-kemaafan suatu yang indah-

apa guna marah-marah, bermasam muka, berdendam, saling salah menyalahkan antara satu sama lain..walaupun perit nak terima semua itu walaupun sakit hati pun belum hilang walaupun hati tu dah memang 'BROKEN' teruk..hanya dengan KEMAAFAN ianya dapat memulihkan segalanya..ini semua dugaan dari NYA..siapa lah kita untuk menghukum orang dan menyalahkan takdir..sama ada orang itu mahu berubah atau betulkan keadaan itu semula itu semua terserah kepada tuan punya badan..

senang kan cik sakura cakap supaya maafkan orang..tak tau ke apa orang dah buat kat kita..teruk tau..bukan cik sakura yang rasa..mungkin itu tanggapan kawan-kawan kan kalau cik sakura suruh kawan-kawan maafkan orang yang pernah sakitkan hati..terlalu sakit sampai memang xnak maafkan langsung..tapi untuk pengetahuan kawan-kawan semua cik sakura mengaku hati ini dah terlalu sakit..kecewa..putus harapan dan pernah terjatuh dahulu..ini semua sebab marah tapi jauh sekali untuk berdendam..apa yang cik sakura buat hanyalah memaafkan orang-orang itu..mungkin dengan kemaafan kepada mereka hati cik sakura kan berasa tenang..

sebenarnya EGO senantiasa mengawal diri kita..ada sesetengah orang juga sukar untuk mengucapkan kata maaf..memang ada golongan sebegini..mungkin malu mungkin ego dan mungkin perasaan tidak kesah..tapi percayalah dengan kemaafan sahaja hubungan yang pernah terputus beberapa lamanya kini terjalin semula..senyuman yang telah lama hilang kini menghiasi wajah..dan apa yang paling penting hati menjadi tenang..

hari JUMAAT adalah penghulu segala hari..jadi apa kata kita mulakan hari ini dengan memaafkan orang yang pernah menyakiti hati kita..sekurang-kurangnya ianya dapat memberi ketenangan dalam diri kita..sedikit rasa marah itu kan boleh menambah titik-tik hitam dalam hati..dan kalau hati sudah menjadi hitam bagaimana kita nak hidup denga tenang..sering terkenang benda-benda yang negatif..ingat hidup hanya sekali dan memaafkan orang itu juga boleh menghapuskan dosa yang lalu..percayalah kalau kita boleh mengubah diri sendiri orang lain juga tentu boleh..ini semua terpulang pada kita..insyaallah apa yang baik datang dari NYA yang buru datang dari kekhilafan diri insan yang kerdil ini..AMIN..

2 comments:

  1. Betul tu cik sakura, memaafkan adalah satu perkara terbaik tp kena tengok sesuatu kesalahan samada besar @ kecik kan:)

    ReplyDelete
  2. @Myra Jay
    betul tu tapi apa yg cik sakura buat hanya memaafkan org2 itu..

    ReplyDelete