-heart you-


I LOVE YOU
but it hurts seeing you everyday

I LOVE YOU
but it hurts to hear your name

I LOVE YOU
but i wanna move away

I LOVE YOU
but you make me so jealous that i hate you

I LOVE YOU
though knowing this love is a sweet torment


-bila pelajar mengadu mengenai hal cinta dan kahwin-


hari ini memang banyak kerja cik sakura yang tertunggak..tugasan pelajar-pelajar cik sakura pun belum siap semak lagi..tu belum lagi dengan tutorial diorang dan macam2 kertas ujian lagi..ni pun ada yang belum hantar lagi..maklumlah minggu lepas kan ada pilihan raya kampus..jadi masing2 sibuk berparti sakan..tak mengapa kalau ingin jadi pemimpin..jadilah pemimpin yang baik yang disegani oleh rakan-rakan anda di dalm kampus ye..

tengah sibuk edit penyelidikan cik sakura tiba-tiba terdengar pintu diketuk dari luar..owh ada student cik sakura datang nak jumpa..mungkin mengenai tugasan berkumpulan tempoh hari..ok..tak ramai datang hanya 3 orang yang datang sebentar tadi..ok cik sakura layan macam biasa dan jawab segala pertanyaan yang diberi mengenai tugasan..nampaknya cik sakura sendiri yang menyelesaikan tugasan cik sakura..hey..ni sape yang belajar ni..susah ye keja asyik 'menyuap' je..tapi tak dinafikan soalan-soalan yang diberi memang susah bagi mereka..

setelah hampir 30 minit berbincang tiba-tiba student A mula bersuara..cik sakura dah berpunya belum..ehh budak ni..ni kan waktu bekerja takkan nak tanya mengenai peribadi..so cik sakura jawab la belum..mama cakap tak baik menipu..student A bersuara lagi..orang macam cik sakura takkan tak ada yang berpunya lagi..cik sakura hanya mampun tersenyum lalu berkata-kata..awak kenapa..ada apa2 yang ingin dikongsi dengan saya..maklumlah tengok muka student cik sakura ni monyok semacam je..setelah dia menghembuskan lelahan nafas yang terakhir ini hasil yang cik sakura perolehi...

"saya dah bercinta dengan dia sejak zaman sekolah lagi..dan kami berjanji akan bertunang dan berkahwin selepas tamat pengajian..tapi baru setahun kami di sini cinta dia macam beralih arah..macam ada sesuatu yang disembunyikan dari saya..selidik punya selidik rupanya dia ada perempuan lain..kenapa ye cik sakura ada juga perempuan yang musnahkan perhubungan kaum diorang sendiri..cuba kalalu saya musnahkan hubungan dia dengan teman lelaki dia..marah tak..saya buntu sebab saya dapat tahu sesuatu yang telah menyakiti hati saya dan langsung tak boleh diterima akal..semuanya saya nampak melalui facebook..kini dia beralih arah menjalankan penipuan dia melalui YM..saya dah penat dengan penipuan dia cik sakura..."

hmm..cik sakura tak tahu untuk berkata apa2..soal hati ini memang tak boleh dipaksa..kalau cik sakura cakap sesuatu tapi hati dia tetap berdegil jadi tiada gunanya..pokok pangkal hati sendiri..memang betul kita terlalu sayangkan diri orang lain sehingga lupakan diri sendiri..jadi mulai hari ini sayangi diri sendiri dulu..orang lain tak akan hargai diri kita kalau kita tak hargai diri sendiri dulu..betul tak..lagi pun student A ni masih muda..jauh lagi perjalanan dia..belajar pun tak habis lagi..jadi tumpukan pada pengajian dahulu..soal jodoh ini biar tuhan yang tentukan..

kawan-kawan student A hanya mampu berdiam diri..cik sakura hari ini dah menjadi kaunselor plak..cik sakura doakan yang terbaik untuk dia..apa yang terjadi itu boleh dijadikan pengajaran..dalam hidup ini kinta tak akan berhenti dari belajar..belajar untuk menjadi lebih baik dan terus baik..waktu tengah kerja pun kita masih belajar untuk menjadi pekerja yang berdedikasi..suri rumah pun belajar untuk menjaga rumah tangga mereka dan yang bersara juga masih belajar untuk meneruskan kehidupan mereka..belajar untuk meningkatkan kemampuan diri belajar untuk mematangkan diri dan belajar untuk memperolehi kebahagian..itu yang pasti..

ini sahaja nukilan dari cik sakura..jap ye nak sambung edit research balik..


-hati itu tetap sakit dan tiada ubatnya-


terlalu lama pendam bila semua diluahkan hampir terdiam orang mendengarnya..itu natijahnya..jangan sangka orang yang lembut, diam dan mudah memaafkan itu akan terus berlembut, diam dan tetap memaafkan..jangan ingat begitu..tak selamanya kita kan dipijak atas kebaikkan diri sendiri..

sekarang kita berada di jalan yang berlainan..andai kata jalan itu kembali menjadi satu itu mungkin memang telah tertulis..namun hati ini sentiasa berdoa agar jalan itu menemui noktah agar hati ini tidak akan disakiti lagi..noktah yang berakhir dengan sebuah kegembiraan..biarlah air mata yang mengalir itu air mata untuk sebuah kebahagiaan..terlalu banyak air mata mengalir sehingga sukar untuk tangisan ini berakhir..

tak meminta harta tinggi segunung mahu pun salutan emas atau permata..cuma rasa dihargai dan kejujuran itu yang di pinta..

'learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow'

-jemputan dari seseorang untuk ke majlis perkahwinan-


dah masuk petang dah..cik sakura baru nak buat entry baru..penat semalam pun tak habis lagi..hehehe..alhamdulillah lagu GURINDAM JIWA berjaya cik sakura bawa sampai ke penghujungnya..kredit kepada kawan cik sakura sebab berjaya cari kebaya yang sangat cantik tapi ish2 tak dapat cik sakura gambarkan rampingnya kebaya tu..macam kebaya zaman dahulu kala tapi sangat cantik..makasih ye..jangan kata lagu GURINDAM JIWA tapi cik sakura juga telah 'dibuli' untuk menyanyikan lagu PATAH HATI..hah tau la cik sakura tengah 'heart broken' kan..kenapa nak suruh cik sakura nyanyi lagu macam tu..oleh kerana tu permintaan profesor cik sakura maka dengan berat hati nyanyi juga la..ishhh

pagi-pagi selepas subuh, cik sakura dapat satu panggilan daripada seseorang..kenalan lama yang dulu pernah bertahta di hati bukan di jantung..hehehe..tak nak story kisah lama..tak best pun..owh dia menjemput cik sakura menjadi teman dia ke majlis perkahwinan sahabat dia..mula-mula agak pelik sebab dia ajak cik sakura..kenapa cik sakura kenapa tak ehem ehem..hah..nanti la cik sakura bagi jawapan ye sebab cik sakura masih memikirkan jadual yang penuh dan sangat padat..

kawan-kawan apa pendapat kawan-kawan semua..pergi atau tak?????..cik sakura perlukan jawapan sebab hati macam berat je..

-telan pokok asam jawa pun belum tentu suara jadi sedap-


nak nyanyi malam ni..kenapa cik sakura yang dipilih..ish..ni saja nak kenakan cik sakura kan..tu la dulu gelakkan orang sekarang diri sendiri dah terkena..nyanyi lagu klasik plak tu..hah kan dah kena gelak..jangan kata kawan-kawan, mama dan papa cik sakura pun gelak jugak..tak pernah dengar cik sakura menyanyi lagu-lagu klasik ni tiba-tiba sibuk nak berlatih lagu GURINDAM JIWA..arghhhh..


malam ini ada program bersama pelajar-pelajar..jadi sebagai memenuhi acara kami sebagai tenaga pengajar diwajibkan membuat satu persembahan khas..kena jadi 'sporting' kan..tapi kenapa mesti cik sakura..hello suara cik sakura ni katak lagi sedap kot..hehehe..ish..ni semua angkara sahabat cik sakura..suka-suka nak letak nama cik sakura duet dengan dia..nak jadi nordin ahmad dengan latifah omar ke..eeee..nanti la..siap..jaga-jaga nanti..geramnya..


so sekarang nak cari air asam jawa..sebab suara cik sakura dah serak..serak ok..macam nak tarik diri je..lalala..kawan-kawan cadangkan minum air asam jawa dan kalau nak cepat baik telan sekali biji-biji dia..ini nak bagi cik sakura pergi cepat ke..eeeeeeeeeeee


tapi kan minum la banyak mana pun kalau suara tak sedap tetap tak sedap kan..hehehe..jadi kalau cik sakura minum air asam jawa dengan pokok-pokok dia sekali agak-agak kawan-kawan suara cik sakura sedap tak macam SHARIFAH AINI..gitu..kenapa sharifah aini sebab mama peminat kak pah..kak pah I LOVE U..hehehe..

kawan-kawan doakan malam ini berjaya dan persembahan cik sakura berjalan dengan lancar..jangan nanti ada yang pengsan atas stage tak pun tertelan microfon..hehehe..


-gurindam jiwa-


Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga


p/s: cik sakura perlukan kebaya untuk malam esok..mana nak cari last minute..owh.. 


-argghh tidak kenapa ini yang harus saya hadapi-

tidak..tidak..tidak..kenapa dengan cik sakura ni..lately tengok blog sepi je..xde perkembangan mahu pun coretan dari cik sakura..kenapa ye..cik sakura pun buntu..tak tahu nak menulis atau bercerita..penat memikir..kepala cik sakura pun makin sakit..sejak akhir-akhir ni pun asyik 'basuh mata' dengan air mata..kenapa????

kawan-kawan semua ada idea x..ni pun tengah pikir nak cerita apa  kat sini..mata pun tak ngantuk lagi..apa yang pasti mata cik sakura dan jadi panda..tidak..tak suka tak suka..




-sekadar renungan bersama-

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti..Bencilah sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti..”

(HR. Tirmidzi)
 

-nilai cintamu-

Pernah dulu kufikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi kurasakan
Sunyinya dihati
Baru kini kutahu
Nilai cintamu

Kurenungi gambarmu
Kubaca surat surat mu
Namun pedihnya kuterasa
Tanpa kau bersama
Kuharap dikau pun
Begitu jua

Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati

Andainya kau kembali
Kan ku curahkan rasa hati
Akan aku buktikan
Cintaku yang suci
Berikan ku harapan
Untuk bersamamu semula
Akan aku buktikan
Nilai cintaku...

-just from the bottom of my heart-


don't listen to anyone who tells you that you can't do this or that..that's nonsense..make up your mind, you'll never use crutches or a stick, then have a go at everything..go to school, join in all the games you can..go anywhere you want to..but never, never let them persuade you that things are too difficult or impossible..

to accomplish great things, we must not only act, but also dream not only plan, but also believe..

the best thing for being sad,is to learn something..that is the only thing that never fails..you may grow old and trembling in your anatomies, you may lie awake at night listening to the disorder of your veins, you may miss your only love, you may see the world about you devastated by evil lunatics, or know your honour trampled in the sewers of baser minds..there is only one thing for it then to learn..learn why the world wags and what wags it..that is the only thing which the mind can never exhaust, never alienate, never be tortured by, never fear or distrust, and never dream of regretting..


-sudah hampir habis dan kering..arghhh tidak-


akibat kesuntukkan masa dan kerja yang melambak banyak botol2 yang dah nak habis..cik sakura pun dah lama xpergi shopping ni..tengok gambar2 di bawah ini..untuk tatapan kawan-kawan blogger semua..ini antara 'favourite' cik sakura..







-kenangan bersama SUDIRMAN-


allahyarham sudirman haji arshad..siapa tak kenal..hampir serantau negara kenal beliau..nama yang tidak asing bagi mereka di dunia hiburan mahu pun tidak..cik sakura bukan nak menulis tentang sejarah hidup beliau tapi ini antara sedikit kenangan yang pernah cik sakura rasai..


dulu sewaktu cik sakura masih kecil papa selalu belikan cik sakura air tin SUDIR..macam air tin coca-cola tu..macam-macam perasa ada..yang paling best mesti ada gambar sudirman..cik sakura dan adik-beradik lain mesti gembira bila lihat papa belikan air tin SUDIR..bukan apa selalu tengok sudirman menyanyi di tv kali ni nampak muka dia di tin..best kan waktu tu..


bila balik kampung mahupun ketika cik sakura di perantauan lagu BALIK KAMPUNG menjadi tatapan halwa telinga cik sakura..kalau dapat balik kampung dan dengar lagu ini mesti rasa tak sabar nak jumpa papa dan mama..tapi kalau cik sakura tak dapat balik lagi2 masa raya mesti nangis bila dengar lagu DARI JAUH KU POHON MAAF..bila berjauhan dengan keluarga dan dengar lagu ni mesti air mata meleleh..hehe..tengok ketupat rendang teringat mama dan papa..tapi kerana untuk masa depan cik sakura harungi dengan tabah..


kini allahyarham sudirman telah tiada..lagu yang tetap segar diingatan cik sakura adalah NILAI CINTAMU..bagaikan ada sesuatu pada lagu ini dalam hidup cik sakura..tapi walaupun beliau telah tiada nama beliau tetap terus diingati..semoga anak-anak masa depan nanti tidak akan melupakan penyanyi yang tersohor ini..siapa yang mahu lupakan penyanyi yang memakai baju JALUR GEMILANG/BENDERA MALAYSIA ketika membuat persembahan..penyanyi MALAYSIA yang pertama membuat persembahan di Albert Hall, London..masa tu cik sakura masih kecil tapi waktu siti nurhaliza membuat persembahan itu dapat la cik sakura rasai..


ingatan terhadap allahyarham SUDIRMAN tetap segar di dalam ingatan..pesanan papa kalau kita ingat orang yang telah tiada bukan hadiah atau air mata yang lebih bernilai kecuali AL-FATIHAH..jadi kawan-kawan marilah sedekahkan AL-FATIHAH kepada allahyarham..semoga roh beliau tenang di sana..AMIN..


-majlis perwakilan pelajar-

sekarang ni musim mengundi bagi pelajar-pelajar universiti..sekarang ni pun student cik sakura banyak yang terlibat dalam pilihanraya kampus..banyak juga poster2 calon terpampang disekitar kampus ni..jadi mana2 yang tercalon itu tunjukkan lah kemampuan anda sebagai pemimpin yang berjaya dan disegani..

cerita pasal pilihan raya kampus ini teringat masa cik sakura study2 dulu..agak teruja bila kawan cik sakura tercalon dalan piliharaya..kenapa bukan cik sakura yang tercalon..hehe..sebab cik sakura xpernah pun menghantar sebarang pencalonan sebab cik sakura rasa cik sakura belum layak lagi untuk menjadi pemimpin untuk mahasiswa dan mahasiswi untuk sesebuah universiti..ini satu tanggungjawab yang besar tau..untuk fakulti dan universiti..berbalik cerita asal ada malam tu kami semua turun padang menampal poster2 kawan cik sakura..UNDI LAH SAYA..WAKIL FAKULTI ANDA..hehe..panjat pokok pun ada tau semata-mata nak cari tempat tampal poster..tempat tunggu bas pun penuh dengan poster2 calon..

pada hari pilihan raya kami turun padang sama2 meriahkan acara..xkira panas atau hujan kami semua memberi sokongan dengan jayanya bagi melancarkan proses pilihanraya..alhamdulillah kawan cik sakura berjaya terpilih menjadi wakil fakulti dan sahabat cik sakura menjadi presiden wakil majlis perwakilan pelajar bagi tahun itu..

kepada mana yag terpilih sebagai MPP atau majlis perwakilan pelajar tahniah cik sakura ucapkan..pikul tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sebaik yang boleh..


-bila jiranku lelaki bujang-

halo halo halo..dah lunch semua kawan-kawan cik sakura..walau di mana jua anda berada cik sakura harapkan anda semua dalam keadaan sihat walfiat..haha..macam deejay radio plak..apa kaitan dengan tajuk entry cik sakura kali ini..JIRAN KU LELAKI..ala normal la kan jiran lelaki bujang..mesti kawan-kawan semua cakap macam tu kan..kan kan kan..macam tak penah berjiran..apa la cik sakura..tak kira cik sakura nak cerita jugak..

jiran cik sakura ini pemandu lori..orang masih muda dan memang bergaya dan memilih bidang kerja dalam membawa lori minyak..tangki minyak tu..yang besar2 tu..hah..pasal kelulusan cik sakura memang tak bertanya langsung..asalkan diorang boleh berdikari dengan dua kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa pun..tapi cik sakura tengok diorang mampu memiliki sebuah kereta dan motosikal yang agak berjenama jua..bukan motor biasa tau..agaknya motor tu boleh dibandiingkan dengan harga sebuah rumah..hah bayangkan..

alkisah..setelah beberapa tahun cik sakura hidup tanpa ada orang dibelakang rumah sekarang ni dah ada..asal buka pintu dapur rumah mesti nampak budak2 ni..xkesah la..pagi2 memang cik sakura xpayah dah pasang alarm sebab diorang akan balik pagi2 buta..jadi pagi2 memang cik sakura akan terbangun sendiri dengan bunyi yang agak bising..free kan xpayah panggil ayam berkokok..agaknya diorang berkerja gilir-gilir kot..sebab rumah diorang xpernah senyap..bunyi radio bleh dengar satu taman..tu belum lagi suara diorang yang agak merdu dari boleh perindu..yeke..paham-paham sendiri..

bila dah ada jiran kena tegur menegur..lagi pun cik sakura duduk sorang..sekeliling jiran cik sakura semua telah berkeluarga..ada makcik pakcik tua..jadi adat, batas dan pergaulan kena jaga..tapi bila dah sampai tahap bergosip cik sakura pun tergelak mendengarnya..makcik sebelah rumah diorang bising, budak2 muda ni kalau memasak boleh pecah rumah..bunyi mengalahkan orang tengah menukang..kalau sidai baju pun main sidai je..xpandang kiri kanan dan pakaian yang di sidai..kaum lelaki paham-paham sendiri..

tapi makcik tu puji bila diorang dah duduk sini xlar sunyi waktu malam..dengan radio semulajadi diorang tu..dan xde budak-budak sekolah buat kerja sampingan di waktu malam..kira ok apa..tapi cik abang oii..xkan 24jam buka radio sampai satu taman boleh dengar..sian anak jiran nak tido..

cik sakura nak sambung mengemas rumah kejap..hari ni cik sakura half day akibat keletihan memandu seharian..jumpa lagi..


-hola hola hola-


hello..is it me u looking for..hehehe..macam lagu plak..cik sakura baru sampai rumah..alhamdulillah interview berjalan dengan lancar walaupun cik sakura xstudy sangat pasal profil syarikat tu..almaklumlah kerja yang bertimbun..terima kasih kepada kawan2 blogger yang sudi meninggalkan jejak anda di sini dan sudi follow blog cik sakura..nanti ada masa kita ketemu lagi..

cik sakura jumpa ramai2 rakan baru sepanjang sesi temuduga..pelbagai jenis rupa dan ragam..tapi tidak lokek untuk berkongsi pengalaman yang sedia ada..itu sudah cukup untuk mengurangkan sedikit tekanan..walaupun berlainan jantina dan perbezaan umur namun semua itu tidak menjadi penghalang untuk kami berbincang sebelum sesi temuduga dijalankan..betul orang kata dari mata turun ke hati..bukan jatuh cinta tau..tapi dari pandangan pertama kita dah dapat buat kawan dan secara tidak langsung persahabatan terjalin..

secara keseluruhan temuduga tadi lebih fokus atau membincangkan soal PEMASARAN..jadi agak lari sedikit dari pengalam cik sakura yang tertumpu kepada pengiraan dan data..tapi cik sakura tawakal setelah berusaha..untuk papa dan mama terima kasih cik sakura ucapkan sebab sudi teman cik sakura walaupun cik sakura sedih sebab tak dapat shopping..maybe next time..cik sakura agak keletihan..nanti jumpa lagi ye..


-owh tidak banyaknya kupu-kupu dalam perut-

shhhh..xmo kaco cik sakura..silent please..diam2..hehehe..macam tengah nak buat exam plak..padahal nak study..nak tahu cik sakura study apa..sekarang cik sakura tengah study salah satu profil syarikat..cik sakura ada interview ni..ni pun baru nak tengok profil syarikat ini akibat kekangan masa yang tidak mencukupi..makan pun tak lalu..kerja cik sakura makin bertambah..hah kawan-kawan jangan ikut perangai cik sakura sampai tak lalu makan..sekarang ni rasa ada kupu-kupu berterbangan dalam perut cik sakura..hehe..gementar ni..makin lama makin banyak kupu-kupu dalam perut ini..

~~got butterflies in my stomach~~


-susah ke untuk menjadi JUJUR-


rasanya sejak dari kecil lagi kita diajar untuk menjadi JUJUR dan AMANAH..rata-rata cikgu di sekolah semua ada mengajar nilai-nilai murni ini..ada ke cikgu di sekolah mengajar kita MENIPU..mana ada kan cikgu-cikgu mengajar itu semua..masuk kelas agama pun mesti ustaz/ustazah mengajar kita supaya menjadi manusia yang suci dan bersih baik di luar mahu pun di dalam..kejap..cik sakura bukan nak bagi khutbah jumaat ye..bukan ye..bukan2..

sebelum menjadi jujur kepada orang lain elok kiranya kita menjadi jujur pada diri sendiri..kenapa kita menyakiti diri sendiri dengan menambah noda-noda hitam di hati..adakah 'tipu sunat' itu sesuatu yang digalakkan..tipu la kalau cik sakura cakap cik sakura tak pernah menipu..tapi kawan-kawan tahu tak apa perasaan orang yang kita tipu itu mengetahui yang dirinya telah ditipu..wah mesti bengang dan sakit hati kan..kan kan kan..

FB..ramai bertanya cik sakura mengenai FB ini..tipu la kalau cik sakura katakan cik sakura tidak memiliki satu akaun FB..mesti la ada..tapi akaun itu tidak lebih dan tidak kurang hanya untuk kawan-kawan cik sakura sahaja..untuk student cik sakura memang cik sakura tidak berikan nama akaun FB cik sakura..bukan apa atas dasar sikap profesional antara pelajar..tapi alhamdulillah pelajar-pelajar cik sakura paham dan mengambil inisiatif dengan berjumpa sendiri di hadapan cik sakura dan bertanya sebarang persoalan yang ingin diutarakan..itu lebih baik..itu cara cik sakura..

tapi ada segelintir yang langsung tidak jujur pada cik sakura..kawan-kawan apa yang patut cik sakura lakukan..cik sakura dah lama pendam..sikapnya yang suka menipu buat orang boleh sakit jiwa..menyalahgunakan kemudahan yang diberi..masih menipu sedangkan semua orang dah tahu perangai penipu dia itu..terus menipu dan menipu sehingga kini..walaupun berbagai musibah yang dihadapi tapi masih ingin menipu..kenapa ye..

susahkah kita menjadi seorang yang jujur..susah ye..kalau bukan untuk jujur pada orang lain masakan kita tidak boleh jujur dengan diri sendiri..kita bukan selalunya akan muda..

-anda ada 60saat dari sekarang-


ya begitulah..jap ni bukan rancangan yang di hos kan oleh NABIL ye..ni blog cik sakura..Nabil..jangan cakap pasal nabil nanti cik sakura teringat kisah yang lalu pagi2 jumaat ini..cik sakura mengejar masa ni..lepas ini ada kelas dan perjumpaan para pelajar yang hendak pergi bermain kayak..then ahad ni cik sakura ada interview..wish me luck kawan2..gementar ni sebab tak prepare apa2 lagi..pada kawan2 blogger yang singgah di sini terima kasih cik sakura ucapkan..yang sudi follow dan memberi jejak..terima kasih juga cik sakura ucapkan..cik sakura dah pergi melihat kembali blog2 mereka..ternyata mereka semua lebih senior dari cik sakura..blog2 pun cantik-cantik belaka..segan rasanya cik sakura sebab cik sakura masih bertatih  lagi..apa-apa pun terima kasih sekali lagi..

jumpa lagi..bye..


-lebih sudu dari kuah-



bahasa melayu ini indah..penuh dengan tatasusila dan budi bahasa..budi bahasa budaya bangsa..tak gitu kawan-kawan..nak memerli pun menggunakan bahasa kiasan yang 'molek' agar orang yang diperli/disindir itu tidak terasa hati atau 'makan dalam'..peribahasa atau ungkapan LEBIH SUDU DARI KUAH itu sedang elok untuk cik sakura perkatakan sejak dari petang tadi..sahabat cik sakura ini terasa hati bila orang lain yang lebih-lebih menjalan tugas wal hal tanggungjawab itu milik sahabat cik sakura..dalam perbentangan tadi cik sakura dapat melihat kelincahan dia beraksi lebih dari orang lain sedangkan sumbangan yang diberi hanya sekecil zarah yang amat cik sakura hargai..tapi siapa la cik sakura untuk menegur..sedangkan prof sendiri hanya mampu menggelengkan kepala..ini semua lumrah manusia kan..manusia tidak sempurna dimata orang tapi biar la ianya sempurna dimata keluarga kita..


SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH


first time ni cik sakura join segmen dari MR BEN ASHAARI
nama yang tidak perlu dikenalkan lagi kepada para2 blogger
famous kan dia
segmen khas ini untuk blogger2 baru
bukan gerak-gerak khas tau
*hehe..gurau aja..
ok2 sesiapa yang berminat boleh klik nama ini




-EGO..lelaki atau perempuan yang mana satu lebih ego-


ada cakap perempuan lebih ego dan ada yang berpendapat lelaki lebih ego..masing-masing saling menyalahkan pihak lain dan menunding jari ke arah jantina yang berlainan..tapi sedarkah bahawa yang sama ada perempuan mahu pun lelaki masing-masing ada EGO..jangan la kata TIDAK..kita manusia ini tidak sempurna jadi sedikit sebanyak ego itu tetap ada..kadangkala sifat ego ini boleh mendatang masalah kepada persekitaran juga..terlalu ego boleh memberi kesan negatif pada diri sendiri mahu pun orang di sekeliling kita..jadi turunkanlah sedikit ego anda itu supaya ianya tidak menyusahkan diri dan orang lain..percayalah walaupun kita merendah sedikit ego itu dunia akan menjadi tenang tanpa perselisihan paham..

macam mana nak tahu orang itu EGO atau x..
  • tidak mahu menerima pandangan orang lain..dia aja yang betul..sering bercekak pinggang (perempuan selalu buat tapi laki ada buat tak..)
  • selalu berwajah serius dan masam..xmesra alam atau pun friendly
  • memilih kawan atau memilih orang yang sama keturunan dan taraf sahaja..(siapa kau doktor, lawyer, majistret...)
  • cepat marah lagi2 bila ada orang buat silap dan bila kesilapan itu menimpa ke atas diri sendiri maka puting beliung akan muncul..cepat lari..
  • tercabar dengan kebaikan orang lain..(aku akan buat lebih baik dari kau..tengok la..)
tanda anda ego
  • jika seorang ketua, selalu bersifat kasar ketika beri arahan
  • jika tidak dilantik untuk sesuatu jawatan, akan berasa cepat kecawa dan tidak tenang
  • mudah marah bila dinasihati
  • susah nak taat pada ketua dan bersifat degil
  • emosional dan mudah tersinggung
  • memilih kawan yang setaraf
  • menonjol diri secara berlebihan
  • memperlekehkan orang lain
  • suka menyampuk perbualan orang lain
  • buruk sangka
  • meninggikan suara  ketika bercakap
  • menonjol diri berlebihan


    bagi cik sakura ego boleh di atasi melalui sikap toleransi dan komunikasi itu penting..tidak guna nak bertekak dalam sesuatu perkara..komunikasi yang baik segala kerja atau aktiviti yang dilakukan akan berjalan dengan lancar..dalam perhubungan pun sikap ego harus dielakkan..macam mana nak pertahankan sesebuah perhubungan kalau dua2 ego..api dengan api maka terbakar la kamu..

    *sumber asal BERITA HARIAN

    -sad-


    Broken by his lies
    Holding my shattered heart
    Tears rolling down
    Life falling apart

    I believed everything you said
    I truly thought you cared
    I trusted you the most
    Even though you were never there

    I've cried to many tears
    Lets you step on me
    Then you went and cheated
    How can this be?

    I've done all I can for you
    Let you break my heart
    I've done all anyone can do
    I let you tear my world apart

    Time after time I sat there
    And let my tears just fall
    Contemplating suicide
    Wondering if it'd matter to you at all

    Everything you've done to me
    I've taken with a smile and tears
    I've pushed through and been honest
    All for 5 years

    You tore apart the good in my life
    Shattered my self-esteem
    I cried to you
    And all you did was be mean

    I only wish I could trust you again
    But now my heart is shattered
    But I'd still like you to know
    You were the only part of my life that mattered


    -alhamdulillah-

    baru sahaja mendapat panggilan telefon..cik sakura dipanggil interview untuk satu jawatan..harap2 berjalan dengan lancar..doakan yang terbaik untuk cik sakura ye..insyaALLAH..diharap segala urusan cik sakura dipermudahkan dan sesi temuduga berjalan dengan baik sekali..tiba2 cik sakura rasa gementar dan rasa takut..temuduga untuk sesuatu perjalan kehidupan yang seterusnya..doakan cik sakura..cik sakura nak meneruskan kerja kembali..makan tengahari pun belum lagi ini..cik sakura terpanggil untuk bercerita tentang sesuatu..tetapi biar cik sakura fikirkan dahulu ye..mama papa doakan yang terbaik untuk cik sakura..

    -AMIN-

    -mata i bukan mata panda-

    mulakan dulu dengan selawat ke atas junjungan besar NABI kita Rasulullah SAW
    selawat banyak2 sebagai satu permulaan untuk segala aktiviti yang dilakukan
    selawat dapat membersihkan hati dan nurani jauh dari segala duka
    selamat menyambut MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH

    amin
     

    nak cakap pasal mata ni
    mata tu penting
    tanpa mata semua orang pun tahu apa akibatnya
    tapi hati tu ada mata ke
    sebab kadangkala orang cakap 'BUTA HATI'
    perumpamaan kot
    bahasa melayu kan indah
    hari Ini cik sakura dah 'CUCI' mata cik sakura dengan air yang terbaik dari ladang
    xperlu buka paip air pun
    cik sakura guna air mata je
    kan percuma
    cuci hilang segala kotoran dengan menangis
    kan dah nangis..lalala


    sekarang mata dah sembap..
    dah la kurang tido jadi mata cik sakura sekarang dah jadi mata panda
    macam ni


    hehehe
    hah jangan gelak
    xbaik tau
    nampak gaya cik sakura perlukan sesuatu untuk hilangkan mata panda ini
    samada gunakan uncang teh
    tapi guna uncang teh nak telah digunakan
    elakkan pembaziran
    kaedah rawatan kecantikan yang percuma


    xpun pergi je kat kedai
    beli produk kecantikkan macam ni dari GARNIER..


     nanti dapat la kembali pada mata yang asal tau sekurang-kurangnya xde nampak sangat lingkaran hitam dibawah mata itu..macam ni..



    -tongue twister-


    if you can say this then say it so i think i know why i don't know! because the things i don't know other people could know so i do know that i could know the things i wanted to know if i wanted to know them! so i'll ask someone one to tell me the things they know then i'll know why i didn't know the things i didn't know plus the things i already know..did u know i could do that? well that's one thing i know you didn't know that i knew i could do that! so i knew something you didn't know because i knew i knew something but you didn't know i knew it..did u know that?
     
    hehe..good night..

     

    -biarkan saya pergi..saya terpaksa pergi..jangan ditahan-


     cik sakura harus pergi
    pergi dari sini
    pergi dan tidak tahu bila akan kembali
    jangan ditangisi pemergian cik sakura ini
    kalau ada jodoh kita akan ketemu lagi
    moga segala-galanya akan berjalan seperti dahulu kala
    seperti sebelum kehadiran cik sakura
    maaf
    masa terlalu mencemburui kita
    kini tiba masanya untuk cik sakura pergi
    cik sakura pergi sekarang
    pergi
    pergi
    sekarang
    sebab
    sebab
    sebab cik sakura nak balik dah
    rabu ini start kelas
    selasa ada program
    jadual dah ditetapkan
    selamat tinggal bumi selatan
    cik sakura terpaksa kerana cuti dah habis
    kapan2 kita ketemu lagi
    hehehe
    lalalalalalalala...


    p/s: ayat drama betul..jangan lupa lunch kawan2..


    -terlalu ego atau terlalu pentingkan diri sendiri-


    segelintir manusia ini jarang menggunakan peluang yang diberi sepenuhnya..bukan sekali peluang diberi tapi dah berkali-kali..jadi wujudkah lagi peluang yang entah ke berapa kali itu..penat kan kalau kita bagi peluang tapi orang itu langsung xpernah hargai..xtahu la orang lain tapi cik sakura dah terlalu penat..penat dengan atas apa yang terjadi, penat dengan segala dugaan, penat dengan segala penipuan dan penat juga mengalir air mata..semuanya penat..

    dah masuk 5 hari cik sakura mendiamkan diri..itu sahaja jalan terbaik..diam tidak bererti kita kalah mahu pun salah..cik sakura memikirkan elok berdiam untuk selamanya..penat beri peluang tapi orang lain ambil sambil lewa..penat melawan ego dan rasa negatif..penatkan..tadi cik sakura dapat satu mesej yang amat menggelikan hati..dari mulut seorang penipu..nak percaya atau tidak hanya TUHAN saja yang tahu..kawan-kawan nak percaya ke dengan orang yang dah menipu kawan-kawan semua selama 5 tahun..hmmm..biarlah dia hidup dengan penipuan dia..kenyang kot..selamat malam semua..

    not all scars show..not all wounds heal..sometimes you can't always see the pain someone feels..


    -hari peringatan kekasih sekadar satu hari atau untuk selamanya-


    tanggal bulan FEBRUARI dikatakan dengan bulan cinta..tapi xkan nak tunggu bulan februari sahaja untuk meraikan cinta kalian..kan cinta itu anugerah yang indah..jadi kenapa tidak meraikan cinta itu setiap hari walhal hari2 bertemu dan kalau yang jarah jauh itu hari2 berhubung dan kalau xberhubung hari2 pun mesti jugak berhubung dalam sebulan..tapi tipu la..komunikasi dah semakin canggih..guna sahaja medium yang ada untuk melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam itu..kalau tidak dapat bertentang mata boleh juga menggunakan medium yang sedia ada..dalam FACEBOOK, TWITTER, BLOG dan sebagainya..tiada alasan lagi untuk menzahirkan cinta anda itu..jadi kenapa tunggu bulan februari..

    rindu mama papa..tapi diorang jauh..

    tahukah anda yang setiap manusia memerlukan 8 kali pelukan dalam satu hari..satu hari ye..bukan satu minggu atau sebulan..ok2..jangan berfikiran sempit di sini..mana boleh peluk yang bukan 'HALAL' lagi kan..ok2..orang pertama yang kita peluk ialah peluklah ibu kita..dia yang melahirkan kita di muka bumi ini..orang kedua adalah bapa..tanpa dia maka tiada kita di dunia ini..ingat selagi kita hidup dimuka bumi ini nama kita dan dia senantiasa bersama..buruk nama kita maka buruklah jugak nama dia..baik nama kita maka golongan ini boleh tersenyum..ye tanpa bapa kita nak ber 'BIN' atau ber 'BINTI' kan dengan siapa..esok lusa nama itu akan dipersoalkan..anak yang xberdosa terpaksa menanggung beban..kesian anak2 yang dilahirkan tanpa ikatan yang suci..ada mak bapak tapi hanya tahu berseronok..selepas hadirnya janin di dalam perut pelbagai ancaman hendak dilakukan..pendek kata peluklah orang yang kita sayang contohnya ahli keluarga, teman yang bukan berlainan jantina (bukan teman lelaki atau teman wanita) dan sebagainya,..dan juga yang cintakan kucing sampai dipeluk dicium kucing tu..hehehe..owh ye berbalik tentang 8 kali pelukan itu..ianya dikatakan dapat memberi keselesaan dan dapat mengelakkan penyakit berdasarkan horman yang terhasil..selain itu ianya dari mengurangkan segala tekanan dan beban yang dihadapi..


    cinta itu banyak..kenapa nak menzahirkan kepada kekasih sahaja..cinta pada TUHAN, pada ahli keluarga, pada teman2..zahirkan setiap hari..xperlu memberi contoh sebab kita semua sudah besar..untuk apa merasa malu mengucapkan I LOVE YOU kepada isteri/suami..untuk apa berasa segan untuk ucapkan sayang kepada mak dan ayah..jadi gunakanlah setiap saat atau waktu untuk menzahirkan rasa kasih dan sayang anda pada orang yang tersayang..love u mama papa..