-GARAM KASAR ditabur kembali..SAKIT-


macam-macam jadi minggu ini..tapi alhamdulillah cik sakura berjaya mengharungi segala dugaan itu dengan tabah walaupun berat hati untuk terima..ye sangat berat bila diri ini dipanggil KEKASIH GELAP..walaupun cik sakura tak gelap..yelah mana orang tak berkata bila ke hulur ke hilir berdua dengan bos..lepas tu naik kereta cik sakura berdua pergi mesyuarat..orang mula la nak mengata walaupun hakikatnya mereka tidak tahu apa yang telah berlaku..orang hanya tahu bercakap apa yang mereka lihat tanpa banyak perlu berkata-kata..maka timbul gosip-gosip liar yang dibuat oleh spekulasi mereka sendiri..mereka inilah wartawan MELODI yang tidak bertauliah..

cik sakura terpaksa..bukan hendak sangat berdampingan dengan bos tapi apa cik sakura buat hanya berkaitan dengan kerja..kalau bukan kerja memang cik sakura tak akan berada dengan bos..penat dengan umpatan orang..bila dah rapat dengan bos mesti orang mula mengata..habis diorang tak tahu ke perasaan orang yang diorang mengata tu..boleh sakit jiwa dibuatnya..namun jawapan yang paling popular diberi oleh sahabat cik sakura adalah SABAR..

sehingga kini gosip masih berterusan..namun apakan daya..mulut tempayan boleh cik sakura tutup..ini mulut makcik-makcik..ingatkan golongan perempuan je yang mengata golongan lelaki pun nak bersuara juga ye..namun cik sakura bersyukur orang-orang yang satu bahagian dengan cik sakura sangat memahami..baik lelaki mahu pun perempuan..cik sakura hormat sangat dengan mereka yang lebih tua dan berusia dari cik sakura tapi tolonglah hentikan apa yang mereka kata itu..sesungguhnya apa yang dikatakan itu adalah tidak benar..hmmmm...

p/s: sangat memerlukan mama disaat ini..



5 comments:

  1. sabarla cik sakure,
    tapi kalau rezeki tu dapat bos pun apa salahnya,betul cik sakure kan??

    ReplyDelete
  2. Biasa la orang... Bukan boleh sikit tengok kita rapat ngan boskan... Nanti dipanggilnya kita kaki kipas bos pulak.

    ReplyDelete
  3. sabar je la cik sakura..iri ati je tu..ignore suda..yg penting kita bole lalui life kita sbaiknya dgn cara kita..klu org tana phm kita..bia kita sniri je yg phm life kita

    "Jadi draftsman cita cita sejak azali.".

    ReplyDelete
  4. @Hazmin Hamudin
    dah teruk sangat ni..mula buat fitnah..

    @ain dzaya
    dah ignore tapi menjadi-jadi plak..

    ReplyDelete