-tolong senyap peperiksaan sedang dijalankan-


jawab jangan tak jawab..hehehe..ada yang garu kepala yang tak gatal..ada yang tenung kertas soalan sampai boleh tertembus agaknya..adanya ketuk-ketuk pen ada yang jeling-jeling kawan..ada yang menilik-nilik soalan..dan ada yang bertungkus lumus menjawab soalan..semoga dapat jawab soalan yang mungkin mudah dengan jayanya..

cik sakura di barisan kerusi terakhir dewan peperiksaan ditemani laptop usang..duduk jauh dari students yang sedang menjalani peperiksaan selama 2 jam setengah..bermula pukul 3 tadi..dan sekarang cik sakura hanya memerhati dari jauh..bila duduk belakang nampak lar kegiatan students mahu pun tabiat-tabiat yang sering dilakukan semasa menghadapi peperiksaan akhir..lagi-lagi killer subject..killer ke..istilah wajib yang students bagi untuk subjek yang cik sakura ajar..walaupun ada pensyarah tapi kami sebagai tutor kena pastikan yang diorang ni paham menggunakan rumus dengan betul..nak jadi pensyarah lambat lagi kot cik sakura..

ada tawaran dari kolej swasta untuk jadi pensyarah tapi cik sakura tangguhkan dulu..papa cakap pikir habis-habis..takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..nanti lar cik sakura fikirkan sebelum niat untuk sambung study diteruskan..tapi nak sambung bidang lama atau belajar bidang yang baru..ada apa-apa cadangan tak..


shhhh..jangan bising tau..cik sakura nak cat walk ala-ala model kat dalam dewan..perasan betul cik sakura ni..nak jalan-jalan pusing jap tengok students menjawap soalan yang diberi..hah nanti ada yang ketuk-ketuk tunjuk jawapan betul ke tak..jalan dulu ye..


5 comments:

  1. bnda pn fifty2 la cik sakura. sy sndri pn pning nk smbung yg mne stu

    ReplyDelete
  2. Salam alaik.

    Cik sakura seorang pendidik ke? tahniah.

    ReplyDelete
  3. @danial
    yeke..kena fikir betul2 kan..

    @ibn suhaimi™
    wslm..lebih kurang..terima kasih..

    ReplyDelete
  4. ha'a. tp sbnrnye smbung mne2 pn xksh. ats kita la mcm mne nk hndle.

    ReplyDelete
  5. @danial
    betul tu danial..semua bergantung pada kita..

    ReplyDelete