hujung minggu telah berlalu dan kini masa bekerja pun akan kembali tepat pukul 8 pagi nanti..namun cik sakura hanya berada di alam sendiri hari ini..tak tahu kenapa..macam ada yang tak kena..tetapi cik sakura tak tahu di mana hujung pangkalnya..nak mencoretkan sesuatu sebelum cik sakura melelapkan mata sebentar lagi..insyaALLAH mungkin kita akan bersua lagi..
mungkin ini penamat
atau mungkin ini satu permulaan
penamat untuk kesedihan
dan permulaan untuk sebuah kehidupan baru
tiada siapa yang mampu menghapuskan kenangan
kenangan itu diibarat bagai sekeping gambar
gambar yang menunjukkan sebuah perhubungan
walaupun kini masing-masing mengikut haluan sendiri
walaupun segalanya telah berakhir
gambar itu tetap ada dan kenangan itu masih juga ada
namun jauh disudut hati ini masih tersemat satu rasa
rasa yang tak mungkin hilang
namun sayang
rasa itu diselaputi dengan pelbagai rasa yang lain
seandainya telah tersurat
hati ini tetap akan menerimanya
mungkin penderitaan ini akan berakhir
dan bahagia akan datang menjelma
siapa tahu kan
segalanya mungkin
selamat malam
-cik sakura-
No comments:
Post a Comment