-andai itu takdirnya-


bukan tajuk novel atau tajuk drama ye..hah bukan2..bagi lepasan SPM yang dah dapat result itu tahniah cik sakura ucapkan..meraikan kegembiraan bersama keluarga dengan keputusan cemerlang..tahniah sekali lagi..bagi keputusan yang agak kurang memuaskan tidak mengapa nanti bila dapat peluang sambung pelajaran nanti gunakan peluang yang ada untuk memperolehi keputusan yang cemerlang..lagi pun taraf pendidikan negara kita sudah semakin tinggi tahapnya..jadi usaha itu tangga kejayaan..jangan mudah berputus asa..terima hakikat dan hadapi kenyataan ini dengan tabah..

cik sakura dulu pun bukan mempunyai keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM..tapi mama papa mesti pastikan subjek MATEMATIK cik sakura A1..nak dijadikan cerita mama papa mendidik kami adik beradik menghafal sifir sejak dari kecil lagi..dan kalau keputusan subjek matematik kami adik beradik tidak  mendapat A confirm memang takut nak balik rumah..tak tahu mengapa..tapi percaya atau tidak cik sakura pernah kena ketuk dengan jam..hehehe..malaunya..tapi tu la kenyataan..akibat tak lancar sifir sekali kena ketuk daa..adoi sakit kepala..tapi kalau tak kerana kena ketuk mungkin cik sakura tak jadi macam sekarang kan..

buat adik-adik di luar sana ingat walaupun kita tidak dapat keputusan yang cemerlang kita masih boleh terus berusaha sehingga berjaya..jangan kata orang yang tak dapat keputusan yang cemerlang itu tidak boleh berjaya..kawan cik sakura dahulu memang malas belajar..result pun cukup-cukup makan..tapi tengok sekarang sudah mempunyai perniagaan yang berjaya dan dikenali ramai..dulu orang lemparkan kata-kata hina kepada dia sekarang orang memberi pujian..ingat tak semestinya kita duduk di bawah sahaja..dengan segala usaha dan doa dari ibu bapa tidak mustahil kita akan berjaya suatu hari nanti..yang pasti kita tidak lupakan orang tua kita..

 

3 comments:

  1. dalam banyak2 mata pelajaran rasanya matematik lah yg paling susah tapi bila tamat spm dan sambung belajar rasa Ya Allah kenapalah aku tak nampak cara senang nak belajar math...

    menyesal dah tak berguna...

    ReplyDelete
  2. dni dulu add math 7D wakakaka ;p tetap tak putus asa tau

    ReplyDelete
  3. @JunAina
    math kena byk latihan..practice make perfect right..jgn menyesal..xelok..proses pembelajaran tak pernah berhenti..

    @ardinihumaira
    good..jgn putus asa tau..hehehe..

    ReplyDelete