-buah delima-



 cik sakura ingin berkongsi khasiat buah delima..buah delima ini memang bagus dari segi kesihatan dan pemakanan..buah delima juga dijadikan simbol kesuburan di dalam sebuah perkahwinan bagi masyarakat negara Timur Tengah..dan betapa indahnya buah delima ini kerana menjadi sebahagian antara pohon-pohon tumbuhan di dalam syurga selain kurma..


 buah delima amat kaya dengan vitamin C, kalsium dan juga fosfuras selain daripada unsur-unsur nutrien yang lain..kandungan protein dan lemak adalah sedikit..jadi pemakanan buah delima ini adalah seimbang seperti dalam piramid pemakanan untuk tubuh badan manusia seharian..


 siapa sangka buah delima ini boleh dijadikan penawar dari penyakit..buah delima ini baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru disamping melgakan batuk..sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman"..jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut..

buah delima juga bertindak sebagai penawar bagi mereka yang mengalami masalah cirit-birit, anemia dan tekanan darah tinggi..disamping itu buah delima mampu mengurangkan rasa keletihan di dalam badan di mana ianya dapat menguatkan jantung dan membantu fungsi saraf dan otot di dalam badan..


info kesihatan ini cik sakura kongsi kepada kawan-kawan semua..menarik bukan mengenai buah delima ini..dengan kemerah-merahan isi di dalam nya dan dengan struktur yang menarik..ingat BUAH DELIMA bukan DELIMAWATI tu tau..opss hantu kak limah tu lar..hehe..cabut..



4 comments: