-kotak baldu merah-


dah lama dalam simpanan cik sakura..tadi masa bersiap tak sangka terjatuh ke lantai..dah macam drama pula ye..namun apakan daya itu bukan milik cik sakura lagi..nak simpan pun tak terdaya..hampir melupakan namun akhirnya datang menyinggah kembali..kotak apakah itu..biarlah cik sakura yang mengetahuinya..mungkin satu masa nanti cik sakura akan pulangkan..itu yang pasti..

alhamdulillah..kerja cik sakura telah siap..kertas peperiksaan telah pun siap ditanda..markah pun dah boleh dikeluarkan..dan cik sakura berusaha untuk memberi markah yang sebaik mungkin supaya tiada yang akan mengulang..takut terjejas semester depan..alhamdulillah prestasi pelajar cik sakura semakin bagus..yang dapat A tu tahniah ye..mesti prof bangga prestasi subjek dia meningkat..yang lain tingkatkan usaha anda..

akhirnya cik sakura boleh menarik nafas yang panjang..satu bebab dan berkurang..cuma sekarang fokus untuk penyelidikkan sahaja..tak banyak yang hendak dikaji sebab segalanya telah dianalisis sebaik mungkin..cuma hendak mencari kesimpulan dan bersesuaian dengan hipotesis yang digunakan..

hujung minggu kembali menjelma..yeay cik sakura akan jumpa mama dan papa..jeng jeng jeng..mungkin cik sakura akan bagi kotak baldu merah ini pada mama..biar mama simpan..dan bila sampai waktu dan ketikanya cik sakura akan serahkan pada tuan empunya badan..segalanya telah berakhir..NOKTAH..


3 comments: