sakura cakap cik sakura tak boleh terima gurauan..tapi kawan cik sakura cakap dia asyik pandang atas bawah je..lepas tu makan pun boleh usha2..hello bos..mata tu ke mana..

hah kawan-kawan..cik sakura malas dah nak cerita selanjutnya..nanti cik sakura macam cacing kegelian pulak..hehe..kawan-kawan apa perasaan bila bos dah mula gelarkan diri ABANG..gurau ok..tapi kita boleh kenal antara gurau atau sebaliknya..jom berkongsi pendapat dengan cik sakura..


-KISAH DONGENG stacy-

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Chorus
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Ulang Chorus

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

-sedikit pengajaran untuk diri sendiri-

bukan niat untuk mementingkan diri sendiri atau sikap buat tak tahu langsung pasal orang atau sikap tidak mahu menolong orang..menolong orang itu satu sifat yang mulia tapi kalau kerja asyik menolong orang je sampai orang lain ambil kesempatan tak guna juga..segelintir orang suka mengambil kesempatan terhadap kebaikkan orang lain..bukan cik sakura nak kata apa diam dan senyum bukan bererti orang boleh pijak kepala kita dengan sesuka hati dia..

pasal wang..wang mempunyai kuasa yang besar dalam kehidupan seharian..yang menidakkan kuasa dan pengaruh wang itu cuba fikir banyak kali tentang pengaruh wang..ada wang semua jalan..cik sakura pun adakalanya bengang juga..kalau setiap masa kita dahulukan duit sendiri apa gunanya berkongsi kan..betul tak semua mempunyai wang yang banyak..cik sakura juga mencari wang menggunakan hasil usaha sendiri..tapi bila dah cik sakura yang asyik dahulukan duit cik sakura dulu rasa kurang senang sikit..bukan berkira tapi bila nak bagi duit seseorang ini akan pura-pura buat tak tahu..kira bila soal pasal duit dia akan pura-pura buat hal lain atau pandang tempat lain..geram la..jangan tengok bila kawan ada duit masa tu nak guna kesempatan..pe punya manusia la..

bila cakap pasal barang-barang mewah pergh macam kaya je dia..nak yang mahal-mahal..nak yang berjenama..tak mahu pakai kereta kecil..nak yang besar-besar..cakap tak nak jatuh..tapi ukur la badan diri sendiri..cik sakura tak kisah langsung..dia nak beli yang mahal ke apa ke itu dia punya pasal..tapi jangan jadi angan-angan mat jenin pula..cakap je lebih tapi hakikatnya yang adooo..tolonglah..cakap ikut kemampuan diri sendiri dahulu..jangan cuba nak mengambil kesempatan..jadi sekarang cik sakura cuba praktikkan satu hari untuk menjadi seorang yang sangat pentingkan diri sendiri..penat bila orang lain bergaya tapi orang lain yang sengsara bila keluar duit..kalau setakat sepuluh ringgit mak ok je..tapi bila beratus hah ok ke mak..sendiri fikir..


-pengaruh IKLAN-

semalam cik sakura dah uruskan pasal rumah..alhamdulillah..rumah ok sekali masuk pakej 3 orang budak kecik yang tembam-tembam belaka..memang comel..rasa nak picit-picit je..dan mula diorang memang boleh tahan..hehe..inilah pengaruh dari sedutan filem-filem..bukan cik sakura nak protes ke apa ke cuma agak terkejut budak yang masih bawah umur 5 tahun sudah mula bertutur dalam bahasa orang dewasa yang agak kurang disenangi oleh orang tua..tapi apa boleh buat..mereka terdedah dengan iklan-iklan di tv dan sedikit sebanyak akan tepengaruh juga..

jangan kata orang dewasa pun tak terpengaruh juga..orang dewasa terpengaruh dengan iklan..kaum adam terpengaruh dengan cara lain..kaum hawa sendiri juga terpengaruh dengan cara lain..cuma kita yang sudah dewasa ini boleh berfikir mana buruk baiknya iklan-iklan yang sedia ada tidak kira media cetak mahu pun media elektronik..cuma yang membimbangkan adalah golongan kanak-kanak..mereka ini mudah untuk menangkap sesuatu..otak masih masih muda dan masih sedikit dalap pemprosesan..jadi apa yang mereka dengar dan lihat maka cepat la tersimpam dalam kepala..dan mereka mudah ingat..adoi..kadang-kadang perlu pengawasan juga untuk golongan ini..

cik sakura nak cadangkan sesuatu boleh..kalau boleh filem-filem melayu kita jangan la buat sedutan atau tag line yang bahasanya agak kurang sesuai untuk kanak-kanak..bukan apa..memang tujuan untuk menarik orang ramai menonton ke pawagam..salah satu cara pemasaran produk kan melalui iklan..cuma kita kena peka juga yang melihat bukan sahaja golongan orang dewasa tetapi golongan kanak-kanak juga..walaupun ada label 18 tahun ke atas namun untuk iklan diorang tak labelkan pun..kalau dilabelkan golongan kanak-kanak ini masih boleh tengok juga..ini sekadar cadangan cik sakura sahaja..

hah kawan-kawan apa pandangan kawan-kawan pula..dulu cik sakura terkejut dengan budak yang mengungkapkan 'apa tu..nasi lemak 50 sen'..tercengang budak sekolah tu..hah..filem apa tu..jom kongsi sedutan filem apa yang boleh kanak-kanak ingat atau kawan-kawan pernah dengar..


-takut berjumpa 'TUTTTT'


adakah cik sakura pura-pura gembira.itu cik sakura sendiri tak pasti..tapi nampak gaya memang cik sakura pura-pura gembira..bila nak jadi profesional terpaksa lupakan masalah peribadi..itu yang cik sakura pegang..hal peribadi fikir kat rumah je..bila sampai tempat kerja fikir pasal kerja sahaja..hmm..tapi bila sibuk masalah yang kusut dalam kepala ini akan hilang tapi hanya buat sementara waktu..lepas habis kerja mesti fikir balik..nasib masa bawa kereta tak layan sangat fikiran..nanti kereta ke mana cik sakura ke mana kan..

owh ye..ada yang bertanya kerja cik sakura masuk kampung keluar kampung..haha..cik sakura sekarang sudah beralih pekerjaan..dulu cik sakura bekerja dalam sektor pendidikan tapi sekarang sudah beralih arah ke sektor pertanian..jadi keluar masuk kampung melihat tapat-tapak projek dan projek orang kampung..macam-macam sekarang ni..orang kampung di sini boleh dikatakan sudah menjadi usahawan berjaya..pendapatan sebulan mereka juga lebih tinggi dari mereka yang mempunya tahap pendidikan yang tinggi..rasa kagum..namun segala yang mereka dapat bukan hanya dengan bersenang -lenang sahaja..tetapi dengan semangat dan usaha yang tinggi..

lepas ni cik sakura akan masuk pendalaman kampung pula..adoi..meredah lalang-lalang dan semak-samun..dengar cerita dari pemandu di sini ada khinzir hutan..hehe..sopan betul bahasa cik sakura ni..tapi nak tak nak terpaksa buat laporan juga..kerosakan akibat serangan tuttt..jangan jumpa dah la..jenuh nak samak nanti..haha..esok pun cik sakura kena kerja juga..kena pantau pameran..maklum la dah jadi sebahagian dari warga di sini..jadi kena turun padang..

kawan-kawan semua apa aktiviti kawan-kawan di hujung minggu ini..mari berkongsi dengan cik sakura..boleh kan..dah lama tak menjengah blog kawan-kawan..rindu..ahaks..


-nota kecil cik sakura-


terlebih dahulu cik sakura nak memohon maaf bagi siapa yang keluar masuk di blog cik sakura ini..mungkin tiada berita baru dari cik sakura bukan..maaf ye kawan kawan..cik sakura akan kesibukan sikit..bukan jadi macam 'PENYAPU BARU' tau..bukan-bukan..memang tiada banyak kerja diatas meja sebab cik sakura sendiri belum ada meja tetap lagi..jumpa pengarah pun belum lagi..jadi masih tergantung lagi perkerjaan cik sakura..jabatan mana pun belum pasti selagi belum dapat kata putus dari tuan pengarah..

jap lagi pun cik sakura akan pergi jumpa pengarah..baru nak lapor diri setelah seminggu daftar masuk..maklum la dah nama pun pengarah bukan..adoi perut pula tak sedap..cik sakura tak tahu makan apa..tapi semalam memang makan ikut suka je..maklum saja la orang jemput datang jamuan raya..yang masak pula orang kampung..memang sedap la..resepi kampung tiada bandingan..apa-apa pun cik sakura dah dapat habuan subuh-subuh tadi..hmm..perut tolonglah baik cepat..nak jumpa pengarah nanti..

nanti bila segalanya telah ditetapkan dan cik sakura tidak seperti melukut ditepi gantang hahaha baru la cik sakura boleh ber'blog' seperti biasa..bukan ada yang menghalang cuma cik sakura agak keletihan..masuk kampung keluar kampung..kemudian masuk kampung sekali lagi..nasib dapat keluar..kalau tak dapat keluar macam mana..mau sesat cik sakura nanti dalam ladang kelapa sawit..hehehe..

ok cik sakura mohon izin untuk berundur diri..nanti jumpa lagi ye..semoga kawan-kawan cik sakura sihat-sihat selalu..xoxo..