-pengaruh IKLAN-

semalam cik sakura dah uruskan pasal rumah..alhamdulillah..rumah ok sekali masuk pakej 3 orang budak kecik yang tembam-tembam belaka..memang comel..rasa nak picit-picit je..dan mula diorang memang boleh tahan..hehe..inilah pengaruh dari sedutan filem-filem..bukan cik sakura nak protes ke apa ke cuma agak terkejut budak yang masih bawah umur 5 tahun sudah mula bertutur dalam bahasa orang dewasa yang agak kurang disenangi oleh orang tua..tapi apa boleh buat..mereka terdedah dengan iklan-iklan di tv dan sedikit sebanyak akan tepengaruh juga..

jangan kata orang dewasa pun tak terpengaruh juga..orang dewasa terpengaruh dengan iklan..kaum adam terpengaruh dengan cara lain..kaum hawa sendiri juga terpengaruh dengan cara lain..cuma kita yang sudah dewasa ini boleh berfikir mana buruk baiknya iklan-iklan yang sedia ada tidak kira media cetak mahu pun media elektronik..cuma yang membimbangkan adalah golongan kanak-kanak..mereka ini mudah untuk menangkap sesuatu..otak masih masih muda dan masih sedikit dalap pemprosesan..jadi apa yang mereka dengar dan lihat maka cepat la tersimpam dalam kepala..dan mereka mudah ingat..adoi..kadang-kadang perlu pengawasan juga untuk golongan ini..

cik sakura nak cadangkan sesuatu boleh..kalau boleh filem-filem melayu kita jangan la buat sedutan atau tag line yang bahasanya agak kurang sesuai untuk kanak-kanak..bukan apa..memang tujuan untuk menarik orang ramai menonton ke pawagam..salah satu cara pemasaran produk kan melalui iklan..cuma kita kena peka juga yang melihat bukan sahaja golongan orang dewasa tetapi golongan kanak-kanak juga..walaupun ada label 18 tahun ke atas namun untuk iklan diorang tak labelkan pun..kalau dilabelkan golongan kanak-kanak ini masih boleh tengok juga..ini sekadar cadangan cik sakura sahaja..

hah kawan-kawan apa pandangan kawan-kawan pula..dulu cik sakura terkejut dengan budak yang mengungkapkan 'apa tu..nasi lemak 50 sen'..tercengang budak sekolah tu..hah..filem apa tu..jom kongsi sedutan filem apa yang boleh kanak-kanak ingat atau kawan-kawan pernah dengar..


5 comments:

  1. kanak2 sekarang ni otak dorang lebih berkembang..imiginasi lebih tinggi berbanding kanak-kanak tahun 80an dulu...

    ReplyDelete
  2. @aiziul
    benar..cuma mereka ini perlukan pengawasan..takut terpengaruh benda yang tak elok..

    ReplyDelete
  3. tau xpe..anak buah eqin pandai ckpp berambus pasal bky sgt tengok tv...sabo je laaa

    ReplyDelete
  4. kanak2 cepat belajar..ada kala nyer...apa yg kita tak nampak diaowg akan nampak...

    ReplyDelete
  5. @AsyieqiN Rkey
    bdk2 sekarang bijak2 belaka..

    @Run Away
    betul kan..sebab tu perlu pengawasan..

    ReplyDelete