-kaitan diri dengan cermin-


pernahkah cermin itu menipu kita..atau cermin itu memperdayakan kita..pernahkah cermin itu cuba menyorok kelemahan diri kita..sedangkan cermin mak tiri snow white pun berkata yang benar..jadi kenapa kita harus menegakkan benang yang basah dan cuba menyembunyikan kesalahan diri sendiri..cermin memantulkan imej kita sebenar..jadi adalah mustahil kalau cermin itu menipu..

pernahkah kalian semua mendengar ungkapan 'cermin lah diri sendiri dahulu'..ungkapan yang bagi cik sakura rasakan boleh membawa kemarahan dan pergaduhan..bagi situasi yang cik sakura lihat sekarang..siapa orang itu nak menyuruh orang lain cermin diri dia..sebelum dia suruh orang cermin diri kenapa tuan punya badan itu tidak cermin diri dahulu..senang cakap lihat diri sendiri dulu sebelum nak tegur orang lain..

kadangkala orang hanya nampak kesalahan orang lain sehingga kesalahan diri sendiri pun tak nampak..betul lar semut yang jauh dari mata pun boleh nampak tapi gajah depan mata buat-buat tak nampak..kalau diri itu sudah cukup sempurna untuk menegur orang itu cik sakura rasakan tidak salah..bukan diri kita ini langsung tidak boleh ditegur..tapi kalau diri sendiri terumbang-ambing dan melakukan pelbagai kesalahan kenapa tidak cermin diri dahulu..

pernah ada situasi di mana ada orang suruh cerminkan diri..tapi apabila berdebat nyata orang itu kalah sebab dia terlupa nak cermin diri sendiri yang nyata terlalu banyak kesalahan dan bila dinyatakan kesalahan satu per satu dia boleh terduduk dan diam terpaku..manusia boleh menerima teguran tapi manusia sekarang sudah bijak untuk menilai..tak salah untuk menegur tapi salah jika diri sendiri pun tak betul..

akhir kata..tak perlu nak tunding jari pada orang..lihat kesalahan diri sendiri dahulu..sebelum nak menyalahkan orang kenapa tak nak salahkan diri sendiri dahulu..masakan pokok bergoyang kalau tiada angin bukan..jadi cermin diri sendiri dahulu sebelum nak nak mengajar orang cermin diri..takut nanti ada kawan-kawan yang sudi nak 'sponsor' cermin tambahan pulak..takut tak larat nak cermin diri nanti..renungan dan pengajaran untuk diri sendiri..


No comments:

Post a Comment