betul ke orang tua menilai seseorang itu hanya melalui luaran sahaja..atau menilai dari segi pemakaian atau menilai dari segi pergaulan mahu pun keluarga itu sendiri..jarang sekali mendengar orang tua menilai anak teruna..jadi mereka lebih gemar menilai anak dara lagi2 anak dara jiran sebelah mahu pun satu taman perumahan..jangan katakan tidak mereka juga boleh menilai orang lain melalui mata pandangan mereka..yelah mana tau ketika berada di pasar, di tempat membeli belah atau di mana-mana sahaja..bila suka mereka akan tersenyum dan apabila tidak suka mereka akan menggelengkan kepala..
sejauh mana pun dunia yang semakin canggih..sejauh mana dunia semakin moden tetapi jangan dilupakan adat resam zaman berzaman..orang dulu-dulu menitik berat soal adat..sampai timbul peribahasa biar mati anak tapi jangan mati adat..adat itu penting tapi tak kan sampai nak korbankan anak..ini bukan zaman jahiliah lagi..ada yang ibarat membela anak perempuan bagaikan membela lembu sekandang..dan lagi senang membela lembu dari membela anak perempuan..sampai ke situ pepatah yang dapat dirumuskan ye..
cik sakura tak tau sama ada golongan orang-orang tua di sana..ini dari pemerhatian cik sakura tadi..tadi cik sakura teman mama menziarahi kawan mama yang sakit..yelah orang sakit kena datang melawat..tak lama sekejap pun jadi..sekurang-kurangnya dapat memberi dia senyuman..senyuman itu kan penawar segala duka..owh berbalik pada cerita asal..masa cik sakura duduk minum di kantin cik sakura terpandang seseorang yang agak seksi..perempuan la kan..sangat seksi..orang tua cakap macam tak cukup kain..lagi pun ini kan hospital bukan tempat pertunjukkan fesyen..cik sakura hanya diam yelah nanti cakap 'busy body' pulak kan..orang sekarang bukan boleh kena tegur..mula nak melenting..tiba-tiba ada seorang makcik menegur si gadis ini tentang cara pemakaian..makcik tu menegur dengan penuh toleransi tapi tahu tak apa yang makcik tu dapat.."makcik..mak bapak saya pun tak pernah tegur apa yang saya pakai tau tak..jadi suka hati saya la nak pakai macam mana..makcik nak sibuk2 kenapa.."
oppss..air kat tangan cik sakura terjatuh..terkejut bila budak perempuan tu balas balik cakap makcik tu..mana dia adab sopan kita sebagai orang melayu..mana tatasusila awak sebagai kaum wanita..tiba-tiba datang seorang pemuda yang sekali pandang memang boleh tergoda..gadis itu mula tersenyum kesopanan dan lemah gemalai membetul bajunya..nak tau tak pemuda itu cakap apa.."awak ni mak saya..kalau saya lah jadi awak saya malu kena tegur dengan orang tua..mak saya cakap elok2 kenapa nak tinggi2 suara..orang macam awak ni la yang menjatuhkan nama baik kaum wanita"..
lepas tu cik sakura nampak gadis tu berlalu pergi..tak tau lar malu ke marah ke apa ke..tapi cik sakura yang malu..pemuda itu menegur cik sakura.."awak..kesian mak awak dari tadi tunggu air..tapi air jatuh pun awak tak sedar"..owh tidak mamaaaaaaaaa..sorry mama..terleka sekejap tengok drama tadi..mama hanya tersenyum dan menggelengkan kepala..tak tau mama senyum untuk apa dan gelengkan kepala untuk apa..tapi mama pesan pada cik sakura walau sejauh mana pun orang tua kita menegur dia betul ke dia salah ke jangan sesekali meninggikan suara..
No comments:
Post a Comment