-ya atau tidak pada PELUANG KEDUA-


tak semua orang akan memiliki peluang kedua bukan..peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan yang dulu..peluang kedua untuk memperbaiki perhubungan dahulu..peluang kedua untuk mencantumkan kembali ikatan yang penah terputus..tapi benarkah peluang kedua itu berbalai andai masih ada kudis di hati..owh cakap pasal hati ni..kenapa makan hati..elok makan rendang hati ke hati goreng ke atau sebagainya..cik sakura tak gemarkan hati..tapi dulu hidup makan hati berulam jantung..

semalam terjumpa kawan lama..berbicara panjang..di awal perbualan memang seronok..bertanya khabar dan perkembangan semasa..namun ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari..cewahh..tiba-tiba kisah lama diutarakan kembali..jadi bila api di balas juga dengan api tak terbakar kedua-duanya..memang membara malam tadi..cerita lama yang disimpan dan dipendamkan akhirnya terbongkar jua..namun kembali redha hanya dengan ungkapan MAAF..dan perbualan kembali tenang seperti biasa..tengok..betapa kuat kuasa maaf itu..sebuah pertengkaran atau pergaduhan dapat diselesaikan..maaf yang sangat berkualiti..

cik sakura belum fikir untuk memberi peluang kedua kepada seseorang ini..ya cik sakura akui cik sakura cuba jauhkan diri daripada..diam bukan bererti kita kalah kan..dan diam bukan bermaksud orang suka-suki bercakap tentang kita..biarkan diam itu untuk kebaikan diri kita..orang lain tak boleh tenangkan hati kita kecuali diri kita sendiri..jadi apa pendapat kawan-kawan..patutkah PELUANG KEDUA itu diberikan atau lupakan sahaja kisah ini..


2 comments:

  1. nak bagi peluang ke 2 kene tgok orang gak kan...sebab ade certain manusia nie..tak layak langsung daoat walau pon peluang ke 1.579789789 skali pon..hehehe..=)

    ReplyDelete
  2. @AsyieqiN Rkey
    cik sakura masih berfikir samada nak beri atau tidak..biar masa dan keadaan yang tentukan..

    ReplyDelete