-kepada yang bertanya ini jawapan ikhlas dari hati kecil ini-

penat cik sakura nak menjawab 1001 soalan yang sama..sekarang pun cik sakura agak kepenatan nak menjawab 1001 satu soalan ini..bukan apa terlalu letih menjawab soal hati..penat kan..lagi pun ini blog untuk cik sakura berkongsi pengalaman dan bukannya untuk bercerita 100% soal hati..terima kasih kepada student2 cik sakura yang memberi kerjasama dalam menjayakan second test tadi..jawapan kebanyakkannya memuaskan hati cik sakura..kira ada semangat sikit nak menanda kan walaupun tulisan kalian semua ada yang cantik dan sangat cantik..hehehe

1001 satu persoalan tentang diri cik sakura..biarlah tuhan yang tentukan..ada ke tiada ke cik sakura tak pernah ganggu hidup sesiapa..ada duit ke xde duit ke pun cik sakura tak meminta sesiapa..jarang sekali meminta..cik sakura penat untuk bermain cinta..cinta itu indah kan tapi kalau terluka akan menjadi igauan ngeri tau..dan luka itu masih ada..jadi pada kalian yang bertanya MAAF cik sakura ucapkan..dan pada kawan cik sakura itu cik sakura minta tolong hormati pendirian cik sakura dan teman2 yang lain..bukan untuk berkata apa-apa tapi sedikit berkecil hati bila mendengar anda bersuara..kami doakan perkahwinan anda yang akan berlangsung itu berjalan dengan lancar dan perkahwinan yang di bina itu kekal hingga ke akhir hayat..tapi jangan la sampai boleh menyakitkan hati kami-kami ini..anda juga seorang wanita..xkan lah seorang wanita nak menyakiti hati wanita lain..

tuhan bagi kita rezeki cuma lambat atau cepat sahaja..tak salah menunggu kalau yang ditunggu itu membawa kebaikkan pada diri sendiri..perkara yang anda bincangkan tadi terlalu sensitif bagi kami semua walaupun anda melihat kami tersenyum..tapi senyuman itu hanya untuk menutup keresahan di hati..


No comments:

Post a Comment