-hati seorang wanita dari sudut pandangan lelaki-


pelbagai perumpamaan untuk wanita..terutama soal hati..seringkali mendengar dari tutur kata lelaki..lelaki selalu mengucapkan kata-kata ini..bukan semua tapi mungkin segelintir..dan rasanya semua lelaki tahu mengenai perumpaan ini..

hati wanita macam kerak nasi
macam tu sekali kan..kata lelaki hati wanita macam kerak nasi..bila disiram air lambat-laun lembut jugak..macam tu ye bandingkan hati seseorang wanita..kalau makin banyak kerak kena berapa banyak air untuk dilembutkan..

hati wanita macam ketulan ais
ais itu sejuk tau..beku..ada yang cakap hati wanita sebeku mana pun macam ais lambat-laun akan cair jugak..mungkin golongan lelaki banyak menggunakan strategi untuk mencairkan hati yang keras macam batu itu kan..salah satu contoh macam dengan mengeluarkan kata-kata manis dari madah pujangga..tapi mungkin tak semua..jangan salah paham..

hati wanita besi
yang ini memang tak dapat dibentuk atau dilunturkan..pernah dengar istilah wanita besi..wanita yang kuat menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan..itu wanita besi dari sudut pandangan cik sakura..tapi kata lelaki sekuat mana pun hati wanita lambat-laun akan tunduk pada lelaki..betul ke..mungkin tidak..itu persepsi yang salah..bukan tunduk tapi menghormati kaum adam..

kaum adam adalah iman kepada kaum hawa..kaum adam juga la yang menjadi ketua dan pemimpin dalam keluarga..setinggi mana pun kaum hawa itu baik harta, pangkat atau apa sahaja syurga tetap ditelapak kaki suami..jadi kaum adam..hawa dicipta dari tulang rusak kanan adam..maka jaga lah hati kaum hawa yang satu ini..bukan untuk dipuja tapi untuk dihargai..hawa yang bakal melahirkan generasi adam yang seterusnya..maka hawa layak untuk dihargai sebagaimana kaum adam yang syurganya terletak dibawak telapak kaki IBU iaitu hawa..adam dan hawa saling melengkapi bukan..selamat petang dari cik sakura..

2 comments: