-SELAMAT HARI RAYA dari cik sakura-


terlebih dahulu cik sakura dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua umat islam tidak kira di mana jua anda berada dan terutama sekali kepada para bloggers yang cik sakura sayangi..cik sakura pohon ampun dan maaf andai kata terkasar bahasa atau tersilap budi bicara sepanjang penglibatan cik sakura dalam penulisan blog..jika ada yang berkecil hati dengan penulisan cik sakura sepuluh jari cik sakura susun untuk pohon kemaafan..

selamat hari raya sekali lagi..pagi raya selapas sembahyang raya cik sakura akan menziarahi kubur arwah tokwan cik sakura serta saudara-mara yang telah kembali menghadap yang MAHA ESA..titipan surah yaasin bersama air mawar dan doa di hulurkan..agar roh mereka tenang bersemadi di alam sana..

buat mama papa hanya satu yang cik sakura pohonkan..restuilah pemergiaan cik sakura kali ini..semoga ianya akan memberi kebahagiaan bukan sahaja untuk diri ini tapi untuk keluarga kita juga..dan akhir kata..selamat hari raya semua..makan ketupat ke rendang ke atau apa sahaja ingat lah cik sakura di sini..hehe..


2 comments:

  1. Salam.
    Selamat Hari Raya gak .. lama ahh tak gi Malim Nawar ... :) ada member kat sana, 2 tahun lepas ada raya2 sana ...

    ReplyDelete
  2. @HasrulHassan [HH]
    wslm..selamat hari raya juga dari cik sakura..

    ReplyDelete