-takut berjumpa 'TUTTTT'


adakah cik sakura pura-pura gembira.itu cik sakura sendiri tak pasti..tapi nampak gaya memang cik sakura pura-pura gembira..bila nak jadi profesional terpaksa lupakan masalah peribadi..itu yang cik sakura pegang..hal peribadi fikir kat rumah je..bila sampai tempat kerja fikir pasal kerja sahaja..hmm..tapi bila sibuk masalah yang kusut dalam kepala ini akan hilang tapi hanya buat sementara waktu..lepas habis kerja mesti fikir balik..nasib masa bawa kereta tak layan sangat fikiran..nanti kereta ke mana cik sakura ke mana kan..

owh ye..ada yang bertanya kerja cik sakura masuk kampung keluar kampung..haha..cik sakura sekarang sudah beralih pekerjaan..dulu cik sakura bekerja dalam sektor pendidikan tapi sekarang sudah beralih arah ke sektor pertanian..jadi keluar masuk kampung melihat tapat-tapak projek dan projek orang kampung..macam-macam sekarang ni..orang kampung di sini boleh dikatakan sudah menjadi usahawan berjaya..pendapatan sebulan mereka juga lebih tinggi dari mereka yang mempunya tahap pendidikan yang tinggi..rasa kagum..namun segala yang mereka dapat bukan hanya dengan bersenang -lenang sahaja..tetapi dengan semangat dan usaha yang tinggi..

lepas ni cik sakura akan masuk pendalaman kampung pula..adoi..meredah lalang-lalang dan semak-samun..dengar cerita dari pemandu di sini ada khinzir hutan..hehe..sopan betul bahasa cik sakura ni..tapi nak tak nak terpaksa buat laporan juga..kerosakan akibat serangan tuttt..jangan jumpa dah la..jenuh nak samak nanti..haha..esok pun cik sakura kena kerja juga..kena pantau pameran..maklum la dah jadi sebahagian dari warga di sini..jadi kena turun padang..

kawan-kawan semua apa aktiviti kawan-kawan di hujung minggu ini..mari berkongsi dengan cik sakura..boleh kan..dah lama tak menjengah blog kawan-kawan..rindu..ahaks..


4 comments:

  1. xpe cik sakura masuk kampung, meredah lalang tu baru adventure.. lama x lawat cik sakura...harap sihat2 selalu :)

    ReplyDelete
  2. bahaya tu lau jmpa tuuuutttttttttt...takot sy...

    ReplyDelete
  3. weekend hari yg ditunggu utk tido hehehe.

    ReplyDelete
  4. @Adibah Ishak
    yeke..nanti selalu2 la melawat cik sakura ye..hehe..hope awak pun sihat2 selalu..

    @Run Away
    hehe..takut kan..

    @JG
    yehaa..bestnya..

    ReplyDelete