tadi mesej dengan mama..dan cik sakura cakap cik sakura ok..mama tak tahu cik sakura masuk hospital..cik sakura tak nak mama papa risau..cik sakura pun dah pesan dengan abang dan kakak cik sakura supaya jangan bagitahu mama papa..bukan apa bila mereka risau takut perjalanan mereka di sana terganggu di sebabkan cik sakura..
sekarang abang cik sakura ada kat sini..baru sampai petang tadi..macam superman plak..baru je call buka mata abang dah ada kat tepi..buat kawan-kawan bloggers cik sakura terima kasih doakan cik sakura. cepat sembuh..sakit sikit..tapi masih boleh menulis dalam blog..cuma cik sakura tak dibenarkan keluar lagi..jadi kepada kawan-kawan semua jangan risau ye..
cik sakura nak tanya satu soalan..wajarkah cik sakura menipu mama papa dalam keadaan begini..mama papa terlalu jauh dengan cik sakura..dan membilang hari untuk pulang ke tanah air..cik sakura tak nak diorang risau..biarlah mama papa beribadat dengan tenang..tapi cik sakuta tak boleh tipu mama..suara mama tadi lain..opss..kawan-kawan WAJAR atau TIDAK WAJAR tindakan cik sakura ini..
cik sakura tak menipu..tu namanya helah..helah dan menipu tu berbeza..menipu dapat dosa, helah x :)
ReplyDeletekalau kite, kite pon tak nak mak abah kite risau, huhuhu
ReplyDeleterasanya lebih elok biarkan mama dan papa cik sakura beribadat dengan tenang dulu yer. Tapi nanti kene juga beritahu kat mereka. Mereka wajib tahu juga. Selalunya naluri seorang ibu tu boleh merasakan kelainan pada anak mereka. Begitu juga dengan ibu saya, saya tak boleh nak sorokkan apa-apa darinya, dia macam tahu tahu je..hehe
ReplyDeletecik sakura msuk hspital?? teruk x?? for me, its okay la wt mcm tu sbb kita ada alsan munasabah.. org tua ni snsitif skit.. tkut diorang risau trlmpau plak klau cik skura gtau ad kat hspital..
ReplyDeletecik sakura msuk hspital?? teruk x?? for me, its okay la wt mcm tu sbb kita ada alsan munasabah.. org tua ni snsitif skit.. tkut diorang risau trlmpau plak klau cik skura gtau ad kat hspital..
ReplyDeleteboleh jd wajar dan juga tidak
ReplyDeletekalo sy,wajar kot
allah fhm niat kite
tp nt dorg blik cik sakura ckp la elok2 ngn parents,bg reason sekali
xperlu tipu..xperlu ckp..
ReplyDeletemaksudnyer lau mak xtanya duk hospital ke..rasanya xperlu ckp..sbb risau dia akan risaukan kita..ibu kan..
bagi akk wajar , nanti diorang risau pulak tak boleh fokos .. nanti sakura keluar lah kan sikit je kan .. moga cepat sembuh yeee
ReplyDeleteterima kasih semua atas pendapat yang diberikan..cik sakura amat hargai pendapat dan pandangan kalian semua..terima kasih banyak2..kalau ada salah silap dari cik sakura ampun maaf dipinta..
ReplyDeletekalau diikutkan lebih baik cik sakura inform je keadaan cik sakura kpd ibu bapa cos buat masa sekarang hanya doa mereka yang cik sakura perlukan...kalau cik sakura tak inform & mereka dapat tau mesti lagi sedih cos maybe mereka akan anggap cik sakura membelakangkan mereka
ReplyDelete@Golden Rose
ReplyDeleteterima kasih golden rose atas pendapat itu..cik sakura dah semakin pulih..bila mereka sampai di tanah air cik sakura akan cerita keadaan sebenar..bukan nak membelakangkan mereka cuma tak nak mereka terlalu risaukan cik sakura..itu sahaja..terima kasih sekali lagi dari cik sakura..