assalammualaikum..apa khabar semua kawan blogger cik sakura..semoga berada dalam keadaan sihat walfiat di samping keluarga tercinta..cik sakura di sini baik-baik sahaja..eh dah macam menulis surat pula..adoi..hehe..masih mood beraya ke kawan-kawan..dah lama cik sakura tak mencoret coretan di sini..mungkin masa sangat cemburu dengan cik sakura atau cik sakura sibuk melayan anak-anak buah atau cik sakura sedang asyik melayan juadah hari raya yang enak-enak belaka..habis diet cik sakura..
oh ya dikesempatan yang ada ini cik sakura ingin mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan cik sakura yang akan bertunang tak lama lagi dan akan melangsungkan perkahwinan juga tak lama lagi..bertunan dan berkahwin di bulan syawal..meriah tu..sambil beraya sambil menyambut bulan kemerdekaan sambil meraikan pasangan yang akan mengikat perhubungan mereka..insyaALLAH..cik sakura doakan semoga perhubungan dan ikatan perkahwinan mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat..soalan bonus sedang menanti cik sakura..jeng jeng jeng..macam biasa la..soalan bila nak kahwin kan..lalala..
sekarang cik sakura tengah menghitung hari..bukan hitung hari untuk bertunang..bukan juga untuk berkahwin..tapi menghitung hari untuk melangkah ke tempat kerja baru..macam-macam perasaan ada..takut ada gementar ada semua ada..makin lama makin gementar pula..rumah sewa pun cik sakura tak cari lagi..barang-barang pun cik sakura tak kemas lagi..jangan kata barang tak kemas borang pun tak habis isi lagi..semua tak siap..dalam minggu ini cik sakura kena selesaikan juga..nanti kelam kabut pula jadinya..
kawan-kawan apa cerita..banyak dapat duit raya..atau banyak keluar duit raya..hehe..cik sakura dapat duit raya juga..hehe..dah tua pun masih dapat lagi tau..eh tua ke..belum tua lagi cuma telah meningkat dewasa..haha..tak nak ngaku tua tu..apa-apa pun kena sedar diri yang diri ini bukan di zaman sekolah mahu pun di zaman universiti lagi..owh sebut pasal universiti, cik sakura dah dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran..namun cik sakura terpaksa tolak sebab jarak univerisiti dan tempat kerja baru yang agak jauh..dulu cik sakura mohon pengajian sepenuh masa..mungkin lepas ini cik sakura nak mohon sekali lagi untuk buat PJJ..terlepas lagi peluang nak sambung master..hmmm
ok kawan-kawan..semoga kita berjumpa lagi..perut cik sakura dah lapar minta di isi..hehe..jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment