larilah hingga ke hujung dunia
berenanglah hingga ke dasar lautan
terbanglah hingga langit ke tujuh
kalau sudah jodoh, pasti bertemu jua..
siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama..Nana dan Hisyam telah buktikannya..walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu hidup bahagia..cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi..
tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti-henti melanda..satu per satu dugaan datang hingga merobek tangkai hati mereka..si kekasih datang menuntut janji..Nana tak dapat bertahan..andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah..
bagi Hisyam pula, andai bercerai badan sekali pun cintanya tetap utuh buat Nana..tiada cinta lain baginya..Hani hanya perosak..Johan hanya datang mengganggu..tiada goyah walau sedikit pun cintanya buat si isteri..
ketaasuban cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal..pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula kepadanya..makin kuat Hisyam menolak, makin kuat dia menarik..demi cinta, andai terkorban diri sekali pun dia sanggup..Johan juga begitu..dalam hatinya hanya ada Nana..selagi Nana tidak menjadi hak miliknya, selagi itulah dia akan terus berusaha..
"abang hati Nana hanya ada satu..sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat orang tu..Nana harap abang mengerti?"
mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang? mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan? berpeganglah pada janji TUHAN dan percayalah pada kuasa cinta..andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun..
-lynn allyna (kaki novel)-
nota kecil sakura:
cerita yang menarik..sesuai untuk bahan bacaan bagi mereka yang menggemari novel.dapat mengisi masa lapang bukan..kisah cerita cinta yang menarik..namun badai yang melanda betul-betul menguji diri Nana..plot cerita juga menarik dan pastinya diakhir penghujung cerita yang tidak mengecewakan..happy ending gitu..karya dari LYNN ALLYNA dan diterbitkan oleh KAKI NOVEL..selamat membaca..
klau dh jodoh.... cpat atau lmbat je.. bnde lain tolak tepi.. dh lme xlyan novel.. skrg klau boring lyan blog org xpon lyan game kat FB.. hehehe.. thanks for sggestion darla! ^^
ReplyDeletejemput singgah ANASAURUS :)
2Farhana Jafri
ReplyDeleteu're welcome..cik sakura da org pinjamkan..hehehe..tu yg baca..seronok jgk sekali-sekala baca novel..jap lg cik sakura singgah..