hari ini cik sakura nak bercerita pasal sayur hijau..mesti ada dikalangan kita ini tidak makan sayur..dulu pun cik sakura memilih untuk kurang makan sayur..tak tahu kenapa..dulu memang tak suka makan SAWI dan PERIA..sebab pahit..tapi mama suruh makan jugak..mama cakap sayur-sayuran ini banyak khasiatnya..kulit pun tak kering..dan sekarang cik sakura pun mengamalkan makan ulam-ulaman..sedapkan..kalau ada sambal belacan ke sambal kelapa ke sambal mangga ke mesti sedap..hehehe..
kali ini cik sakura nak bercerita pasal BROKOLI..harga dipasaran mahal tak..sebab cik sakura kurang bandingkan harga..main beli je..dan malam ini nak masak brokoli bersama sos tiram..nak cuba jap..selalu makan brokoli goreng dan rebus sahaja..sebelum makan jom kita tengok dulu khasiat brokoli ini sebenarnya..
- brokoli dapat membantu mencegah kanser..lebih-lebih lagi untuk kaum wanita seperti kanser payudara dan rahim..
- brokoli dapat mengurangkan kadar gula dalam darah..ini bagi mereka yang mengalami penyakit kencing manis..brokoli sebagai pengganti nasi..
- dalam brokoli terdapat vitamin A dan Vitamin C yang bermanfaat sebagai antioksida..hah kalau dah dengar antioksida tu tak lain tak bukan untuk penjagaan kulit wajah supaya kekal awet muda..
- brokoli juga dapat membantu penglihatan mata kita..nak jaga mata kan selain lobak..disamping dapat menghindarkan penyakit katarak mata..
- brokoli dapat membantu kita menghindari dari pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan gangguan pencernaan..hah tak paham..sembelit paham tak..serat dalam brokoli itu dapat melancarkan proses penghadaman kita dan sistem usus dalam perut dapat berjalan dengan lancar..
- brokoli juga dapat membantu mempertingkatkan tahap kecerdasan..hah kan seronok..tak la letih lesu je badan..
banyak lagi khasiat sayuran hijau ini..kira nak sihat tak payah makan ubat-ubatan sangat..apa kata kita mulakan dulu dengan pemakanan kita seharian..yang penting kena jaga makan..siapa lagi nak sayang tubuh badan kita kalau bukan diri sendiri kan..jumpa lagi..
thanx 4 sharing dear
ReplyDeletetak ler mahal tp untuk family akk satu hidangan dalam rm7 jer haaa, biasa akk rebus wat salad gaul dgn mayo ank akk makan cam tu kalau masak depa tk makan
ReplyDelete@Farah Shamsudin
ReplyDeleteu're welcome..
@puanbee
yeke..cik sakura tengok segar ke tak..sedap jugak ye wat salad mcm tu..cik sakura nak try jugak lar..
salam..
ReplyDeletenice n good info cik sakura. saya kalau pergi steambot mesti amik brokoli. panggang dgn butter,sedap sgt!