-bila dah dekat terasa JAUH-


hmm..sekali lagi entry ke laut..cik sakura memang tiada apa-apa cerita gembira dah..kenapa ya..maaf bagi pembaca-pembaca blog cik sakura ini..mungkin anda bosan baca cerita kesedihan setiap masa dari cik sakura..maaf sekali lagi cik sakura pohonkan..tatkala orang lain sibuk dengan persiapan raya dan nak balik kampung cik sakura di sini hanya duduk berdiam diri mengenang nasib..kenapa nasib cik sakura jadi macam ni rupa..apa yang tak kena lagi dalam kehidupan cik sakura..

makin dekat nak raya makin dekat cik sakura nak berpisah dengan mama papa..kini makin jauh jurangnya..makin cik sakura dekat untuk mencapai kebahagiaan makin jauh pula nak gapai..semuanya makin jauh..mungkin sudah qada' dan qadar TUHAN..dan seharusnya cik sakura makin kuat dan bukan makin lemah..namun harapan cik sakura hancur begitu sahaja..segalanya musnah..mungkin itu bukan yang terbaik untuk cik sakura atau mungkin TUHAN ada rencana lain untuk cik sakura..apa-apa pun cik sakura memang begitu kecewa dengan apa yang terjadi..

penghijrahan ditempat baru mungkin ada sinar menanti cik sakura..kalau ianya kekal maka kekal la..kalau tidak mungkin cik sakura tidak akan berpaling belakang lagi..mulakan hidup baru di tempat baru..andai kata bertemu atau betentang mata anggap sahaja seperti bayang-bayang mahu pun mimpi..cukup segala derita yang cik sakura terima..orang lain diberi kemanisan tapi cik sakura diberi derita..sungguh adil bukan..tapi biar la..cik sakura bukan suruh orang pijak kepala cik sakura cuma untuk apa nak membalas..lambat laun akan dapat balasan juga nanti..

tempat baru..sekarang menghitung hari untuk memulakan tugas ditempat baru..bagaimana suasana di sana itu cik sakura tak tahu..apa yang cik sakura harapkan ianya adalah satu permulaan hidup cik sakura yang baru dan pengalaman yang baru juga..apa-apa pun semoga cik sakura tabah di sana..


8 comments:

  1. pahit yang akan ada manisnya di penghujung...setiap derita pasti di janjikan kebaikan andai kita redza dan berusaha menjadi yg terbaik.

    ReplyDelete
  2. gud luck cik sakura..

    xpe..explore tempt baru mane tau lebih happening..=)

    ReplyDelete
  3. sakura...besabar ok...anggap jew dugaan...;d

    ReplyDelete
  4. kt mane pon cikSakura pegi, nana wish have a better life k? :)

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja cik sakura :) dni doakan semoga cik sakura hepi2 di tempat baru ya! salam aidilfitri!

    ReplyDelete
  6. suasana baru mesti rasa janggal pada mulanya.. insya Allah pasti akan beransur kebahagiaan pada masa yang mendatang...

    semoga tabah menghadapi hidup ya cik Sakura

    ReplyDelete
  7. moga dengan penghijrahan itu akan membuahkan hasil.. ;)

    ReplyDelete
  8. @JunAina
    insyaALLAH..AMIN..

    @AsyieqiN Rkey
    thanks qin..hrp macam tu la..berdebar pula..

    @Run Away♥
    terima kasih..insyaALLAH masih bersabar..

    @Ardini Humaira
    terima kasih dini untuk doa itu..terima kasih banyak2..hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik dini..

    @Gen2Merah
    terima kasih awak..agak takut juga untuk bertukar ke tempat baru..semoga ada sinar di sana..

    @nana riduwan
    thanks nana..sayang nana..

    @aizamia3
    terima kasih awak..

    ReplyDelete