-MAHARAJA LAWAK MEGA 2012-



dah minggu ketiga rupanya..cik sakura baru nak tengok..nampak sangat balik rumah tak tengok tv..cik sakura sekarang balik lambat..dah malam baru nak balik..sekarang cik sakura sibuk sikit..banyak peruntukan baru untuk projek-projek tahu hadapan..kena siapkan skop dan spesifikasi projek dengan lebih terperinci sebelum sebut harga dikeluarkan..nampak gaya memang tak lena tidu cik sakura..

JOZAN..cik sakura suka pulak nak layan lawak jenaka dari mereka berdua ni..harap-harap diorang berlawak dengan perkara yang baru dan konsisten setiap minggu..baru lar peminat sanggup mengundi undi mereka..

cik sakura minat siapa?? jeng jeng jeng..biarlah rahsia..lapar..nak balik makan tapi meja berterabur dengan kertas kerja..banyak pula..hmm..nak duit berlonggok bukan senang..kena ada usaha dan penat lelah..baru berhasil ye adik-adik..duit yang berlonggok itu pun belum tentu bawa kebahagiaan..jadi dalam hidup ini kena seimbangan antara dunia dan akhirat..

sekian daripada ustazah robbbbbbeah..semoga berjumpa lagi..assalamualaikum..


-HITAM PUTIH KEHIDUPAN-



Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

-sheila majid-


-insan bernama CIK SAKURA..XBEST-


hmm..mula-mula dah mengeluh kan..sebenarnya tak best pun jadi CIK SAKURA..ni untuk kawan-kawan cik sakura ye..untuk pengetahuan anda tidak seronok langsung bila bergelar insan bernama CIK SAKURA..kenapa..banyak sebab..mungkin anda hanya melihat apa yang ada disekeliling saya tetapi anda tidak dapat melihat apa yang berada di dalam hati saya..itu natijahnya..

dikelilingi dengan harta bukan lar pengukur seseorang itu berada dalam dunia yang seronok..ya mungkin cik sakura mempunyai gadget2 yang terkini namun hati cik sakura tetap yang lama dan tak pernah bertukar ganti..seiring dengan perkembangan dunia teknologi mungkin anda melihat cik sakura bertukar telefon mahu pun tab dan mungkin i-pad..tapi hati cik sakura tidak ada jenama..hati ini kosong..dan tak secanggih mana pun..tetap retak menanti belah..

kereta..ye..ada berwarna merah ada berwarna hitam..itu semua hasil titik peluh cik sakura..bukan cik sakura menabung peluh cik sakura sampai berpuluh tempayan ye tapi menabung duit demi mengumpul harta..namun kereta belum dapat mengisi kekosongan hati cik sakura..kereta belum mampu dapat hapuskan airmata cik sakura..betul kan..jadi seronok ke hidup cik sakura ini..

rumah..duit..keluarga yang bahagia..pekerjaan..teman-teman..alhamdulillah..semua cik sakura ada..namun hati cik sakura tetap kosong..hanya TUHAN yang tahu apa sebenarnya yang telah terjadi.jadi kepada kawan-kawan yang cik sakura sayangi sekalian tak best langsung pun jadi CIK SAKURA..bersyukur apa yang ada..TUHAN bagi seseorang itu dengan rezeki dalam bentuk yang berlainan..kelebihan yang ada pada kita mungkin jadi kekurangan pada orang lain dan juga sebaliknya..

natijahnya disini cik sakura hanya ingatkan bersyukurlah apa yang ada..harta kekayaan belum tentu menjamin kebahagian pada cik sakura..tengok..disaat ini cik sakura masih keliru apabila melibatkan soal hati..mungkin cik sakura berjaya dan sempurna di mata kawan-kawan namun cik sakura sebenarnya lemah apabila soal hati diutarakan..

nota kecil: bersyukur apa yang ada...sekian...


-APA SEBENARNYA-


Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu 
Akan aku berlalu bila tiba saat itu 
Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku 
Kerana yang berlalu kehendakmu

Hanya tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup dengan mu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkan ku

Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tidak mengenal ruang waktu
Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku
Kehadiranku ini menyusahkan

Yang terhalang kejujuranku
Dan yang terbilang kesilapanku
Memang payah dimengertikan
kerana tertutup pintu hati mu
Terima penjelasan

Biar apa jua tafsiran
Yang ingin kau nyatakan
Aku rela terima semua....

~~fauziah latiff~~



-tak ada TAJUK rupanya-


ya allah..kenapa rasa itu sudah hilang dalam diri ini..adakah memang selamanya rasa itu tidak pernah akan hadir buat selamanya..adakah memang pintu hati ini akan tertutup setelah bertahun dikecewakan..adakah selamanya akan jadi begini..kenapa sekarang dah tak memikirkan soal diri..hanya pikir kerjaya, kewangan dan pelaburan..kenapa ye..kenapa tidak seperti insan lain..yang nampak rancak membina keluarga..itukan sunnah nabi..hmm..kenapa ye..

untuk makluman pembaca blog ini sekarang emosi cik sakura memang bercelaru sangat..dah tak pikir langsung pasal berpasangan ini..kawan cik sakura dah mula tegur..umur semakin meningkat..jangan jadi macam dia..nanti menyesal kemudian langsung tak berguna..tapi apa yang cik sakura mampu cakap..sekarang cik sakura memang tak rasa atau ada perasaan untuk bercinta atau berkahwin..ye bila diajukan soal kahwin atau ada yang mengajak kahwin cik sakura lah perempuan yang langsung tidak ada rasa gembira..sampai begitu sekali..

natijahnya disini adakah betul pintu hati cik sakura belum terbuka..mama dah risau..kawan-kawan rapat pun dah risau..ok sekarang memang cik sakura sibuk..majlis sana sini..melibatkan semua pangkat..dari orang kampung sampai ke menteri..mama tolonglah mengerti anak mama yang sorang itu..rasa nak KAHWIN memang tiada langsung..bukan mengikut jejak orang tapi hati dah tawar mungkin dah xde rasa langsung untuk ke arah itu..mama paham kan..

pembaca-pembaca yang budiman sekalian..cik sakura memerlukan sokongan anda untuk melenyapkan soalan KAHWIN dalam hidup cik sakura sekarang..heeee...

p/s: mama kalau anak mama ni tak kahwin boleh x..tapi mazda ok kan ma..hehehe..dusyummm...


It's Not Goodbye - Sweet November~~~


And what if I never kiss your lips again
Or feel the touch of your sweet embrace
How would I ever go on
Without you there's no place to belong

Well someday love is gonna lead you back to me
But 'til it does I'll have an empty heart
So I'll just have to believe
Somewhere out there you thinking of me

Until the day I'll let you go 
Until we say our next hello 
It's not goodbye 
'Til I see you again 
I'll be right here rememberin' when 
And if time is on our side 
There will be no tears to cry 
On down the road 
There is one thing I can't deny 
It's not goodbye 


You'd think I'd be strong enough to make it through
And rise above when the rain falls down
But it's so hard to be strong
When you've been missin' somebody so long

It's just a matter of time I'm sure
But time takes time and I can't hold on
So won't you try as hard as you can
To put my broken heart together again

Until the day I'll let you go
Until we say our next hello
It's not goodbye
'Til I see you again
I'll be right here rememberin' when
And if time is on our side
There will be no tears to cry
On down the road
There is one thing I can't deny
It's not goodbye


-TIADA RASA..JULIA~~~


lamakan tak menulis kat sini..mungkin cik sakura kekangan masa atau terlalu banyak perkara untuk difikirkan..usia akan meningkat tak lama lagi..walau apa-apa pun cik sakura masih sayangkan tarikh itu..SWEET NOVEMBER..tapi lama lagi..nak menuju ke tarikh itu pun cik sakura terpaksa berdepan dengan pelbagai program..tidak kira dalam bentuk sosial mahu pun pendidikan..walaupun cik sakura kini dalam sektor pertanian namun sosial tetap di ambil kira..menteri nak datang sekali lagi..argghh..boring pulak penulisan cik sakura kali ini..

owh ye..TIADA RASA..ni antara lagu yang ada dalam drama JULIA yang tengah ditayangkan di TV3..semalam sempat jugak nak layan cerita ni..pastu keluar lagu TIADA RASA nyanyian aliff razali ft ika nabella..boleh tahan juga gandingan suara diorang ni..bila layan2 lagu ni macam ada kena mengena pula..part mana yang ada kena mengena tu..nanti tengok mana yang cik sakura bold kan..hmmm..sekarang memang tiada rasa walaupun cik sakura cuba untuk mencari rasa itu..

mungkin TUHAN maha mengetahui segalanya..hmmm..salam jumaat dari cik sakura..

TIADA RASA-aliff razali ft ika nabella

Tiada rasa di antara kita
Kau dan aku bersama bahagia
mencuba tuk merasakan cinta
tapi tak kurasa

Tak percaya kau tak rasa cinta
dan kau biar hati ku tertanya
getar rasa seakan sengsara
nafas tak terhela

Bila rasa tanpa ada cinta
Hanya kita tanpa kata kata
Biarlah cerita tentang kita
teman saja

Kita mungkin tak harus bersama
dalam rasa yang berada cinta
kuncilah sayang tak bermakna
teman saja

Tak percaya kau tak rasa cinta
dan kau biar hatiku tertanya
getar rasa seakan sengsara
nafas tak terhela

Ooooo tiada rasa..oooo tiada rasa

Bila rasa tanpa ada cinta
Hanya kita tanpa kata kata
Biarlah cerita tentang kita

teman saja

Kita mungkin tak harus bersama
dalam rasa yang berada cinta
kuncilah sayang tak bermakna teman saja

Tak percaya kau tak rasa cinta
dan kau biar hatiku tertanya



-GERAM bukan GARAM-

pagi2 cik sakura dah naik darah..dah la kita penat uruskan seminar peringkat kebangsaan..naik keja je dah mula buat perangai sorang NENEK ni..ee memang cik sakura geram tahap cipan kot..cik sakura kenalah tunaikan hasrat seorang sahabat cik sakura ni..dia suruh serah kad jemputan..ingat nak letak atas meja je tapi sahabat cik sakura suruh bagi

-degup JANTUNG TIZ ZAQYAH-

10 hari lagi rasanya nak sambut syawal..mungkin rata-rata persiapan telah dilakukan..cik sakura macam biasa mama yang akan uruskan segalanya..tepat jumaat petang cik sakura akan pulang ke utara..tak sabar rasanya..dan alhamdulillah ada sedikit ganjaran atau imbuhan yang akan diberi..tak salah berkongsi dengan kegembiraan orang lain bukan..tengok orang lain gembira sudah cukup untuk buat hati cik sakura tenang..

hampir setahun di sini..cik sakura teringat seseorang..rasanya tak jauh tempat kerja dia dengan cik sakura..kami dah lama terputus hubungan..mengingatkan kisah lalu tu perit rasanya..tapi cik sakura doakan kebahagian untuk insan ini..nombor telefon masih ada cuma agak sukar untuk berkata-kata..menjauhkan diri lebih baik dari timbul apa-apa musibah yang akan menjelma..cuma rasa terkilan masih ada..tapi apakan daya semuanya telah terjadi..

buat insan ini walaupun kita hampir tapi sukar untuk mendekatkan diri..mungkin ini yang terbaik untuk insan lain..walaupun kita berselisih mahupun berhampiran meja namun sukar untuk cik sakura mengungkapkan kata-kata permulaan..tapi jantung ini ada getarnya..opss dah macam DEJAVU DI KINABALU plak..tapi bila hampir dengan insan ini hati rasa lain..walaupun kakak cik sakura memaksa tapi biarlah..mungkin cik sakura sudah dilupakan..mungkin..

apa-apa pun cik sakura doakan yang terbaik untuk dia..owh ya..kalau empunya diri baca cik sakura nak sampaikan salam mama..undur diri dulu..


-RAMADHAN TERAKHIR-

mungkinkah ramadhan ini RAMADHAN TERAKHIR untuk cik sakura..ramadhan yang memberi cik sakura rasa yang pelbagai..ye hati ini memang telah lama sakit..dan ianya terus disakiti sehingga kini..walaupun ada yang cuba untuk jadi panawar tapi sayang seribu kali sayang memang cik sakura tidak terbuka untuk menerima walaupun sudah mencuba sebaik mungkin..

kenapa cik sakura cakap ramadhan terakhir..terakhir kot..mungkin tahun depan cik sakura berdua untuk meraikan ramadhan..insyaALLAH..cik sakura akan cuba buka hati ini untuk insan itu..walaupun belum sepenuhnya tapi cik sakura tetap akan mencuba..mungkin ini adalah jodoh yang telah TUHAN ciptakan untuk cik sakura..

menerima dia seadanya..ye..cik sakura menerima cinta si dia seadanya..walaupun berat pada permulaan tapi cik sakura akur jua dengan usaha yang cik sakura lihat dengan mata ini sendiri..alhamdulillah..mungkin dia adalah orangnya..

kini dalam proses seterusnya..doakan cik sakura ye..


-KOMEN yang buat SENYUM panjang-



SENYUM..tersenyum cik sakura bila baca komen dari saudara ini..tak perlu kot cik sakura nyatakan BOLEH LIHAT SENDIRI..PEMBAZIRAN..terima kasih mengingatkan cik sakura ye..bulan baik dan penuh keberkatan ini sebaik mungkin cik sakura elakkan pembaziran..lagi-lagi makanan..nafsu memang tak boleh dikawal tapi diri kita dan akal yang diberi mestilah digunakan sebaik mungkin..lagi pun cik sakura tinggal jauh dari keluarga..masak ala kadar tak pun memenuhi jemputan dari agensi kerajaan mahu pun wakil dari kerabat..itu sahaja..

oh terima kasih ye saudara..ye cik sakura ni bila membeli belah memang jarang pikir panjang..sebab dalam kepala dah ada senarai nak beli apa..jadi masuk kedai terus beli..dah tau saiz memang ambil je..pasal pembaziran tidak kot..sebab cik sakura beli barang keperluan cik sakura menggunakan duit sendiri..entry itu berkaitan MASA dan tabiat rakan cik sakura ini..EN S tergelak dan akui memang dia macam tu bila baca entry demikian..lelaki metroseksual sangat menjaga penampilan diri..kan EN. S......

saudara terima kasih ye..sebagai ingatan untuk cik sakura yang kadang-kadang alpa..heeeee

p/s: salam ramadhan buat saudara FAIZUL OSMAN...



lelaki dan 'FITTING ROOM'

HUJUNG MINGGU..jeng jeng jeng..semalam cik sakura pergi membeli belah di sebuah pusat membeli belah yang agak ramai pengunjungnya..dan majoriti adalah warga singapura yang menjadi destinasi mereka setiap kali hujung minggu..jadi tak mustahil la rakyat jelata di negeri johor agaknya sudah lali dengan senario sebegini..bagi cik sakura pula hehe..tak kesah pun..yang penting tak bersesak dan bersempit-sempit..cik sakura kalau nak membeli belah mesti keluar pagi punya..takut bila petang dah ramai orang..jadi agak serabut kepala ni..

ahad lepas cik sakura dan teman-teman dah sebulat suara nak menghabiskan duit..macam banyak sangat duit kitorang ye..tapi sebenarnya nak hilangkan tekanan..senang je manusia kan..hilang tekanan bagi duit kat orang..apa kata kita sedekah kat orang..lagi mendatangkan faedah..opssss..itu pesanan papa..jangan risau cik sakura tak pernah lupa pesanan papa..tapi nak geleng kepala pun ada..sebab nilai duit yang keluar ahad lepas sangat tinggi..melepasi bajet yang telah diperuntukkan..adoi..

berbalik dengan tajuk diatas..hehe..cik sakura agak geli hati dengan teman cik sakura yang sorang ni..nak kata lelaki yang mempunyai citarasa yang bagus pun boleh tahan juga..citarasa dia memang seiring dengan fesyen sekarang..tapi masalahnya pilih baju kalah perempuan..meh cik sakura senaraikan antara cik sakura dengan dia ye..

BUTIK BAJU XXX
cik sakura : tengok2 baju..pilih warna2 menarik..sambar 2-3 helai..terus pegi kaunter bayar..
en S : tengok2 baju..pastu bandingkan warna baju ngan kulit..ambik 2-3 helai..tapi tak pegi kaunter..pegi 'FITTING ROOM'..keluar 15 minit kemudian..keluarkan handphone..'KORANG BAJU MANA SESUAI YE'..adoi..sempat lagi tangkap gambar..
cik sakura : hmmmm..terus duduk luar
en S : pegi cari seluar plak dan FITTING ROOM..adoi

KEDAI KASUT XXX
cik sakura : pilih kasut tumit tinggi dua tiga pasang..mintak size..cuba sekali depan cermin..puas hati pergi bayar..
en S : pusing atau tawaf 3-4 kali..jumpa berkenan tapi fikir 10 minit..cuba sekali dua (nasib 2 kaki)..belek-belek tengok harga..(pikir lagi)..dah setengah jam kemudian..beli satu kasut je..hmmm
cik sakura : *****$$$$*****

hehe..banyak lagi tapi tak nak senaraikan..kawan-kawan yang lain pun geleng kepala..nasib kedai kasut tak ada FITTING ROOM..ahakz..

p/s: kaum ADAM jangan nak salahkan kaum HAWA ye bila pergi membeli belah..kadang-kadang kaum hawa ni terus ambik dan terus bayar..tak payah cuba-cuba..hehe..sebarang komen dan pendapat cik sakura alukan..kaum ADAM pun kalau nak balas balik entry cik sakura pun dipersilakan jugak..





-bahasa SUAMI orang-

terlalu sibuk dengan kerja..assalamualaikum pembuka bicara untuk kalian yang masih mengenali cik sakura dan juga blog ini..kesian blog ini..sepi tanpa sebarang khabar berita..tidak ada pula yang merisik khabar atau pun yang tengah gundah gulana untuk bercerita dan berkongsi rasa..adoi kenapa cik sakura cakap macam ni..agaknya penangan bahasa dan tutur kata SUAMI orang..jeng jeng jeng..

apa kena mengena dengan tajuk di atas..jom baca lagi...

cik sakura baru balik dari kursus..2 minggu lamanya di kelantan..pergh..sekali makan memang ada santapan budu..tapi makanan memang terbaek..dan perut pun lapar..mana taknya..hari-hari kena kawad kaki dan jadual pun penuh..jadi perut lapar dan hentam saja lar apa yang disediakan..dan sebagai balasan maka tambah lar berat badan ini dan pipi naik secara mendadak..adoi..mama tengok pun terkejut..bukan sebab pipi naik tapi sebab cik sakura balik dengan 3 beg..mula-mula datang satu beg baju je (tak termasuk handbag dan beg kelengkapan yang WAJIB dibawa)..bukan apa..satu beg penuh dengan buku-buku dah hasil kursus..satu beg penuh dengan hadiah dan barangan dari RANTAU PANJANG..adoi mek ambo beli banyak tudung tuk mek..comei2 blaka..hehehe

apa kena mengena ngan SUAMI ORANG plak..baca lagi..

baru nak masuk cerita pasal SUAMI ORANG..ye..pakcik ni tak la tua sangat..kira tua setahun dari cik sakura..dah beristeri dan mempunyai seorang anak dan dalam 6 bulan lagi akan tambah seorang..dia punya ayat sikit punya power boleh tangkap leleh..betul kata orang lelaki yang berkahwin ni ayat dia boleh tahan dan sangat memahami..yelah dah ada pengalaman kan..kalau tak masakan ada yang kahwin lebih dari seorang..jeng jeng jeng..tak salah kalau niat anda murni..menghalalkan sesuatu yang haram..namun isteri anda sedang mengandung wahai pakcik oii..

dalam rumah tangga memang ada pasang surut..dalam bercinta pun boleh bergaduh inikan pula dah kahwin..orang cakap dan pakar motivasi cakap bila kita bergaduh dengan pasangan maknanya kita sedang dalam proses mengenali antara satu sama lain..dan nikmat setelah bergaduh tu seronok..apa yang nikmatnya..jangan tanya cik sakura tau..cik sakura pun tak tahu sebab belum kahwin..

tak dinafikan ayat pakcik ni memang terbaik..kalau tak kuat imam dah lama jauh cinta..tapi iman masih kuat..dah tahu macam mana rasa terluka jadi cik sakura tak akan buat kaum sendiri terluka..terlalu senang melafazkan cinta tapi sukar untuk berkongsi kasih..hah kaum HAWA ada ke yang rela berkongsi kasih..walaupun ada yang rela namun jauh disudut hati terasa sakit bukan..hmmm

maaf ye pakcik..saya masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga..sekian, terima kasih..


-cik sakura kena PAKSA KAHWIN-

PAKSA KAHWIN..adoi..terdiam seketika bila kawan-kawan suruh cik sakura kahwin untuk mengelakkan masalah berlarutan..ye bila sudah ada orang naik minyak dan mula menabur minyak macam-macam boleh terjadi..alamat gaya kena parang juga cik sakura kat sini..owh ye..tempat cik sakura ni majoriti orang-orang lama..oldskol..maklum saja la ibu pejabat..ibu pejabat mana nak orang muda sangat..semua diorang hantar ke daerah-daerah..kalau muda pun hanya perempuan sahaja..lelaki jangan harap la..seminggu je lepas tu dah dapat arahan pergi masuk kampung..hmmm..

berbalik keadaan pejabat cik sakura..majoriti orang lama..mesti banyak makcik-makcik..dan tidak dilupakan pakcik-pakcik..majoriti pengurusan tertinggi adalah orang-orang lama yang menunggu masa untuk pencen..owh itu tidak langsung menjadi masalah pada cik sakura..dan sekarang aktiviti menambah cawangan pula sedang giat dijalankan..macam penyakit berjangkit..sorang-sorang mula buat tambahan cawangan..ada yang tak paham ke..maksud cik sakura mereka dah mula pasang bini dua..sekarang dah ramai tempat cik sakura berbini dua..ada yang berbini empat tapi masih menggatal jugak..nak kira gelaran masyaALLAH terkedu pula cik sakura mendengar..ini tiada kaitan dengan SHAM KAMIKAZE tu ye..memang betul2 'kamikaze' sebab berani buat cawangan baru tanpa pengetahuan isteri pertama..

apa kaitan dengan cik sakura..sekarang gosip cik sakura dah semakin menular..sampai makcik-makcik cleaner pun tahu..dan sekarang diorang dah mula perli cik sakura..nak tahu perli apa.."AWAK MANA NAK NAIK KERETA SAYA..AWAK PILIH YANG ADA MERCEDES JE"..sentap hati cik sakura dengar..ye akui cik sakura selalu keluar makan dengan mentor cik sakura (bukan program mentor tv3) tapi keluar sekadar makan tengahari dan bukan berdua ramai lagi..tapi cik sakura yang kena..sekarang ada sorang bos dah mula tarik muka dengan cik sakura..bayangkan kerja satu tempat..dengan orang lain dia gelak ketawa tapi bila nampak cik sakura terus diam membisu dan tarik muka..apa salah cik sakura..payah betul bila orang tua merajuk..

sekarang cik sakura disuruh kahwin untuk selesaikan masalah..ingat kahwin ni sehari dua ke..adoi..kahwin pun kena kerja juga tempat yang sama..lain la kalau disuruh cik sakura duduk rumah goyang kaki..hah..jangan harap la..sampai ada yang suruh cik sakura mandi bunga..sebab kesian tengok cik sakura tak habis dilanda masalah..sampai macam tu sekali..hmm..rasa nak pergi bercuti tenangkan fikiran..kawan cik sakura pergi KOREA cik sakura nak pergi mana ye..pergi kutab utara boleh tak..hmmm..


selamat hari lahir buat seseorang yang pernah cik sakura sayang..perhubungan yang singkat..kurang dari setahun..namun impak yang di beri sangat besar dan bermakna..terima kasih di atas segala nasihat yang diberi..ingat kata-kata si dia dulu 'JANGAN SEKSI SANGAT..BIARLAH HANYA JADI PERHIASAN UNTUK MATA SUAMI'..jadi cik sakura berubah..bukan untuk dia tapi demi TUHAN yang memberi cik sakura satu lagi peluang untuk hidup..alhamdulillah..perubahan itu kekal sehingga kini..cuma jodoh kami tak panjang..

kini cik sakura hanya mampu mengucapkan kata-kata ucapan dari jauh..takut ada insan lain yang akan menimbulkan 1001 macam cerita..biarlah detik-detik manis itu cik sakura simpan untuk selamanya..dan buat ABANG, selamat hari lahir cik sakura ucapkan..cik sakura tak pernah lupa tanggal 20 APRIL..selamat hari lahir sekali lagi..semoga bertemu dengan seseorang yang amat memahami diri abang dan menjadi tulung rusuk kiri abang buat selamanya..insyaALLAH..





-LUKA dan LEMON-


apa lagi cik sakura nak cakap..jumaat hari yang mungkin dapat memberi ketenangan tapi sayang ketenangan telah diragut akibat sikap dengki dan iri hati..orang akan cuba mencari pelbagai isu untuk menambahkan luka seseorang..kerana mulut mereka badan orang lain yang binasa..

ya..terima kasih banyak-banyak..jangan sebab cik sakura tak layan maka anda sesuka hati menabur fitnah..bukan sahaja fitnah malah isu kecil pun nak diperbesarkan..tidak mengapa..sebab cik sakura tahu kalian sangat menyayangi diri ini..sebab itu kalian tidak habis berkata-kata..ada sahaja yang nak diperkatakan..kenapa nak jaga tepi kain cik sakura ye..kain cik sakura tidak pernah terkoyak..nak rasa sup kasut tumit tinggi tak..memang sedap untuk santapan tengahari nanti..

sekian..mood lari ke laut..sedapkan bila luka pastu kita perah dengan perahan jus lemon..memang sedap..terima kasih kepada kalian sebab berjaya buat luka semakin bertambah teruk..


-GARAM KASAR ditabur kembali..SAKIT-


macam-macam jadi minggu ini..tapi alhamdulillah cik sakura berjaya mengharungi segala dugaan itu dengan tabah walaupun berat hati untuk terima..ye sangat berat bila diri ini dipanggil KEKASIH GELAP..walaupun cik sakura tak gelap..yelah mana orang tak berkata bila ke hulur ke hilir berdua dengan bos..lepas tu naik kereta cik sakura berdua pergi mesyuarat..orang mula la nak mengata walaupun hakikatnya mereka tidak tahu apa yang telah berlaku..orang hanya tahu bercakap apa yang mereka lihat tanpa banyak perlu berkata-kata..maka timbul gosip-gosip liar yang dibuat oleh spekulasi mereka sendiri..mereka inilah wartawan MELODI yang tidak bertauliah..

cik sakura terpaksa..bukan hendak sangat berdampingan dengan bos tapi apa cik sakura buat hanya berkaitan dengan kerja..kalau bukan kerja memang cik sakura tak akan berada dengan bos..penat dengan umpatan orang..bila dah rapat dengan bos mesti orang mula mengata..habis diorang tak tahu ke perasaan orang yang diorang mengata tu..boleh sakit jiwa dibuatnya..namun jawapan yang paling popular diberi oleh sahabat cik sakura adalah SABAR..

sehingga kini gosip masih berterusan..namun apakan daya..mulut tempayan boleh cik sakura tutup..ini mulut makcik-makcik..ingatkan golongan perempuan je yang mengata golongan lelaki pun nak bersuara juga ye..namun cik sakura bersyukur orang-orang yang satu bahagian dengan cik sakura sangat memahami..baik lelaki mahu pun perempuan..cik sakura hormat sangat dengan mereka yang lebih tua dan berusia dari cik sakura tapi tolonglah hentikan apa yang mereka kata itu..sesungguhnya apa yang dikatakan itu adalah tidak benar..hmmmm...

p/s: sangat memerlukan mama disaat ini..



-BIBIR MERAH..bos tegur-

bos mesyuarat..tadi cik sakura baru tolong isikan pendaftaran kemasukan universiti untuk anak bos cik sakura..ok lar bos tak reti jadi cik sakura tolong bantu dia..opss..silap besar..pagi2 bos dah mengadap cik sakura minta tolong isikan permohonan kemasukkan ke IPTA..ok..pagi2 dah ada keja..cik sakura ni dah macam personal assistant atau PA dia plak ye..padahal tak pun..sekarang dah selesaikan tugasan pertama..

masuk tugasan kedua..owh cik sakura kena buat buku lawatan untuk MENTERI PERTANIAN..bila menteri nak datang segalanya nak sempurna..itu arahan pengarah..dan bila pengarah dah mengarah jadi orang bawah kena mengikut arahan..dah dalam surat rasmi pun tulis SAYA YANG MENURUT PERINTAH..hah jelas lagi bersuluh bila kerja kerajaan ni..maka golongan yang melaksana dan terlaksana ni mesti lar buat apa yang disuruh..tak gitu mak jemah oii...jadi cik sakura pun kena lar buat walaupun esok lusa bukan nama cik sakura yang naik tapi nama BOS yang naik..adat la tu kan..kena dahulukan yang lebih senior..lalala..mak jemah ok x..cik sakura ok je..

masuk tugasan ketiga..tak sempat masuk pun..bos cik sakura tanggalkan cermin mata dia..bukan tanggalkan baju ye..kalau tanggal baju mesti cik sakura dah cabut lari..mak jemah mesti suka kan..opppsss..bos cakap 'AWAK PAKAI GINCU WARNA MERAH APA YE'..hah ni dah melampau..dah sah2 dia pandang bibir cik sakura..bos teringin nak makan kasut tumit tinggi ke..apa lagi cik sakura terus senyum dan berlalu pergi..macam ayat novel plak..ye cik sakura tak jawab soalan dia..cik sakura senyum dan minta izin untuk sambung kerja..

kesimpulannya bos cik sakura tenung bibir kot..bukan tenung muka..sebab dia cakap warna merah lain..siap tanya jenama apa lagi..eeee..mak jemah suka warna merah jugak ke..lalala..

*MAK JEMAH- wartawan tak bertauliah MELODI..


-PENANTIAN dah berakhir-


papa ku pulang dari kota
papa ku beli kan kereta
kereta kecil warna MERAH
boleh ku bawa ke sekolah..
oppppssss
bukan sekolah daa
boleh ku bawa ke PEJABAT.....

p/s: akhirnya penantian telah berakhir..dah keluar pun setelah 2 bulan menunggu..makasih ya papa..papa bayar muka depan je..muka belakang dan seterusnya cik sakura yang bayar..yesssss..kena buat belanjawan baru nampaknya..


-jauh di sudut HATI-

jauh disudut hati cik sakura tersimpan seribu satu kenangan pahit..ye hidup cik sakura sebenarnya penuh dengan duri ranjau..sukar untuk mendapat sesuatu kebahagiaan..dari dulu lagi..cik sakura perlu bersusah payah dahulu untuk memperolehi sesuatu yang dihajati..walaupun berada dalam keluarga yang boleh orang kata nak apa je akan dapat namun papa tak pernah memanjakan anak-anak dengan wang ringgit semata-mata..tapi cik sakura bersyukur walaupun payah kehidupan yang cik sakura hadapi dan lalui masih ada yang boleh cik sakura tersenyum dipenghujungnya..alhamdulillah..

soal jodoh..jauh disudut hati cik sakura ini masih ada cinta buat seseorang yang terlalu banyak melukakan hati seseorang..ye cik sakura akui sukar untuk melupakan cinta itu namun cinta itu telah pergi dan kehidupan harus diteruskan..yang pergi biarlah pergi kan..jangan dikenang atau ditangisi..walaupun hampir ke satu tahap perhubungan yang dibina tapi kalau TUHAN berkata tidak maka tidaklah..mungkin ini takdir yang telah tertulis..

jauh disudut hati cik sakura masih tersimpan sayang terhadap seseorang..biarlah cik sakura yang mengetahui..banyak perubahan yang diinginkan..alhamdulillah mama papa tersenyum dengan perubahan cik sakura..terima kasih abang..walaupun perhubungan kita hanya sekadar kurang 6 bulan tapi impaknya sangat besar dalam hidup cik sakura..

kawan..jauh disudut hati cik sakura ini ada perasaan rindu pada kawan cik sakura..namun ego telah membataskan segalanya..kata-kata nista yang dilemparkan membuatkan cik sakura tidak akan berpatah pada dia..biarlah TUHAN sahaja yang membalas..walaupun cik sakura rindu pada dia namun budi yang cik sakura beri arang yang diconteng ke muka cik sakura..apa-apa pun cik sakura berterima kasih..terima kasih sebab menjadikan cik sakura lebih kuat dan matang mengharungi dugaan..

dan jauh disudut hati cik sakura sebenarnya cik sakura terlalu rindukan keluarga..bila agaknya dapat berkumpul lagi..soal hidup mati TUHAN saja yang tentukan..

p/s: jauh disudut hati..aku masih bermimpi..mimpi yang indah..esok engkau kembali..jauh disudut hati..ada waktu-waktunya..aku berdoa kau pulang semula..(SUDIRMAN)


BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU


apa lagi..jom rebut peluang untuk kritik blog cik sakura ni..yang manis pun cik sakura terima yang pahit pun cik sakura terima yang pedas pun cik sakura terima juga..tapi jangan kritik sampai nak jatuhkan blog cik sakura plak ye..tapi segala kritik daripada anda semua amatlah cik sakura hargai tidak kira apa jua bentuk kritikan anda itu ye..hah apa lagi kasi kritik lar..hehe..kritikan yang paling cik sakura TERASA dan BERBEKAS DI DALAM HATI akan cik sakura pamerkan di blog ini..siap buat promosi..hah mesti nak kan..nak lar tu..lalala..

-FASHA SANDHA dah ada tempat bersandar-


tak nak cakap panjang..takut blog ni jadi gosip plak..ahakz..tapi apa-apa pun dah tahu mama nak cakap apa kat cik sakura..jeng jeng jeng..sabar ye mama..pelamin angan cik sakura pun dah musnah jadi payah nak buat pelamin baru..hehehe..owh fasha ni lagi tua dari cik sakura ye..mama tengok anak dara mama lagi muda la belum boleh kahwin lagi..lalala..selamat pagi semua..entry chipsmore dari cik sakura..


- PELAMIN angan cik sakura musnah-

susah nak cakap..tapi tu lah hakikat..nak tak nak cik sakura terpaksa cakap juga..walaupun berat tapi apakan daya ini semua suratan takdir dan cik sakura sendiri tak dapat melawan takdir..ye barang kali semua orang  telah pun mengetahui..owh kenapa ini harus terjadi pada cik sakura..mungkin dulu cik sakura belum bersedia dan cik sakura terpaksa merelakan tapi kini ianya terjadi kembali..dan tak mungkin masa dapat diundurkan..berat rasa cik sakura nak meluahkan di sini..namun kepada bekas kekasih ku tiada apa yang mampu diri ini ucapkan..hanya sekadar ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU..owh tidak..


p/s: perasan sudah..yusry dah kahwin dua kali cik sakura sekali pun belum..ahakz..



-dah semakin NAZAK-

uiks..apa nazak-nazak ni..tak baik tau..bila sebut perkataan NAZAK dah macam tiada harapan lagi je..tapi ini semua ketentuan Ilahi..dari DIA kita datang dan kepada DIA kita akan dikembalikan..hidup ini hanya pinjaman sementara..tiada yang hakiki..sedangkan pokok yang kuat dan besar boleh tumbang ke tanah ini kan pula kita manusia..tidak kira berapa lama kita hidup andai sudah sampai masanya ianya akan tetap juga sampai..maka tumbanglah kita dari pandangan muka bumi..

tapi cik sakura bukan nak bercerita mengenai soal kematian..nak cerita soal JODOH..opps..bila ada orang dah cakap cik sakura semakin nazak terkedu jagak lidah ni..hello cik sakura belum lagi 28 tahun ye..ada lagi beberapa tahun untuk sampai ke angka itu..jadi dah nazak sangat ke kalau sekarang masih belum berumahtangga..(eh cik sakura ada rumah yang siap tangga tau..boleh kira pakai tak..opss..)

kat pejabat cik sakura ni majoriti yang dah kahwin..rasanya 90% dah kahwin..maklum la duduk ibu pejabat..yang muda-muda duduk daerah..tapi kat sini perempuan kebanyakkan makcik-makcik..yang anak dara boleh di kira dengan jari..(termasuk cik sakura)..hah..bila tak kahwin tu faham-faham je lar apa lelaki-lelaki yang semakin meniti usia akan berkata-kata..minyak semua dah keluar walaupun dah cukup pakai minyak rambut..ada yang pakai minyak wangi dan minyak segala minyak..opss..tapi cik sakura tak ambil peduli kata-kata itu..owh lelaki bila gula dalam mulut kalian nak habis ya..

tapi dah nazak sangat ke..belum lagi kot..belum seru lagi lar..nanti kalau cik sakura kahwin cik sakura akan buat satu persidangan macam YUSRY & LISA SURIHANI (betul ke eja..perasan dah..)tapi rasanya belum nampak lagi..bayang-bayang pun tak ada lagi..jadi jom sibukkan diri dengan kerja..belum nazak kot kalau belum berkahwin di waktu ini..kahwin untuk kemahuan atau keinginan atau kena hukum alam..wajib kahwin pada usia sekarang..hmmm..kenapa cik sakura tak pernah fikir pasal kahwin ye sekarang..musykil2..

p/s: kalo kahwin ada sape2 nak sponsor gaun pengantin VERA WANG untuk cik sakura tak..ahaks..


-nak minta CIUM boleh-


ada yang kena lempang juga pagi-pagi ni..pagi-pagi dah minta dicium..apa ingat keja cik sakura cium orang pagi-pagi ke..ni berapa kali cik sakura nak sebut CIUM ni..nanti betul-betul kena baru tahu..percuma saja..wekk..merah sangat ke bibir cik sakura..rasanya macam biasa je..tak la merah mak ngah sangat..nampak macam biasa je..warna delima mana nak merah sangat..betul tak kawan-kawan..bukan merah menyala pun bibir cik sakura ni..

ee..bila turun kereta dan terserempak dengan orang pejabat yang masih bujang tiga kononnya macam-macam perangai keluar..hah..kawan-kawan faham tak maksud bujang tiga tu..bukan bujang senang ye..maksud bujang tiga tu bererti mereka yang sudah beristeri seorang dan masih mempunyai tiga kekosongan..jadi bila di pejabat mula la kegiatan menabur minyak mereka lagi-lagi yang belum kahwin ni..ish-ish..

apa-apa pun selamat semua..lama betul cik sakura tak mencoret kata-kata di sini ye..ok cik sakura nak mulakan tugas..bukan tugas kerja pun tapi tugas baca surut khabar..heee..


-SAKIT MATA-

assalammualaikum..dah lama tak mencoret kata-kata dekat blog..bukan apa sebab cik sakura bercuti panjang..bercuti dan merehatkan fikiran yang memang serabut oleh anasir-anasir durjana dan bermulut jahat..owh ye memang cik sakura tengah SAKIT MATA sekarang ini..nak tahu kenapa cik sakura sakit mata jom tengok beberapa sebab yang cik sakura sertakan dibawah ini..

SEBAB PERTAMA
tiba-tiba mata cik sakura rasa lain..mula-mula sebelah kanan sekarang sebelah kiri plak..dah mula rasa sakit..mata cik sakura sekejap besar sekejap kecik..dah mula tengok mata dah jadi merah..lepas itu macam ada satu ketulan dalam mata..oppss..adakah ketumbit..bukan kot..tapi memang mata cik sakura sekarang dalam keadaan tidak selesa..nak buat kerja pun rasa pening sebab dua-dua belah mata sakit..jangan tangkap dekat kepala dah la..

SEBAB KEDUA
ni bukan sahaja sakit mata tapi hati pun sakit kot..memandangkan nak cerita pasal mata jadi cik sakura tumpu dekat sakit mata je..hati dah memang sakit dengan makhluk perosak ni..makhluk perosak yang tak nak belajar tinggi-tinggi tapi nak juga dapat pangkat phD..faham sendiri la..dah buat cerita dah reka perkara mengarut dan bermacam-macam lagi..sekarang dah dapat peluang untuk keluar kawasan jadi keluarlah..tak payah nak ulang-alik depan mata cik sakura dan sibuk nak cakap 'sedih'..tolanglah..cik sakura bagi seminggu je..biar orang nilai sendiri perangai awak tu..jangan sebab cemburu sampai satu keluarga anak cucu kau nak libatkan..tu makhluk durjana namanya..dah dengki tapi busukkan orang lain plak..manusia apakah itu..

SEBAB KETIGA
xde sebab lagi kot..mata cik sakura memang tengah sakit..ok nanti rehat cik sakura nak pergi klinik..hmm..sakitnya mata ni..


-PANDANG jauh-jauh SAYANG-


selamat pagi cikgu..siapa cikgu..oh ye yang cik sakura kenal dan tahu hanyalah cikgu GEN2MERAH je..ada yang cikgu lagi tak..kalau ada sila angkat tangan walaupun cik sakura tak nampak..oppss..jangan angkat tinggi-tinggi..apa-apa pun syukur pada YANG MAHA ESA sebab DIA dah kabulkan salah satu permintaan cik sakura..ye melihat seseorang yang pernah rapat cik sakura mengambil masa hanya 5 minit untuk bertanya khabar..itu sudah cukup bagi cik sakura dan ianya sangat berharga walaupun sekadar 5 minit..siapakah orang itu..jeng jeng jeng..

orang ni amat rapat dengan cik sakura..dan lebih rapat dia tahu mengenai ahli keluarga cik skaura bukan dari sekadar mengetahui nama tapi sudah bertentang empat mata..namun bila ada sedikit konflik berlaku dia hanya memandang cik sakura dari jauh..dah la pandang dari jauh lepas tu nak jeling-jeling plak..cik sakura pun buat balik kat dia..jeng jeng jeng..agaknya dia perasan kot..hehe..dan ramai orang cakap kat dia yang cik sakura terasa hati dengan dia..hah tau plak nak pujuk cik sakura ni..

apa-apa pun alhamdulillah..lega bila semuanya kembali seperti biasa walaupun terpaksa melihat keadaan sekeliling..(takut ada orang tu cemburu..kisah cemburu nanti cik sakura cerita..itu pun kalau ada permintaan)..jom sambung buat kerja..cik sakura nak mengadap kejap..bukan mengadap komputer tapi mengadap bos..esok ada mesyuarat pengurusan..alamak!!!!


-antara MAAF dan HATI-

saya hanya wanita biasa
yang hatinya sudah terlalu rapuh
rapuh dengan segala penderitaan dan kelukaan..

tapi anda harus ingat
yang saya bukan seorang pendendam..
saya boleh memaafkan seseorang itu walaupun hati saya terluka..
sebesar mana pun kelukaan yang anda bagi
saya tetap maafkan orang itu..

namun
anda harus tahu dan ingat benda ini
saya tak akan lupakan nama orang yang melukakan hati saya
saya tetap ingat sampai bila-bila
dan tiada satu pun yang dapat memadam nama anda dalam ingatan saya

jadi
tolong pergi jauh diri anda dari saya
itu sahaja permintaan kecil dari diri ini..

-untuk AWAK-



-NAK MINTA PENDAPAT AWAK-


tak banyak nak cakap..cuma nak minta pendapat mengenai gambar di atas..boleh tak atau sesuai tak gambar di atas menjadi header baru cik sakura..sesuai atau tidak..sebarang komen daripada kalian semua amatlah cik sakura hargai..sekian, terima kasih..(alamak dah macam menulis surat plak...)


-REDHA dan PASRAH erra fazira-

macam-macam jadi dalam hidup cik sakura sejak tahun baru ni..harap kawan-kawan semua tidak menerima nasib macam cik sakura ni..sebab sukar cik sakura nak hadapi apa yang telah berlaku..tapi inilah kenyataan..sejak bermula tahun 2012 tiada apa kegembiraan yang cik sakura perolehi..tiada satu pun yang manis..mungkin TUHAN sekali lagi menguji cik sakura..mungkin ada yang perlu cik sakura bayar dengan segala ujian dari TUHAN..tiada yang namun..nak atau tidak cik sakura mesti hadapi ini semua..adakah cik sakura PASRAH macam nyanyian erra fazira..mungkin juga tapi tak boleh nak pasrah sangat sebab hidup mesti diteruskan..

mentor cik sakura dah nasihatkan cik sakura apa-apa pun cik sakura mesti kuatkan semangat..jangan menangis lagi..terima ini dengan rela hati..sebab ramai lagi yang kena teruk dari masalah cik sakura ni..jadi terima apa yang telah tertulis..mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan cik sakura sendiri pun tak tahu apa hikmahnya..apa-apa pun mungkin ada sebab ini semua berlaku bukan..kena kuat kena cekal dan semangat kena kental..baru boleh berjaya dan hidup ditempat orang..pasal mulut orang tu biarkan..mulut orang bukan mulut tempayan..argh..tak payah sambung ayat lagi..mesti kawan-kawan dah dapat agak apa yang cik sakura nak katakan seterusnya..

apa-apa pun terima kasih atas apa yang terjadi..terima kasih kepada SI PEMBERI..terima kasih banyak-banyak..mungkin cik sakura tak mampu nak tersenyum buat masa ini..menarilah anda di atas jalan yang penuh hitam..terima kasih banyak-banyak..itu sahaja yang dapat cik sakura zahirkan kepada anda wahai SI PEMBERI..


-AKU tak akan BALAS-


oppss..balas apa ni cik sakura..baas pantun ke..balas hadiah ke..balas jaringan ke atau balas tumbukan..dushum..tak ada maknanya nak ada sesi balas-membalas sekarang ni..masing-masing dah besar jadi masing-masing tahu kesilapan sendiri..kerana mulut badan binasa..oyeah..benda ni semua keluar dari mulut seorang yang budiman jadi biarlah mulut itu yang binasa..kan senang..tak perlu nak balas-balas walaupun hati sakit..biar yang berkata itu terus bersuara dan biar balasan menimpa nanti..itu sudah cukup..mungkin saat ini tengah bertepuk tangan tapi ingat di suatu saat lain akan ada orang lain yang tepuk tangan..

sendiri cakap sendiri sudah sendiri yang rasa bersalah semua disebabkan diri sendiri..tapi nak sedapkan cerita orang lain yang dituduh apa semua.siap bagi gelaran lagi..sungguh hebat permainan budak itu ye..maaf..tiada apa yang nak di cakap lagi..lebih baik jauhkan diri daripada insan sedemikian rupa..biar dia terjun dengan labu-labunya..pendek kata memang tidak akan ada pembalasan dari insan yang bergelar CIK SAKURA..bukan janji tapi pasti lorrrrrrrr..


-KAU buat AKU MARAH-

orang selalu cakap lebih baik diam dari terus bersuara..walaupun diam itu hanya untuk menyelamatkan keadaan namun ada juga yang mengambil kesempatan di atas kesempitan yang dialami oleh seseorang..ini mungkin disebabkan perasaan dengki dan cemburu..argh manusia..tidak perlu untuk belajar tinggi-tinggi untuk mendapat phD..ya PERASAAN HASAD DENGKI..adakah perasaan ini satu yang boleh diambil positif atau ianya memang tergolong dalam kumpulan negatif..bagi situasi yang dialami sekarang mungkin dalam golongan negatif..

hebat bukan..bila mengalirkan air mata itu dikatakan PELAKON AIR MATA..wah sungguh lantang ia bersuara..tahukah beliau untuk mengalirkan setitis air mata bukan mudah..namun jika hati sudah terusik dan sudah luka dan disiram dengan cuka dan dilumuri garam pasti hati itu sakit dan pedih..maka mudahlah air mata membasahi pipi..adakah disebabkan luka dihati dan air mata mengalir keluar akan digelar pelakon air mata..itu tidak patut..

kenapa nak rasa bersalah kalau diri tak bersalah..hah..fikirkan sendiri..kenapa takut untuk menyebut nama TUHAN jika betul mulut dusta itu tidak pernah menyebut kata-kata dusta..argh..sungguh pandai bermain kata-kata ya..menjadi penyedap dalam perbincangan walaupun kata-kata itu dusta..memang hebat..orang lain dikatakan kan hipokrit dan pelakon tapi yang menabur fitnah itu hendak dipanggil apa pula..

apa yang terjadi dah pun terjadi..terima kasih atas segalanya..untuk menerima memang tidak..terima kasih juga atas tuduhan yang diberi..kesian pada mereka yang teraniaya..terima kasih juga sebab tidak matang dan perangai seperti kebudakkan..walau apa-apa pun setiap yang berlaku mesti ada balasan..hanya tunggu dan lihat..walaupun hati sakit namun hati akan tetap terus berdoa dan berdoa..semoga akan ada penyesalan yang tak sudah nanti..saat itu kita tengok orang itu lah PELAKON AIR MATA YANG HIPOKRIT DAN PENDUSTA..sekian..


-AMARAN tak seberapa KERAS-


tiba-tiba macam nak tutup saja blog ni..hah..nak tutup dengan apa..dengan kain ke..buat apa cik sakura buat blog kan kalau akhirnya terkubur tanpa nisan..aiseh..macam tu plak ye..tapi itulah hakikatnya..mula-mula tergerak hati nak tutup blog ini tapi bila difikirkan balik nampak gaya tak jadi pulak..kenapa cik sakura nak tutup blog..jeng jeng jeng..

alkisah blog ini telah mula diperkatakan oleh orang ramai..glamor ko jah..siapa orang ramai itu..siapa lagi kalau mereka-mereka yang suka mengintai kain orang..bukan jaga je tapi siap intai pula..dah lebih betul senah ni..tapi apa cik sakura nak buat..biarkan mereka berkata-kata..cik sakura dah tak ambil pusing pasal mereka..nak buat pusing 360 darjah ke tonggeng terbalik ke apa ke itu ko punya pasal senah..janji cik sakura tak kacau hidup dan kain mereka..

dan buat AWAK itu tak payah la baca nukilan di blog..blog ini tak memaparkan kisah-kisah panas seperti diruang twitter mahu pun laman sosial..jadi buang masa je kalau 24 jam nak datang singgah dan tulis komen yang bukan-bukan..tolong berhenti ye gejala yang tidak sihat itu..sebab dah lama buang orang yang menyakitkan hati macam tu..dan seangkatan dengan mereka..maaf dulu boleh la sekarang tidak lagi..dah tahun baru pun..takkan nak ingat kisah lama..ko tak penat ye jang..

jadi tak payah berkata-kata tentang blog ini..cik sakura tak undang dan cik skaura sendiri juga tak halau..sesiapa sahaja boleh datang ke blog ini dan baca nukilan hati cik sakura..kalau nak tinggalkan komen memang cik sakura alu-alukan..menghargai pembaca yang sudi singgah dan meninggalkan jejak..namun ada juga yang singgah tapi tak tinggalkan jejak..dah tu tinggalkan apa..orang tu tinggalkan bau..bau yang boleh mencemarkan alam dan persekitaran cik sakura..hmm..kejam betul;..


-pukulan MAUT dari en shuib-

hepp..bukan shuib SEPAH tu tau..ni en shuib tempat cik sakura bekerja..jadi cerita ini tiada kaitan dengan mana-mana pelakon, penyanyi atau sebagainya..pendek kata tiada kaitan dengan artis langsung..panjang nak cakap apa-apa tak..panjang cakap ada aku kesah..jeng jeng jeng..

sejak isnin minggu ni tiap-tiap petang dan malam cik sakura akan buat latihan..latihan apakah itu..latihan badminton..adoi kena lawan dengan orang-orang besar ni..dah la cik sakura tak reti main sangat..setakat pukul bulu tangkis tu boleh la..tapi kalau main untuk pertandingan alamat memang tak lepas..dan lebih mengharukan lagi pasangan cik sakura..adoi kenapa dia..pasangan cik sakura lelaki..dan lelaki itu bukan ANUAR ZAIN tapi jeng jeng jeng..bila dah selalu nak diganding-gandingkan apa orang kata nanti kan..tengok renungan orang yang dah kahwin ni lain macam sikit..adoi..lagi sekali cik sakura menjadi profesional..ketepikan apa orang nak kata yang penting matlamat sampai..bak kata bos cik sakura..

petang dan malam ni ada latihan lagi..pesanan yang berbayar kepada en shuib tolong jangan smash cik sakura lagi..sakit woo..ni bukan main badminton dah tapi paintball tau..kenapa nak smash cik sakura..bagi rendah-rendah nanti baru tau sampai en shuib boleh cium jaring tu..wekk..gurau je..k la cik sakura nak sambung buat kerja dulu..jumpa lagi..