entry ini adalah ucapan penghargaan untuk PUAN BEE di mana puan bee dah review bolg cik sakura ini..masih banyak yang perlu cik sakura pelajari untuk menjadi blogger yang terbaik..bukan terkenal tau..adalah mustahil untuk melawan MR BEN ya..tengok jumlah follower MR BEN sendiri pun berkali-kali ganda dari follower cik sakura..hehe..tapi kepada follower cik sakura makasih banyak2 kerana sudi follow blog MELODY OF MY LIFE..terima kasih sekali lagi untuk puan bee..hehe..
banyak juga ulasan dari PUAN BEE untuk cik sakura..ni pun cik sakura masih memperbaiki mana yang patut..almaklumlah masih setahun jagung lagi dalan dunia blog ini..entry pun tidak seberapa bagus..cuma ada satu persoalan dari cik sakura mengenai KOMEN..pada mula cik sakura memang memilih sesiapa sahaja untuk menghantar komen pada cik sakura di blog ini tapi dalam masa sehari dua cik sakura tukar kembali kepada yang anda lihat sendiri..bukan apa cik sakura tak nak ada anasir-anasir luar cuba menconteng blog cik sakura..ini berdasarkan pengalaman kawan-kawan cik sakura sendiri..dan cik sakura sendiri pernah terlihat cara ANONYMOUS/TANPA NAMA ini bersuara..ada yang baik tapi ada juga yang buruk..
jadi..cik sakura nak tanya pandangan kawan-kawan..nak cik sakura letak macam biasa atau setting balik komen cik sakura pada sesiapa sahaja..lagi pun cik sakura tak nak susahkan sesiapa yang datang ke blog cik sakura ini..macam restoran jugak la..mana ada pemilik restoran susahkan pelanggan..dan lagi satu 'customer always right'..cuma di sini cik sakura hidangkan entry dan bukan makanan..jadi apa pandangan kawan-kawan cik sakura di luar sana..nak kotak komen yang biasa atau kotak komen yang baru di mana sesiapa sahaja boleh hantar komen..
gambar dari blog PUAN BEE..
dan akhirnya cik sakura memilih untuk menerima kehadiran anonymous dengan hati yang terbuka..terima kasih kepada yang memberi pendapat..rata-rata mengatakan anonymous ini perlu..betul jugak..pandangan orang lain itu penting untuk memperbaiki blog dan memperbaiki entry kita kan..terima kasih daun keladi..semoga kita berjumpa lagi..
hee takpe bg peluang pada cik anon tu komen agak sakit hati nanti remove jer..
ReplyDelete@puanbee
ReplyDeletehehe..cik anon ye..nanti ada lar tu..