-1001 kekesalan..maafkan diri ini..biarlah berdiam diri sahaja-


matahari mula melabuh sinaran
kini muncul sang bulan
menyinari malam
bersama kerdipan bintang
tapi
insan ini tetap sepi
walaupun 1001 kekesalan
namun
hati ini pasrah
dengan segala dugaan dan rintangan yang hadir
antara kuat dengan tidak
tapi hidup mesti diteruskan jua
hampir 2 minggu tidak bertegur sapa
terasa diri ini anak derhaka
sedangkan itulah syurgaku
tapi
kesedihan yang melanda diri ini
kekusutan yang menyelubungi diri ini
membuatkan diri ini
lebih elok berdiam diri
sekiranya bersuara
takut ada hati yang terluka
sebab
diri ini sudah cukup terluka
menjaga hati semua pihak
sedangkan hati ini hanya dibiarkan diri sahaja
seolah-olah diri ini tiada perasaan
dan hanya sebuah PATUNG
yang mengikut rentak yang telah diaturkan
hanya maaf yang diri ini hulurkan
terasa berdosa besar
menghampiri neraka dengan dosa ini
ya ALLAH
minta dijauhkan
memang sakit apabila berdiam diri
namun
ini sahaja mampu dilakukan
cukuplah selama ini menjaga hati orang
maafkan diri ini sekali lagi
terasa ingin sujud dikaki untuk meminta ampun dan maaf
walaupun hingga keluar air mata darah
maafkanlah diri ini
hanya satu yang diri ini pinta
sesekali tolonglah memahami diri ini
terlalu banyak pengorbanan yang dah dibuat
sesekali ingin rasanya mengikut rentak sendiri
rindu
rindu suasana dahulu
tapi
biarlah masa yang menentukan
MAAF

cuba teka lagu apa ni

sekali aku jatuh cinta
cintaku tak pernah berubah
biar pun diriku punya ramai teman
cintaku satu

sekali aku jatuh cinta
sukarnya aku melepaskan
kerana diriku berjiwa penyayang
bukan pendusta

No comments:

Post a Comment