MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"


cik sakura tertarik dengan contest ini..cik sakura pun tak pernah singgah blog tuan empunya itu..tapi cik sakura tergerak hati nak turut serta apabila FRAME AND LENSES menjemput cik sakura..makasih ya..apa yang ingin cik sakura coretkan..satu perubahan yang sedang cik sakura lakukan untuk mencari ketenangan dalam diri yang dulunya cik sakura alpa..dan bila terjatuh baru cik sakura tersedar kembali..

perubahan yang cik sakura lakukan mungkin secara perlahan dan tidak secara drastik..perubahan ke arah kebaikkan..bukan bermaksud dulu cik sakura jahat..dulu cik sakura sedikit alpa dengan keindahan dunia lain..alpa sehingga cik sakura terjatuh akibat kekecewaan yang teramat sangat..dan rasa kecewa dalam diri masih ada namun untuk terus jatuh tidak lagi..kini cik sakura bangkit semula dan membiarkan diri ini keseorangan buat seketika..apa yang cik sakura mahukan hanya sedikit ketenangan dari NYA..itu sahaja yang cik sakura pinta..

dan permintaan itu cik sakura iringi dengan sebuah pengorbanan..yang selama ini cik sakura alpa..benar lah orang kata bila terjatuh baru nak sedar diri..dan kini pengorbanan itu cik sakura teruskan..berkorban untuk kebahagian orang lain..berkorban untuk tidak melihat air mata mama mengalir..berkorban untuk senyuman teman-teman yang senantiasa membantu dan berkorban untuk lebih menghargai dan menyayangi diri sendiri..dan dengan itu cik sakura kini lebih mendekati NYA..doakannya supaya cik sakura tidak lalai lagi..insyaALLAH..


eh cik sakura rasa itu sahaja yang cik sakura nak cerita..bukan apa biarlah apa yang terbuku itu dibukukan terus dalam hidup cik sakura..lagi pun selama ini blog ini banyak dizahirkan coretan sedih cik sakura..terima kasih pada teman-teman yang sudi singgah dan memberi nasihat untuk cik sakura..mari lah sama-sama meriahkan contest ini..contest ini akan tamat pada 30 MEI 2011.. berminat klik SINI ..


4 comments:

  1. gud luck cik sakura ...

    selamat melakukan perubahan dalam diri.. :) semoga berjaya dlm hidup hendakyer..

    ReplyDelete
  2. benar sekali..perubahan yang nak dilakukan mestilah secara perlahan-lehan dan perubahan itu adalah kerana Allah swt bukan kerana yang lain..

    terima kasih sudi join..sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq

    ReplyDelete
  3. @Muslimah Optimis
    betul..insyaALLAH perubahan yang dilakukan ini akan kekal untuk selamanya..sama-sama dari cik sakura..

    ReplyDelete