jauh disudut hati cik sakura tersimpan seribu satu kenangan pahit..ye hidup cik sakura sebenarnya penuh dengan duri ranjau..sukar untuk mendapat sesuatu kebahagiaan..dari dulu lagi..cik sakura perlu bersusah payah dahulu untuk memperolehi sesuatu yang dihajati..walaupun berada dalam keluarga yang boleh orang kata nak apa je akan dapat namun papa tak pernah memanjakan anak-anak dengan wang ringgit semata-mata..tapi cik sakura bersyukur walaupun payah kehidupan yang cik sakura hadapi dan lalui masih ada yang boleh cik sakura tersenyum dipenghujungnya..alhamdulillah..
soal jodoh..jauh disudut hati cik sakura ini masih ada cinta buat seseorang yang terlalu banyak melukakan hati seseorang..ye cik sakura akui sukar untuk melupakan cinta itu namun cinta itu telah pergi dan kehidupan harus diteruskan..yang pergi biarlah pergi kan..jangan dikenang atau ditangisi..walaupun hampir ke satu tahap perhubungan yang dibina tapi kalau TUHAN berkata tidak maka tidaklah..mungkin ini takdir yang telah tertulis..
jauh disudut hati cik sakura masih tersimpan sayang terhadap seseorang..biarlah cik sakura yang mengetahui..banyak perubahan yang diinginkan..alhamdulillah mama papa tersenyum dengan perubahan cik sakura..terima kasih abang..walaupun perhubungan kita hanya sekadar kurang 6 bulan tapi impaknya sangat besar dalam hidup cik sakura..
kawan..jauh disudut hati cik sakura ini ada perasaan rindu pada kawan cik sakura..namun ego telah membataskan segalanya..kata-kata nista yang dilemparkan membuatkan cik sakura tidak akan berpatah pada dia..biarlah TUHAN sahaja yang membalas..walaupun cik sakura rindu pada dia namun budi yang cik sakura beri arang yang diconteng ke muka cik sakura..apa-apa pun cik sakura berterima kasih..terima kasih sebab menjadikan cik sakura lebih kuat dan matang mengharungi dugaan..
dan jauh disudut hati cik sakura sebenarnya cik sakura terlalu rindukan keluarga..bila agaknya dapat berkumpul lagi..soal hidup mati TUHAN saja yang tentukan..
p/s: jauh disudut hati..aku masih bermimpi..mimpi yang indah..esok engkau kembali..jauh disudut hati..ada waktu-waktunya..aku berdoa kau pulang semula..(SUDIRMAN)
semua orang pernah merasai asam garam dalam sesuatu perhubungan kan.. saya pun tidak terlepas drp msalah yang sama..
ReplyDeletecuma agaknya perasaan yang mendalam lebih dirasai oleh wanita berbanding lelaki... Memang sukar utk melupakan seseorang..
jauh dimata dekat dihati
ReplyDelete@Gen2Merah
ReplyDeletemasing2 ada cara yang tersendiri untuk lupakan benda yang pahit ye..heee
@azizul
oppss.biarlah jauh..lebih baik..