cik sakura tak nangis cuma mata ni masuk habuk sikit..tu yang air mata mengalir..tapi nak cakap manusia memang macam ni ke..mungkin bukan semua cuma segelintir sahaja..kalau buat orang sikit pun tak kesah..tapi bila kena kat batang hidung sendiri tau plak macam mana rasa sakit kan..manusia macam ini lebih pentingkan diri sendiri..orang lain nak sakit ke terluka ke kecawa ke dia tak ambil kesah pun..tapi bila jadi dekat diri sendiri habis angin satu badan..
semoga esok cik sakura mampu tersenyum..tak larat nak memikirkan orang yang hanya tahu kepentingan diri sendiri..rasa yang cik sakura ini memang tidak dihargai..kenapa mood cik sakura malam ini agak muram..tapi tindakan terjun bangunan yang 3 tingkat itu semata-mata untuk membunuh diri bukan satu tindakan yang bijak..jauh sekali cik sakura nak lakukan..sebab cik sakura masih sayangkan diri sendiri lagi..walau apa pun terjadi cik sakura tetap tabah dan terus bersabar..apa yang berlaku di depan mata cik sakura jadikan iktibar dan pengajaran..mungkin gadis itu terlalu menyayangi dan terlalu tertekan..dan bila emosi yang berlebihan mengawal diri maka kita lupa keadaan sebenar..mungkin selepas ini gadis terbabit akan kembali berfikir dan mula sayangi diri sendiri terlebih dahulu..gadis ini masih terlalu muda usianya..masih jauh lagi perjalanan yang boleh diisi dengan ilmu yang bermanfaat..semoga dia kembali berfikir dan merenung tindakan yang telah dia lakukan semula..insyaallah..
selamat malam kawan-kawan blogger semua..mimpikan yang indah2..maaf andai ada terlepas kata bicara yang melukakan hati..selamat malam sekali lagi..assalammualaikum..
selamat pagi, uiksss, apa cer ? , thanx lawat belog azza, now, visit ur belog, ada masa, visit mine too ya :D maaf, pagi nie post HOT dan agak tak bertimbang rasa, namun masih baik hati :
ReplyDeleteApa Kaitan AzzaFirza dengan BETINA dan BITCH ?