-APRIL bakal menjelma-

lebih kurang satu jam lagi bulan MAC akan berakhir..dan APRIL akan muncul..hari berganti hari..bulan berganti bulan..dan tahun berganti tahun..terlalu cepat rasanya masa berlalu..sedar tak sedar dan nak masuk bulan APRIL..betul la orang kata pejam celik kita dah dan masuk suku kedua tahun 2011 ini..

bulan APRIL..bagi siapa yang menyambut hari lahirnya pada bulan april tak salah jika cik sakura mengucapkan selamat hari lahir bagi mereka-mereka yang meraikannya..semoga tahun ini memberi seribu makna pada kalian semua..dan semoga apa yang dihajati dimakbulkan TUHAN..cik sakura doakan semoga kalian semua diberikan kesihatan yang baik dan kegembiraan..insyaallah..

1hb APRIL..jeng jeng jeng..april fool..hah ada ke nak kenakan kawan-kawan..jangan kenakan cik sakura ye..buat student2 cik sakura jangan berani nak kenakan cik sakura..nanti cik sakura potong markah..hehehe..ni cik sakura dah bagi amaran awal-awal tau..don't you dare..ahaks..lagi pun esok student2 cik sakura ada penilaian dengan pensyarah lain..berani ke nak buat april fool dekat kami semua..
cik sakura nak masuk tido awal malam ini..lagi pun hujan luar kat sana..kepala serabut dengan kerja dan macam2 benda nak difikirkan..jadi selamat malam semua..owh ye sebelum terlambat bulan APRIL ni ramai sangat orang yang sambut hari lahir..jadi ada apa-apa cadangan tak untuk hadiah yang bakal cik sakura bagi..selamat malam semua..jumpa lagi..assalammualaikum..

-L.O.V.E-

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore and

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
Love was made for me and you
Love was made for me and you


p/s: love the coffee..love the foam..ahakss..

-tanda-tanda orang nak menipu-


tak perlu kot cik sakura nak senaraikan satu per satu..ramai dah tau ciri-ciri atau tanda-tanda orang nak menipu..banyak sangat..rasanya tak perlu kot cik sakura nak nyatakan di sini..sekarang nak cakap tanda-tanda yang paling tinggi yang cik sakura nampak adalah 'ALASAN'..ye apabila terlalu banyak mencipta alasan maka dengan rasminya orang itu memang hendak melakukan penipuan atau telah melakukan penipuan..itu bukan mungkin tapi pasti..

sekarang ini dah ada orang mencipta alasan kembali..sekali lagi ingin menipu..dan sekali lagi ingin menyakitkan hati..kenapa nak menipu sampai pijak kepala..kenapa tak berpikir dahulu sebelum buat sesuatu..betul ke manusia bila dah melakukan sesuatu baru nak berpikir..cakap main lepas je tanpa berfikir dahulu..terlajak perahu boleh diundur tapi terlanjur berkata masakan boleh ditarik balik..

apa yang ingin diperkatakan sudah cukup masanya..permainan yang dimain untuk berulang kali yang akhirnya menyakitkan diri sendiri..teruskanlah rentak anda itu..alasan yang anda beri pun tidak memberi apa-apa..bukan untuk membalas dendam tapi hidup ini kan macam roda..kita tak selalunya berada di atas kan..mungkin kali ini anda terlepas tapi esok lusa kita sendiri tak tau..selamat petang semua..

 

-kaitan diri dengan cermin-


pernahkah cermin itu menipu kita..atau cermin itu memperdayakan kita..pernahkah cermin itu cuba menyorok kelemahan diri kita..sedangkan cermin mak tiri snow white pun berkata yang benar..jadi kenapa kita harus menegakkan benang yang basah dan cuba menyembunyikan kesalahan diri sendiri..cermin memantulkan imej kita sebenar..jadi adalah mustahil kalau cermin itu menipu..

pernahkah kalian semua mendengar ungkapan 'cermin lah diri sendiri dahulu'..ungkapan yang bagi cik sakura rasakan boleh membawa kemarahan dan pergaduhan..bagi situasi yang cik sakura lihat sekarang..siapa orang itu nak menyuruh orang lain cermin diri dia..sebelum dia suruh orang cermin diri kenapa tuan punya badan itu tidak cermin diri dahulu..senang cakap lihat diri sendiri dulu sebelum nak tegur orang lain..

kadangkala orang hanya nampak kesalahan orang lain sehingga kesalahan diri sendiri pun tak nampak..betul lar semut yang jauh dari mata pun boleh nampak tapi gajah depan mata buat-buat tak nampak..kalau diri itu sudah cukup sempurna untuk menegur orang itu cik sakura rasakan tidak salah..bukan diri kita ini langsung tidak boleh ditegur..tapi kalau diri sendiri terumbang-ambing dan melakukan pelbagai kesalahan kenapa tidak cermin diri dahulu..

pernah ada situasi di mana ada orang suruh cerminkan diri..tapi apabila berdebat nyata orang itu kalah sebab dia terlupa nak cermin diri sendiri yang nyata terlalu banyak kesalahan dan bila dinyatakan kesalahan satu per satu dia boleh terduduk dan diam terpaku..manusia boleh menerima teguran tapi manusia sekarang sudah bijak untuk menilai..tak salah untuk menegur tapi salah jika diri sendiri pun tak betul..

akhir kata..tak perlu nak tunding jari pada orang..lihat kesalahan diri sendiri dahulu..sebelum nak menyalahkan orang kenapa tak nak salahkan diri sendiri dahulu..masakan pokok bergoyang kalau tiada angin bukan..jadi cermin diri sendiri dahulu sebelum nak nak mengajar orang cermin diri..takut nanti ada kawan-kawan yang sudi nak 'sponsor' cermin tambahan pulak..takut tak larat nak cermin diri nanti..renungan dan pengajaran untuk diri sendiri..


-dendam sampai ke mati-

tahukah anda yang hati manusia akan terus menjadi hitam akibat dendam..sesetengah orang akan terus berdendam sehingga mati..dan bagi seorang muslim, dendam itu adalah sifat mazmumah yang patut kita hindarkan..ada drama menunjukkan yang apabila seseorang itu masih mempunyai dendam dalam dirinya maka agak sukar dirinya menghadapi sakaratul maut..bercerai roh dari jasad yang memang agak memilukan..jasad kita penuh dengan noda-noda hitam..

setiap apa yang terjadi mungkin kita boleh ambil iktibar..mungkin apa yang berlaku di dalam diri kita ini kita jadikan sebagai pedoman..jauh sekali untuk berdendam..sifat maaf itu adalah yang terpuji walaupun kadang kala kita sukar untuk memaafkan seseorang itu..tapi percayalah jika diri kita bersih dari sifat dendam mungkin kehidupan kita lebih bahagia..pedulikan apa orang nak cakap..bak kata pepatah mulut tempayan masih boleh ditutup tetapi mulut manusia bukan mulut tempayan..

apa guna berdendam kalau ianya akan menyakitkan diri kita sendiri..dendam yang membara dalam diri juga hendaklah dihindarkan..takut berlaku emosi yang berlebihan dan akan mengakibatkan sukarnya untuk mengawal diri..dendam yang bisa merosakkan hati..setiap manusia di muka bumi ini tidak lepas dari melakukan kesalahan..itu antara mereka dengan TUHAN..jadi siapakah diri kita ini untuk menghukum mereka..siapa kita untuk menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka..walaupun perit untuk memaafkan tapi takut untuk menghadapi seuatu di kemudian hari itu lebih memeritkan..

maaf ini masih ada namun jangan pernah ada dendam di dalam hati..jiwa yang bersih dapat memberi ketengan di dalam diri..cuma satu yang pinta tolong jauhkan diri ini untuk selamanya..agar tiada apa-apa lagi persengketaan di antara kedua-dua belah pihak..itu lebih baik..

 

-andai itu takdirnya-


bukan tajuk novel atau tajuk drama ye..hah bukan2..bagi lepasan SPM yang dah dapat result itu tahniah cik sakura ucapkan..meraikan kegembiraan bersama keluarga dengan keputusan cemerlang..tahniah sekali lagi..bagi keputusan yang agak kurang memuaskan tidak mengapa nanti bila dapat peluang sambung pelajaran nanti gunakan peluang yang ada untuk memperolehi keputusan yang cemerlang..lagi pun taraf pendidikan negara kita sudah semakin tinggi tahapnya..jadi usaha itu tangga kejayaan..jangan mudah berputus asa..terima hakikat dan hadapi kenyataan ini dengan tabah..

cik sakura dulu pun bukan mempunyai keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM..tapi mama papa mesti pastikan subjek MATEMATIK cik sakura A1..nak dijadikan cerita mama papa mendidik kami adik beradik menghafal sifir sejak dari kecil lagi..dan kalau keputusan subjek matematik kami adik beradik tidak  mendapat A confirm memang takut nak balik rumah..tak tahu mengapa..tapi percaya atau tidak cik sakura pernah kena ketuk dengan jam..hehehe..malaunya..tapi tu la kenyataan..akibat tak lancar sifir sekali kena ketuk daa..adoi sakit kepala..tapi kalau tak kerana kena ketuk mungkin cik sakura tak jadi macam sekarang kan..

buat adik-adik di luar sana ingat walaupun kita tidak dapat keputusan yang cemerlang kita masih boleh terus berusaha sehingga berjaya..jangan kata orang yang tak dapat keputusan yang cemerlang itu tidak boleh berjaya..kawan cik sakura dahulu memang malas belajar..result pun cukup-cukup makan..tapi tengok sekarang sudah mempunyai perniagaan yang berjaya dan dikenali ramai..dulu orang lemparkan kata-kata hina kepada dia sekarang orang memberi pujian..ingat tak semestinya kita duduk di bawah sahaja..dengan segala usaha dan doa dari ibu bapa tidak mustahil kita akan berjaya suatu hari nanti..yang pasti kita tidak lupakan orang tua kita..

 

-masih belum ada rezeki-

setiap manusia mesti inginkan kebahagian dalam diri..masih belum puas apa yang telah diperolehi..ingin mencari sesuatu yang masih belum dimiliki..bukankah ini lumrah dalam kehidupan..senantiasa ingin mencari yang terbaik untuk diri dan masa depan juga..andai masa itu boleh diundur semula pasti ingin membetulkan segala kesilapan pada masa lalu..tapi masa tidak boleh diundur dan kehidupan harus diteruskan..

hampir setahun menunggu namun masih tiada jawapan yang diperolehi..mungkin masih belum ada rezeki buat diri ini..mungkin ianya akan mengambil masa lagi..hati ini hanya mampu sabar dan tabah dengan segala dugaan yang diberi..mungkin belum tiba masanya lagi..mungkin ada yang lebih baik menanti atau mungkin sesuatu yang lebih elok di hadapan sana..segalanya adalah mungkin..namun hakikatnya kita sendiri tidak tahu..

puas air mata ini mengalir mengenang nasib yang menimpa diri..melihat kebahagian orang lain bisa membuat diri ini cemburu..masakan tidak melihat kegembiraan orang lain..segala impian semua tercapai..namun diri ini entah bila..hidup yang dilalui penuh dengan liku-liku..terlalu sukar untuk digapai..seolah-olah senantiasa ada halangan..sehingga diri ini hampir berputus asa..namun hanya TUHAN yang mengerti hati ini..ya ALLAH..berikanlah hambamu ini sedikit lagi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan ranjau dan onak duri..terlalu sukar rasanya kehidupan seorang insan kerdil ini..namun hati masih kuat walaupun air mata senantiasa mengalir..


-senaman di pagi hari-

lama betul tak pegi bersenam ni..dengan alasan sibuk memanjang..asyik sibuk je sampai kena perli tak ingat kawan-kawan dah..maaf la kawan-kawan cik sakura sekalian..bukan lupa tapi masa tidak menentukan..budak-budak dah nak final exam..dan kebanyakkan student perlukan persediaan yang banyak..cik sakura nak tolong budak-budak ni supaya dapat markah yang bagus..tak nak dah ada sesiapa yang repeat paper..

senaman apa di pagi ahad ini..senaman pinggang la..hehehe..yang sebenarnya bukan senaman pun tapi aktiviti mengemas rumah..kemas rumah dah settel..sekarang nak mop lantai..pasang lagu sedap-sedap sikit..lagu dangdut pun cik sakura layan tau..ahaks..mana ada..dengar je lagu apa-apa sekarang tapi tak nak lahu yang tangkap leleh ni..jom mop lantai..lalalala..tapi mesti berhati-hati takut nanti ada yang jatuh macam nangka busuk..hey cik sakura wangi tau..hehehe..

lepas ni nak masak untuk tengahari..mop yang telah dicadangkan adalah nasi ayam tau..bukan nasi itik atau nasi kambing ke apa ke..cik sakura pun dah perapkan ayam..tak nak buat ayam goreng biasa je..dan perap dengan madu dan rempah-rempah yang lain..sedap woo..pastu nak ice lemon tea..sedap tak..hah jangan terliur tau..pastu ada sendiri pencuci mulut..something sweet..tapi menu biasa kat rumah ni puding karamel..jom sambung mop lantai balik..ku ke kiri mop ke kiri ku ke kanan mop ke kanan..lalalala..

-seorang diri di tepi pantai-

tak ada apa-apa yang menarik untuk diceritakan..sekarang di depan mata cik sakura adalah sebuah pantai yang bersih dan tenang..air yang berwarna biru ini cantik dari pandangan mata..jadi tidak mustahil ramai yang datang berkunjung di sini sama ada untuk bercuti mahu pun berbulan madu..hmm..sebut pasal bulan madu, cik sakura baru sahaja hantar kawan cik sakura pergi berbulan madu di luar negara..

kini cik sakura seorang diri di bangku kayu ini..merenung jauh hingga ke hujung lautan..seorang diri sebab rakan-rakan yang lain mungkin kepenatan agaknya..cik sakura penat juga memandu tapi hati ini lagi penat..nanti jumpa lagi ye..cik sakura nak menikmati keindahan pantai sekejap..

-mata masuk habuk-


cik sakura tak nangis cuma mata ni masuk habuk sikit..tu yang air mata mengalir..tapi nak cakap manusia memang macam ni ke..mungkin bukan semua cuma segelintir sahaja..kalau buat orang sikit pun tak kesah..tapi bila kena kat batang hidung sendiri tau plak macam mana rasa sakit kan..manusia macam ini lebih pentingkan diri sendiri..orang lain nak sakit ke terluka ke kecawa ke dia tak ambil kesah pun..tapi bila jadi dekat diri sendiri habis angin satu badan..

semoga esok cik sakura mampu tersenyum..tak larat nak memikirkan orang yang hanya tahu kepentingan diri sendiri..rasa yang cik sakura ini memang tidak dihargai..kenapa mood cik sakura malam ini agak muram..tapi tindakan terjun bangunan yang 3 tingkat itu semata-mata untuk membunuh diri bukan satu tindakan yang bijak..jauh sekali cik sakura nak lakukan..sebab cik sakura masih sayangkan diri sendiri lagi..walau apa pun terjadi cik sakura tetap tabah dan terus bersabar..apa yang berlaku di depan mata cik sakura jadikan iktibar dan pengajaran..mungkin gadis itu terlalu menyayangi dan terlalu tertekan..dan bila emosi yang berlebihan mengawal diri maka kita lupa keadaan sebenar..mungkin selepas ini gadis terbabit akan kembali berfikir dan mula sayangi diri sendiri terlebih dahulu..gadis ini masih terlalu muda usianya..masih jauh lagi perjalanan yang boleh diisi dengan ilmu yang bermanfaat..semoga dia kembali berfikir dan merenung tindakan yang telah dia lakukan semula..insyaallah..

selamat malam kawan-kawan blogger semua..mimpikan yang indah2..maaf andai ada terlepas kata bicara yang melukakan hati..selamat malam sekali lagi..assalammualaikum..

-betul atau lakonan semata-mata-

entry berunsur peribadi sedikit..cuma nak luahkan apa yang terbuku dihati..jangan risau tidak ada nama yang akan timbul dan tidak ada blogger yang berkaitan dengan cerita ini..ini hanya untuk tatapan umum sekadar berkongsi rasa dan meminta sedikit petunjuk dan panduan..

nampak sedikit perubahan selepas peristiwa sakit tempoh hari..perubahan yang kecil dapat dilihat..bersyukur sekiranya perubahan itu betul-betul ihklas dan lahir dari hati yang ingin berubah..tapi jika perubahan itu hanya satu lakonan semata-mata untuk mengaburi mata ini maka ianya bukan langkah yang bijak..sukarnya kita nak membaca hati orang kan..sukar untuk menentukan sama ada perubahan itu betul atau tidak..sama ada kali yang entah ke berapa kali peluang diberi itu betul2 digunakan dengan sepenuhnya..

bukan cik sakura tak percaya tapi rasa percaya itu telah lama hilang..fb, ym dan laman web sosial ini betul2 menghantui cik sakura..macam-macam masalah yang timbul dari faktor-faktor di atas..istilah 'rapat' juga cik sakura cuba elakkan dan tak nak dengar langsung..percaya atau tidak mungkin seorang perempuan akan bercakap mengikut emosi tapi kalau mulut dari ADAM sendiri yang bersuara mengenai istilah rapat apa yang boleh cik sakura sangkalkan lagi..rapat antara dua kaum berbeza lambat-laun akan jadi lain juga..begitu yang terjadi pada cik sakura..disebabkan istilah rapat itulah perhubungan yang terbina lama hancur..bukan retak tapi hancur..

sekarang ini cik sakura masih berfikir sama ada ini semua betul atau lakonan semata-mata..selama mana cik sakura harus bersabar..betul ke TUHAN hanya menguji umatnya yang betul dia sayang dan sanggup menerima ujian NYA dengan tabah..tapi sampai bila cik sakura harus diuji..

-beratkah TERIMA KASIH itu-

betapa besarnya nilai TERIMA KASIH itu..kadang-kadang orang terlupa untuk mengucapkan kata azimat itu..atau terlalu berat mahu pun mungkin malu untuk menyebutnya..sedangkan terima kasih itu memberi satu nilai yang sungguh berharga..kenapa masih ada segelintir masyarakat yang amat payah atau sukar untuk menyebut terima kasih..

tahukah anda sekiranya orang memberi pertolongan kepada kita bukan wang atau harta yang mereka harapkan sebagai balasan..tapi kalau kita mengucapkan terima kasih itu sudah cukup buat mereka tersenyum seolah-olah kita betul-betul menghargai pertolongan dari mereka..

tahukah anda apabila seorang emak membuat sarapan pagi, tengahari dan malam dan menunaikan kewajipan dia sebagai seorang ibu..bukan harta atau kalungan emas yang si ibu harapkan tapi sekiranya anaknya mengucapkan kata terima kasih itu sudah cukup membahagiakan mereka..sejuk hati mereka mendengarnya..

tahukah juga anda apabila ayah yang mencari rezeki untuk keluarga dan membesarkan kita dengan memerah keringat dia..bukan kereta mewah yang mereka harapkan sebagai balasan..tapi ucapan terima kasih sudah cukup memewahkan hati mereka..mereka dapat rasakan segala usaha mereka ada yang menghargai..

tahukah juga anda ucapan terima kasih itu amat berharga bagi cikgu-cikgu anda..ilmu yang mereka curahkan kepada kita itu adalah bekal untuk kegunaan kita hingga ke akhir hayat..jadi segala ilmu yang mereka curahkan itu bukan duit yang diharapkan sebagai balasan..dengan hanya ucapan terima kasih yang hadir dalam diri yang ikhlas sudah cukup membuatkan mereka terharu dan mungin bisa mengalirkan air mata kegembiraan..

dengan sesiapa pun kita tak perlu untuk kedekut atau berat mulut nak ucapkan terima kasih..dalam dunia blog sekali pun..saling memberi nak menerima..begitu juga dalam perniagaan jual beli..terima kasih itu perlu untuk urus niaga yang berterusan..betul tak..jadi ucapkanlah terima kasih..tak rugi apa-apa pun kalau kita mengucap ayat itu..selamat malam..

-hadiah kotak merah..-

pen merah, pen biru
u marah, i love u

roses are red, violets are blue
sugar is sweet, and so are u

akibat kelam kabut gara-gara pen merah tadi habis kena gelak..malu pun ada..[entry disini]..ini semua pasal radio bergerak..cik sakura tahu siapa punya kerja ni..siap la nanti..akan ku kerjakan kertas penyelidikkan dia..hah..padan muka..jahat tak cik sakura..mana jahat..baik je..balas sikit je..it's called sweet revenge gitu..ahaks..mana ada cik sakura tipu je..

masuk kelas tadi ada sekotak bungkusan hadiah betul-betul atas meja..ada tertulis nama cik sakura tapi tiada nama pengirim..tapi kan kenapa student-student cik sakura tersenyum-senyum macam kambing..eeee..ok lupakan..2jam sesi pembelajaran bermula dengan serius meski pun dalam hati berteka-teki siapa yang bagi hadiah tu..2 jam berakhir dan kelas macam pasar borong plak..biasa la student nak balik hostel rehat petang-petang..tak pun pergi main bola..tak pun sambung dating..lalala macam cik sakura tak tau kan..

masuk bilik cik sakura buka bungkusan hadiah tadi..nak tahu cik sakura dapat apa..cik sakura dapat 3 pen merah..yeay tak payah beli pen merah lagi..tengok satu hilang tiga yang datang tau..hehe..tapi siapa kah pengirimnya..cik sakura tahu tapi biar lah rahsia..jom balik..penat dah..daaa..


-PEN MERAH punya pasal la-


tadi melilau cik sakura cari PEN MERAH..habis beg cik sakura selongkar..habis fail-fail cik sakura buka takut terselit ke apa ke..maklum la pen merah hanya satu je dalam simpanan..habis bilik cik sakura dikerjakan cik sakura..semata-mata nak cari pen merah sebatang..mana la cik sakura letak ni..puas dah cari tak juga ditemui..hai pen merah janganlah buat hal dengan cik sakura..

betapa pentingnya pen merah pada cik sakura selain pensel..cik sakura jarang guna pen biru..pen hitam kebanyakkan untuk urusan formal..pen merah sangat penting bagi cik sakura..likgu-cikgu sekolah pun  mesti memerlukan pen merah kan..hah sama juga dengan cik sakura..perlukan pen merah untuk menyemak tugasan student cik sakura yang bertimbun atas meja..lepas ni nak keluarkan 'carry mark' diorang pulak..sekarang satu-satunya pen merah yang ada dah hilang..aduh serabut nak cari tapi tak jumpa-jumpa..


jeng jeng jeng..habir 10 minit cari akhirnya jumpa..hah tau cik sakura jumpa kat mana..pen merah sedang sembunyi di dalam beg mekap cik sakura..bila pulak cik sakura letak dalam beg ni..adakah pen merah boleh dibuat sebagai melukis bibir atau sebagai menghias kening..hahaha..lupakan..memang dan serabut ni..jadi nanti kita jumpa lagi..cik sakura nak sambung menyemak tugasan student sekejap..

pesanan penaja: pen merah jangan merajuk lagi ye..kalau merajuk jugak lepas ni cik sakura nak pergi cari pengganti..nak beli banyak-banyak pen merah..hah padan muka..lalalala..

-jujur dan percaya ibarat sekeping kertas-

kalau bayi yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih yang masih suci dan bersih apa kata kalau kita ibaratkan KEJUJURAN dan KEPERCAYAAN macam sekeping kertas yang masih elok dan tiada sebarang contengan langsung..boleh kan..diibaratkan sahaja sebab semua ini hanya gambaran untuk di nilai sebab kita tidak pernah tahu sama ada orang itu jujur atau tidak..atau sama ada kita ini jujur atau tidak..

pernah tak kita bayangkan sekeping kertas yang telah renyuk..macam gumpulan kasar..tak ada orang renyuk kertas dengan sopan santun kan..kalau kita buka balik kertas yang dah direnyukkan itu masih ada terdapat kesan renyukkan mahu pun garis2 halus..dan tidak jadi seperti keadaan asal yang licin dan tiada kesan garis halus..kertas yang telah direnyukkan itu tidak akan jadi seperti keadaan asal..

begitu juga dengan percayanya kita kepada seseorang..sekarang susah nak percaya pada orang..memberi kepercayaan itu mudah tapi menggunakan itu susah..betulkah ianya digunakan dengan jujur atau sekadar lakonan semata-mata..hal itu terserah kepada kawan-kawan semua untuk menilai..cuma apa yang cik sakura nak perkatakan apabila kepercayaan itu telah diberi tapi telah disalahgunakan berkali-kali maka rasa percaya itu sudah hilang..walaupun sudah berubah katanya tapi rasa percaya itu tetap akan hilang..ingat sekali kita memberi kepercayaan itu dan bila ia disalahgunakan rasanya untuk memberi kali yang ke 100 pun belum rasa ianya akan dibalas dengan kejujuran..tapi kalau ada yang menghargai kepercayaan seseorang dan membalas dengan kejujuran maka sesebuah perhubungan itu akan kekal untuk selamanya..insyaallah..

-coretan dari pena yang terluka-

Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu


Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi


Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa

~BERTEMAN SEPI nyanyian ERRA FAZIRA....

p/s: mood yang memang tiada lagi..tolong kembalikan mood balik..hati tolong tabah ye..


-tolong..tomato dan timun dah hilang-



tolong! tolong !..rumah cik sakura ada pencuri..tapi barang2 berharga tak hilang pun..yang hilang hanyalah TOMATO dan TIMUN..hehehe..tak hilang pun sebenarnya..alkisah..baru ahad lepas cik sakura membeli-belah barang dapur..tomato dan timun ni wajib ada..untuk apa ye..jeng jeng jeng..untuk makan la..yumyumyum..tapi kadang-kadang bukan sahaja untuk dimakan tapi dijadikan bahan kecantikkan kulit..timun ini boleh mengurangkan kesan lingkaran hitam bawah mata..tomato boleh menghaluskan kulit wajah dan badan..banyak lagi kelebihan timun dan tomato ini..kadang-kadang tak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk menjaga kecantikan..kan dah dapat berjimat..sekarang cik sakura nak manjakan diri sekejap..hehe..jumpa lagi dan selamat malam..

shhh..jangan tegur..hehehe..


-hati panas siram je air panas-


ahaks..jangan siram-siram..nanti melecur badan..cuaca sejuk sekarang..hujan turun dengan lebat..cik sakura baru habis kelas..tapi pukul 2 nanti ada kelas lagi..nampak gaya memang cik sakura tak keluar makan tengahari..sarapan pun tak sempat..

hati panas..panas sikit tapi masih dapat kawal depan student cik sakura..sejak kebelakangan ini mood cik sakura agak mendung..nak kata hormon terkurang atau terlebih itu cik sakura kurang pasti..kenapa..asal marah je sebab hormon ke..lalala..mungkin cik sakura penat kot..banyak kerja yang masih tertangguh dengan program-program yang harus dilaksanakan..

cuaca sejuk-sejuk macam ni elok minum sesuatu kan..pagi dah minum teh jadi sekarang nak minum kopi plak..jarang minum kopi tapi kat pantry ada kopi dan baunya amat menyelerakan..hehehe..jemput minum dulu ye..


-sedapnya..sejuk tak terkata-

ahaks..betul ke cik sakura yang buat entry ini..jangan pikir bukan-bukan..cik sakura dan kawan-kawan tengah tension dengan thesis yang masih tergendala..data belum dianalisis satu pun..pertengahan tahun dah nak kena bentang..tapi banyak kajian belum dilakukan..dan setengah hari kami bertungkus lumus menyiapkan susunan data..akibat terlalu pening dengan kami memang nak berhenti..tak nak buat lagi..biarkan dulu..hehe..kawan cik sakura beli ais krim vanilla dan coke..memang sedap..campur dua2..terasa seperti menikmati air di A&W..sambil tu layan brownies..






-undang-undang pelik dan lucu-

  • hukuman bagi pencuri kuda di Florida adalah gantung sampai mati..
  • rakyat Florida tidak dibenarkan kentut di tempat awam selepas pukul 6 petang pada hari khamis..
  • di Georgia, pemilik kedai hanya dibenarkan menukar pakaian pada patung hiasan selepas langsir diturunkan..<patung tu pun malu kot..>
  • di Quitman, ayam di larang melintas jalan..<kucing boleh tak..hehehe>
  • di Chicago, seseorang dilarang memakai baju tidur ketika memancing..
  • di Kentucky, seseorang boleh ditangkap jika tidak mandi dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun..
  • di Louisiana, adalah menjadi kesalah sekiranya perompak menembak kerani bank menggunakan pistol air..
  • wanita di Vermont yang ingin memakai gigi palsu mesti meminta kebenaran bertulis dari suami terlebih dahulu..
  • di Montana, perbuatan isteri yang membuka surat suami adalah jenayah..
  • di Nebraska, individu dilarang berkelah di tempat yang sama dalam tempoh sebulan..
macam-macam kan..sumber dari UTUSAN..

-kalau aku boneka-

kalau aku boneka aku tak akan ada perasaan
tak akan rasa sakit
tak akan rasa nak menangis
tak akan rasa kecewa
tak akan rasa tidak dihargai
tak akan rasa marah
tak akan rasa putus asa
tak akan rasa penat dengan segala penipuan

tapi aku bukan boneka
aku tetap menangis untuk semua itu
aku tetap tersenyum untuk semua itu
dan aku akan berpura-pura bahagia untuk semua itu
aku tak perlukan belaian manja macam patung
aku tak perlu wang berjuta-juta
aku tak perlukan emas permata
aku hanya perlukan kejujuran dan kesetiaan yang tak mampu kau beri..
dan kau gembira bila aku menangis
jadi layakkah kau bergelar seorang MANUSIA..

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !


MR BEN buat segmen lagi..mari pakat-pakat memeriahkan segmen ini..tapi kalau tak ada promosi pun segmen MR BEN senantiasa mendapat sambutan..tak gitu MR BEN..barang siapa yang berminat nak join atau terjah segmen ni macam biasa tekan nama MR BEN ..ingat tarikh tutup tepat pukul 12 malam ini..

kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika bersama ibu..
cik sakura panggil ibu cik sakura mama..hello mama..hehe..sangat berharap dapat jadi mama..walaupun orang cakap manusia tidak sempurna tapi mama adalah seorang yang sangat sempurna bagi cik sakura..mula-mula mesti lah kenangan manis..mama tak pernah tolak bila cik sakura cakap mama adik nak dress macam ni macam tu..mama akan sedaya upaya tunaikan permintaan cik sakura..masa kecik-kecik dress kembang-kembang macam budak flower girl tu menjadi kegemaran cik sakura..hehe..mama kreatif..mama yang buatkan dress untuk cik sakura tau..tengok kecik-kecik dah demand nak berfesyen..kenangan yang pahit bila pasu kesayangan mama pecah..bukan satu tau tapi dua..cik sakura, abang dan kakak main kejar-kejar..ala budak-budak..main tak ingat dunia..sekali terlanggar pasu mama..hah ada duit ke nak ganti..mama memang sayang kat pasu tu tapi tahu tak mama cik sakura cakap apa "pasu boleh cari lain tapi kalau jadi apa-apa dekat  anak-anak mama takkan ada gantinya lagi''..touching tak..lepas dengar je mama cakap macam tu kitorang adik-beradik janji tak main kejar-kejar dalam rumah lain..hehehe..dan paling manis sehingga saat ini adalah saat bersama shopping dengan mama..dan mama sumber inspirasi untuk cik sakura untuk terus berjaya..(dah lebih 100 patah perkataan tak MR BEN)

antara ibu dan ayah, siapakah yang anda lebihkan?
MR BEN..ee memang nak kena rotan ni..soalan apa ini..takpe cik sakura jawab jugak..hehehe..papa dan mama adalah orang yang sangat penting untuk cik sakura..jadi tak ada yang kurang dan tak ada yang lebih..tanpa mama tak mungkin cik sakura ada di dunia ini dan tanpa papa maka nama cik sakura tak dapat di 'binti' kan..itu penting..ingat sehebat mana pun nama kita tetap  ber 'bin' atau ber 'binti' dengan nama ayah..tak kesah ke a/l atau a/p..semua ada nama ayah kan..kalau bab peribadi lebih kepada mama..lelaki kalau cerita peribadi ini susah sikit..betul tak MR BEN..papa lebih kepada kerjaya dan pendidikan serta soal pengurusan wang..hehehe

apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ? 
memang sangat tak wajar..walaupun sekarang ada rumah orang tua mewah..macam rumah persinggahan mewah..first class ok..macam duduk kat hotel..tapi sangat tak wajar..ibu bapa kita boleh bela anak sampai tujuh orang tak kan seorang anak tak boleh bela mak ayah kan..ala cik sakura cakap je senang..hello..tu mak ayah kita..apa perasaan kita kalau masa kecik-kecik kita di hantar terus ke rumah anak yatim sedangkan kita masih ada ibu dan ayah..hah macam tu la perasaan ibu bapa kita..masih ada anak tapi mereka di hantar ke  rumah orang tua..pernah ingat tak setitis air mata ibu mengalir itu dikira dosa..(alamak terlebih sudah)

pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka..
perlu ke..harta tak boleh dibawak masuk dalam kubur..kalau dapat masuk pun tak kan boleh guna..akan reput macam badan kita juga..ingat tu..harta pusaka tak boleh dibawa main..hukum tetap ada..tak perlu berebut sebab akan berlaku persengketaan sampai ke mati..sebab harta nak putus keluarga..ibu bapa kan dah beri kita bekalan pendidikan yang cukup jadi gunakan pendidikan yang ada untuk cari harta sendiri..cuba orang rampas harta kita setelah berusaha sampai ke titis keringat terakhir..marah tak..ish2..(TAMAT)

-perlu ke..nak tanya ni..perlu sangat ke-


perlu ke nak marah-marah..perlu ke nak tinggi-tinggi suara..perlu ke pura-pura marah supaya orang rasa bersalah..perlu ke nak tunjuk tanda protes..perlu ke nak keluar sifat panas baran tu tiba-tiba kan..perlu ke untuk semua itu..perlu ke..bila tembelang dah pecah perlu ke berpura-pura jadi pelakon terhebat..

kalau tak buat orang tak cakap..kalau tak salah tak perlu takut..kalau bukan mulakan dulu pun tak perlu rasa gelisah..tanya elok-elok bukan main serbu je..tapi kenapa perlu balas dengan nada suara yang tinggi..kenapa perlu nak marah pulak..kan tanya baik-baik..penuh sopan dan tata tertib serba serbi lengkap..kenapa perlu rasa gelisah bila diajukan soalan..perlu ke..tak perlu takut kalau memang diri tu jujur..

inilah sedikit tanda-tanda bagi seorang PENIPU..mata dia sendiri menunjukkan dia penipu..kenapa nak takut kalau tak bersalah kan..pura-pura marah konon..itu semua taktik lama..tolong guna taktik lain ye lain kali..lagi pun seorang penipu akan lupa pada penipuan dia dan bila kita dapat tahu penipuan dia selama ini dia akan pura-pura marah..seorang penipu menutup kesalahan dia dan tidak mementingkan mana yang benar atau mana yang palsu..sedangkan orang yang ditipu memerlukan kebenaran yang hakiki..

-tepukan yang menyeksakan hati sebenarnya-

selamat petang..baru balik dari majlis di tempat kerja..alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar dan seperti yang diharapkan..kira terbalas juga penat lelah selama ini..sebagai penutup majlis ada sesi persembahan dan ahli jawatankuasa majlis..persembahan yang tidak dirancang dan memang tiada dalam aturcara majlis..ni sape yang pandai tokok tambah ni..ish..memang nak kena..nak tak nak kena jugak buat persembahan secara spontan..

tak kan nak berlakon pulak..tetiba ada permintaan untuk menyanyi..siap bagi lirik lagi..memang saja kan kawan-kawan diorang..tak patut pun..tapi nak tak nak nyanyi la jugak..walaupun rasanya ianya lagu lama..jadi nyanyi la si 'kawan' ini dengan terkulat-kulat..selepas habis nyanyi si 'kawan' ini mendapat tepukan dari para tetamu yang hadir..tapi tahukah mereka tepukan itu tidak memberikan apa-apa..yang dalam hati hanya berdoa supaya jangan la hujan turun..hehehe..eh macam mana cik sakura hati si 'kawan' itu..rahsia..

ni ada lirik lagu tadi..siap dengan backup singer lagi..hati memang bertambah geram si 'kawan' itu..ianya telah dirancang..ish2..

 --------------------------------------------------------------
Tak sanggupku berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kepahitan semalam
Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan

Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andainya dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang
Itulah umpama kisah silam
Usah diungkit sengaja dibesarkan
Demi menutup kesilapanmu
Demi memohon kemaafanku

Tertutup sudah pintu hatiku
Tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun berpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan

Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi kita berdepan
Lebihlah elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan

  
Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah makin tebal kebenciaanku
Serta marahku tiada berkesudahan
Biarlah aku menanggung sendiri
Segala dosa kerana membencimu
 --------------------------------------------------------------

haha..ni tajuk lagu tu USAH DITAMBAH BARA YANG TERSIMPAN nyanyian asal ELLY MAZLIEN..memang saja kan..sebenarnya si 'kawan' itu adalah cik sakura sendiri..akibat menyanyi sorang-sorang dalam kereta tempoh hari cik sakura telah menjadi mangsa..ingat diorang tidur rupa-rupanya sempat pasang telinga..memang tak patut..ish..walaupun cik sakura dapat tepukan dari hadirin hanya senyuman yang mampu cik sakura balas di luar tapi di dalam hati ini macam lirik lagu di atas..lalala..cik sakura nak rehat kejap..daa..

p/s: papa pesan jangan berdendam dengan orang atau terlalu membenci..jadikan pengalaman sebagai pengajaran..point taken papa..


-bila bulan tiada serinya lagi-


malam ini cik sakura teringin nak bermadah pujangga..boleh tak..tak boleh pun kena cakap boleh jugak..puisi yang tidak seindah bahasa..hanya sekadar coretan dari hati yang sepi..ditemani cahaya dari lilin yang berbau vanilla..terasa keharuman menusuk hidung dan amat segar seperti menikmati ais krim vanilla di malam hari..sejuk dingin dari penghawa dingin betul-betul terasa hingga ke tulang mungkin ter'set' 15 darjah celcius..sejuk tu..ish..memang mengarut cik sakura..

bulan memang ada..tapi tak nampak sebab dah dilitupi awan..barang kali nak hujan agaknya..kelam je nampak diruang udara tanpa dihiasi bintang-bintang di kaki langit..mana serinya bulan..bulan kan idaman sang pujangga..kalau tidak masakan ada pepatah MASAKAN PUNGGUK MERINDUKAN BULAN..ya pungguk sering rindukan bulan tapi adakah bulan membalas rindu itu..ahaks..

sudah..hentikan segera cik sakura..hehehe..cik sakura dah mengantuk..esok ada majlis yang memerlukan komitmen yang tinggi..jadi kena tidur awal..pagi2 lagi cik sakura akan tercegat dekat dalam dewan itu..nak pastikan segala-galanya berjalan dengan lancar..cuma nak cakap hai si pungguk lupakan bulan..sebab awak dulu pernah menduakan bulan..awak memilih keindahan matahari yang bagi awak cukup bersinar seketika sampai terlupa bulan yang awak puja..dan sekarang matahari itu telah 'memakan' cinta awak..kini jangan rindukan bulan itu..sebab belum tentu bulan nak rindu awak setelah awak dah gelapkan bulan itu dengan kata dusta2 awak..selamat malam..


-payung is umbrella-


umbrella is payung..hehe..ala semua tau umbrella tu apa kan..lalala..payung dan umbrella adalah benda yang sama..tapi sekarang cik sakura amat memerlukan payung..nak PAYUNG..tolong..

sekarang tengah hujan lebat..cik sakura nak balik tapi tak boleh nak redah hujan..habis nanti kertas ujian student cik sakura basah..dah la cik sakura park kereta jauh..jadi sekarang dekat fakulti tempat student-student buat perbincangan..duduk sorang-sorang ni..dah boleh buat statistik berapa ramai yang memakai baju kurung dan baju melayu di hari jumat ini..hah..nampaknya tak sampai 10% budak lelaki memakai baju melayu dan lebih kurang 25% budak perempuan memakai baju kurung..satu perangkaan yang jauh berbeza daripada hari-hari yang lain..mungkin lepas ini budak-budak lelaki akan menyarung baju melayu untuk menunaikan solat JUMAAT kan..

jadi sekarang sudi la kiranya sesiapa sahaja yang sudi meminjam payung untuk cik sakura..nak balik..takut dengar bunyi guruh dan kilat ni..hehehe..pernah dengar tak peribahasa ini..
"love to walk in the rain because no on can see me cry.." 
-i love too but not now-

-mana dulu..telur ayam ke ayam-


hah..ini soalan lama yang saja cik sakura nak tulis..cuba kawan-kawan fikir antara telur ayam dan ayam sape yang dulu..kalau telur ayam dulu habis mana datangnya kalau tidak dari ayam..dan kalau ayam dulu mana datangnya ayam kalau tidak dari telur ayam..hah..pusing-pusingkan jawapan anda..sebab memang tak akan ada jawapan..balik-balik dan pusing-pusing akan terus memeningkan kepala..ini lah kejadian TUHAN..

apa yang cik sakura nak sampaikan adalah kita jangan lupa asal usul kita..sehebat mana pun kita sepandai mana pun kita setinggi mana pun taraf kita jangan sesekali melupakan siapa yang melahirkan kita..asal-usul kita..itu kena ingat..tanpa mereka kita tak akan dilahirkan di muka bumi yang indah ini..tanpa mereka belum tentu kita wujud di dunia ini..jadi kenapa harus lupakan asal-usul kita..tak kan kita nak menidakkan kehadiran mereka pula..kenapa perlu menyembunyikan asal-usul keturunan sendiri..walau siapa pun kita ini tetapi tanpa mereka kita hanya seorang insan yang KOSONG jiwanya..hargailah mereka..

hah cepat..mana dulu ayam ke telur ayam..jeng jeng jeng..



ni jawapan cik sakura..jeng jeng jeng..


tak kisah siapa dulu pun janji kita tak lupakan asal-usul kita kan..tapi sekarang cik sakura tak nak makan telur ayam tapi nak makan ayam goreng KFC..lapar la..dari pagi tak makan lagi..kawan-kawan ajak makan tepi pantai..yeay..pergi dulu ye..jumpa lagi..


-hatiku kau guris lagi-

ayat yang agak mencucuk hati dan jantung tak..hehe..kalau tak cucuk tu agaknya cik sakura yang terasa..ahaks..tak adanya cik sakura nak bercerita pasal hati dan soal cinta ini..walaupun rata-rata blogger tau rasanya tajuk 'CINTA' agak popular menjadi tatapan-tatapan para pengunjung blog..soal hati dan cinta ini ada 1001 satu persoalan mahu pun jawapan..lain orang lain jawapan..itu sebab cinta dan soal hati ini terlalu subjektif dan bukan objektif..subjektif di sini bermaksud ada pelbagai jawapan yang boleh diberi dan tanpa had batasan untuk bersuara..tapi kalau objektif itu kita diberi pilihan jawapan dan pastinya kalau ada salah satu pilihan itu menyatakan lain-lain jawapan seperti di atas ramai yang akan pilih..kita kan masyarakat terbuka..masing-masing berhak suarakan pendapat..tak gitu..

sebenarnya apa yang cik sakura ingin perkatakan ini hanya sedikit ingatan masa lalu cik sakura..dan bila dipikirkan ianya agak menyakitkan hati..dan secara tidak langsung akan ada air mata yang keluar..betul juga kata orang sampai bila nak hidup dengan kenangan lama lagi-lagi yang terlalu menyakitkan hati..tapi benar atau tidak, kita boleh belajar dari pengalaman..pengalaman yang akan mematangkan diri kita dan menjadi lebih baik dari sebelum ini..kenapa nak hidup dengan dipenuhi kenangan silam..pasti akan mengguris perasaan tak banyak pun sedikit mungkin..

tapi bila kita duduk seorang diri kita mesti akan teringat kenangan lalu kan..kenangan yang mengusik jiwa..dan kenangan itu tak akan terpadam sampai bila-bila..kalau indah maka gembira la hati tapi kalau sebaliknya maka suram la dunia sekita..kejap..cik sakura tan nak duduk sorang-sorang lagi..nanti hatiku terguris lagi..hehe..nak masuk kelas dah..jumpa lagi..owh ye jangan lupa lunch ye..bye2 semua..


segmen bersama puanbee.com


hehe..cik sakura berminat untuk turut serta dalam segmen puan bee ni..nama puan bee tau bukan lebah..opss..sorry puan bee jangan sengat cik sakura tau..nanti lebam seminggu tak hilang..nak kata cik sakura baru dalam dunia blogger pun boleh jugak la..cik sakura rasa dan confirm cik sakura ada kelemahan dalam penulisan blog ni..jadi tak salah sekiranya cik sakura meminta jasa baik puan bee untuk review blog yang tak seindah mana ini..jasa puan amatlah cik sakura hargai..akhir kata jangan sengat cik sakura ye..hehehe..gurau je..ni syarat-syarat dari puan bee..dan kalau ada kawan-kawan yang berminat untuk turut serta boleh tekan nama PUAN BEE ..

Syarat penyertaan adalah :
1- Terbuka kepada follower puanbee.com sahaja.(cik sakura dah follow..hehehe)
2- Buat satu entry bertajuk “segmen bersama puanbee.com”(siap)
3- Letakkan banner di atas dalam post dan juga di sidebar..(berjaya..seterusnya..)
4 -Tulis je lah apa-apa pun dalam post tersebut tak kisah..(nak tulis apa ye..pikir dulu..eh dah tulis pun)
5 – Yang paling penting korang setuju untuk bee menyentuh apa-apa sahaja yang bee rasa perlu di betulkan dalam blog korang.Kalau tak setuju baik jangan demi kesejahteraan bersama..(tak kesah pun janji dapat perbaiki blog cik sakura..)

-kerana terluka-

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menentukan…

Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali ku melangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian

Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang…

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya…

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahi jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa


p/s: antara awak dan saya terdapat jurang yang sangat besar dan tembok yang tak akan runtuh sampai bila2..ini yang awak pinta dan ini juga yang saya tunaikan..haluan awak dan saya terlalu berbeza..tetapi saya tetap mendoakan untuk awak berjaya dan berbahagia..itu sahaja..dan kalau awak baca pun itu hak awak..terpulang sebab apa yang saya lakukan kini adalah dari permintaan awak dahulu..yang saya zahirkan di sini hanya sekadar kata-kata kosong yang lahir dari hati yang dah lama hancur..saya tak nak jumpa awak lagi walaupun bayang-bayang awak sekali pun..maafkan saya..sekian..


-antara ros dan carnation-

dalam hidup kita ni mesti kena buat pilihan..tak ada yang tak kena pilih..nak makan pun kita pilih lauk kan..nak masuk universiti pun kita pilih kan..nak pakai baju pun kena pilih jugak..takkan nak pergi majlis formal pakai t-shirt dan seluar pendek..rata-rata kena pilih..pilih jangan tak pilih..dan ini dinamakan opportunity cost atau kos lepas..di mana salah satu pilihan yang kita lepaskan itu dinamakan kos lepas..hah..dah keluar syarahan cik sakura..hehe
 
sebenarnya cik sakura telah diberi pilihan sama ada untuk memilih bunga ros atau carnation..untuk majlis hujung minggu ini..jadi cik sakura terpaksa membuat keputusan..dua-dua bunga ni kan nampak cantik..just nice untuk diberi tetamu VVIP ini..hah..maklum la bila dah jemput tu kena hadiahkan sejambak bunga tanda penghargaan kan..kawan-kawan suka bunga apa plak..jom kita cuci mata kejap..







warna merah atau pink..dua pilihan juga harus dibuat..sebab VVIP ni suka bunga warna ini..hah..orang dah suka tu kita bagi je la kan..yang penting ikhlas dan kita tau apa yang dia suka..esok cik sakura nak pergi tempah bunga sekali dengan dekorasi dewan..majlis ni untuk golongan HAWA sahaja..sebab tu banyak warna-warna pink..golongan ADAM duduk rumah ye..jaga anak..hehehe..

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


hola-hola..cik sakura join segmen MR BEN ni..ini untuk kali kedua cik sakura turut serta dalam segmen MR BEN..jadi sesiapa berminat boleh lar turut serta..nak join klik je nama ni..BEN ASHAARI..owh ye cik sakura berasal dari SELANGOR..tapi sekarang bukan kat selangor pun..sedih2..jauh dari mama ngan papa..opsss..ni bukan mukadimah menyayat hati tau..

latar belakang cik sakura
seorang yang biasa je..ada abang dan kakak..jauh dari family..sekarang ni pun memang tak tinggal dengan family..masing2 sibuk dengan kerjaya..so mama papa honeymoon di rumah sekarang..bila cuti baru dapat jumpa..sedih lagi kan..lalala..mr ben nak tisu..hehehe

profession cik sakura sekarang
sekarang cik sakura seorang tutor di salah sebuah universiti tempatan..mengajar subjek yang student cakap 'killer subjek'..sebab apa sebab kalau subjek ni tak lulus alamatnya kena repeat dan repeat sampai lulus..kalau markah subjek ni tak best akan terganggu CGPA diorang..hah takut tak..takut kan..lalala

blog favourite cik sakura dan kenapa..
banyak yang cik sakura suka..salah satu nya blog MR BEN..hah ni bukan bodek tau..tapi betul..entry yang simple dan memberi pengajaran..cik sakura paling suka bila MR BEN ibaratkan aurat perempuan dengan gula-gula..jangan salah paham tau..tapi betul juga aurat perempuan sangat penting bagi seseorang muslinah..antara dua gula-gula yang dibaling mesti orang pilih yang masih ada pembalutnya..takkan nak pilih yang dah xde pembalut..kan melekat kotoran..macam tu dengan perempuan..aurat yang tertentu hanya untuk suami..eh dah bagi ceramah plak..lagi satu cik sakura minat baca blog  ARDINI HUMAIRA..simple jugak..comel entry dia..comel bagi pandangan cik sakura..banyak lagi yang favourite..macam story mama kembar 3, red mummy, blog MJ dan lain-lain lagi..

blog yang cik sakura tak suka nak masuk dan kenapa??? 
ada satu blog ni..tak perlu cik sakura nyatakan..bagi pandangan peribadi cik sakura tak perlu nak jatuhkan maruah seseorang sampai di blog..blog untuk tatapan umum.. lain la kalau untuk tatapan dia sahaja..mengaibkan orang itu kan budaya yang tidak sihat dalam blog..blog yang cik sakura cakap ni bukan blog artis atau hiburan tau..bukan2..

impian cik sakura terhadap blog..
hanya satu impian cik sakura..blog cik sakura dapat tandingi blog MR BEN..hahaha..no gurau je..impian cik sakura hanyalah menjadi sebahagian blogger-blogger di luar sana..itu sahaja di samping dapat menambah ilmu pengetahuan dan berkongsi pengalaman..ayat budak sekolah tak..hehehe..yeay..dah siap..


-kuih-muih untuk santapan satu hari-

asal masuk tengahari je nak cerita pasal makanan..kawan-kawan mana pilihan kawan-kawan..antara yang tak digoreng atau yang telah digoreng..nama tetap sama POPIA..tapi dua benda yang berlainan..satu guna minyak satu tak guna minyak..jap ni bukan blog masakan tau..hah jangan salah sangka ye..



tapi kan tadi cik sakura nampak benda lain jugak..nampak samosa dan wantan goreng..dah lama tak makan wantan goreng..yumyum..ni semua nafsu belaka ni..tapi cik sakura beli jugak..sedap, teringin dan kempunan..kan xpasal-pasal cik sakura nyanyi satu lagu wajib..batu belah batu bertangkup, makan la aku telan la aku, aku kempunan wantan goreng..hehehe..boleh ke macam tu..gurau aja..ni makanan cik sakura untuk pagi sampai petang nanti..semua makanan berminyak kan..ish2..tapi sekali sekala je sebab lepas ni dah tak kuar makan dah..tunggu malam je nanti..



tapi kalau dah makan benda-benda yang berminyak ni kena la minum air kan..jadi cik sakura cadangkan minum la air teh campur sedikit lemon..sedap..ianya dapat memberi kesegaran disamping dapat mengurangkan kadar kolestrol yang kita dapat melauli minyak-minyak tu semua..orang cakap lawan balik apa yang kita makan yang mengandungi minyak-minyak tu..pecahkan minyak sebelum terlambat..ahaks..jumpa lagi..