-KAU buat AKU MARAH-

orang selalu cakap lebih baik diam dari terus bersuara..walaupun diam itu hanya untuk menyelamatkan keadaan namun ada juga yang mengambil kesempatan di atas kesempitan yang dialami oleh seseorang..ini mungkin disebabkan perasaan dengki dan cemburu..argh manusia..tidak perlu untuk belajar tinggi-tinggi untuk mendapat phD..ya PERASAAN HASAD DENGKI..adakah perasaan ini satu yang boleh diambil positif atau ianya memang tergolong dalam kumpulan negatif..bagi situasi yang dialami sekarang mungkin dalam golongan negatif..

hebat bukan..bila mengalirkan air mata itu dikatakan PELAKON AIR MATA..wah sungguh lantang ia bersuara..tahukah beliau untuk mengalirkan setitis air mata bukan mudah..namun jika hati sudah terusik dan sudah luka dan disiram dengan cuka dan dilumuri garam pasti hati itu sakit dan pedih..maka mudahlah air mata membasahi pipi..adakah disebabkan luka dihati dan air mata mengalir keluar akan digelar pelakon air mata..itu tidak patut..

kenapa nak rasa bersalah kalau diri tak bersalah..hah..fikirkan sendiri..kenapa takut untuk menyebut nama TUHAN jika betul mulut dusta itu tidak pernah menyebut kata-kata dusta..argh..sungguh pandai bermain kata-kata ya..menjadi penyedap dalam perbincangan walaupun kata-kata itu dusta..memang hebat..orang lain dikatakan kan hipokrit dan pelakon tapi yang menabur fitnah itu hendak dipanggil apa pula..

apa yang terjadi dah pun terjadi..terima kasih atas segalanya..untuk menerima memang tidak..terima kasih juga atas tuduhan yang diberi..kesian pada mereka yang teraniaya..terima kasih juga sebab tidak matang dan perangai seperti kebudakkan..walau apa-apa pun setiap yang berlaku mesti ada balasan..hanya tunggu dan lihat..walaupun hati sakit namun hati akan tetap terus berdoa dan berdoa..semoga akan ada penyesalan yang tak sudah nanti..saat itu kita tengok orang itu lah PELAKON AIR MATA YANG HIPOKRIT DAN PENDUSTA..sekian..


4 comments:

  1. http://designaku.blogspot.com/

    jom jemput singgah, dan jangan lupe untuk follow yee .. thanks ..

    anyway !
    nice your blog, i like .. :)

    ReplyDelete
  2. nak kena sebak syahdu sayu pilu dulu baru leh ngalir air mata kan :D

    ReplyDelete
  3. @Onitsuka_hana
    geram jangan tak geram..

    @Afendy
    ok..nanti cik sakura singgah ye..

    @Ardini Humaira
    betul tu..

    ReplyDelete