-PENJELASAN yang terang lagi bersuluh-

curi masa sekejap walaupun prof dah panggil untuk bertanya pasal penyelidikkan tempoh hari..lagi pun students akan masuk bulan September nanti..banyak yang perlu dipercepatkan..kena cepat sebab bulan depan dah nak puasa..owh ye penjelasan apa yang cik sakura nak berikan ini..cik sakura tak nak bermusuh atau mencari musuh..itu sahaja..siapa yang suka nak bermusuh-musuh..benda dah lepas pun..dah bertahun agaknya..cik sakura pun tak ganggu orang kesayangan awak tu..pernah ganggu ke..baca penjelasan cik sakura..macam buat aduan bertulis je rasa..

1. kenapa cik sakura gelarkan diri dalam blog ini CIK bukan puan atau nama sebenar..cik sebab cik sakura tak kahwin lagi..cik sebab anak-anak buah panggil kakak kecik sebab cik sakura bertubuh kecil..kenapa sakura..sebab mama papa tahu dan semua orang tahu cik sakura suka bunga SAKURA..jadi tiada ada sebab lain ok..

2. entry yang sama..cik sakura tak kesah kalau anda mengambil idea dan mengolah idea cik sakura..persilakan..tak marah pun..kecil hati pun tak..blog kan bebas..tulis apa yang anda suka..itu sahaja..tapi jangan menyalahkan maksud yang ini disampai..itu sahaja..anda tahu ke masa cik sakura menulis blog ini tengah menangis atau tidak..sendiri pikir..tak bagi kredit dekat cik sakura pun tak mengapa la..cik sakura memang tak kisah..

3. cik sakura tak pernah ganggu hidup sesiapa walaupun untuk menjaga orang yang kita sayang sangat tu..tapi anda kena ingat anda ada menulis sesuatu yang membuatkan mama cik sakura menangis..itu anda perlu tahu..tak kisah anda hantar seberapa banyak orang CSI untuk soal siasat cik sakura..tak kisah seberapa banyak luahan anda dalam FACEBOOK dan kawan-kawan anda komen..memang cik sakura tidak kisah..tapi cik sakura kisah sebab anda telah membuatkan mama cik sakura menangis dengan kata-kata anda itu..memang anda puas tapi cik sakura puas ke melihat MAMA MENANGIS..pernah ke anda minta maaf..jauh sekali..tapi orang lain yang mintak maaf bagi pihak anda..macam tu ke budi bicara orang melayu..guna akal sebelum berkata sebab mama melihat ketika anda meluahkan kata-kata seolah-olah cik sakura tiada ibu bapa..

4.kami sekeluarga tak pernah ganggu anda..perasaan yang lahir tempoh hari memang ikhlas tapi anda yang salah tafsirkan..anda tahu apa yang terjadi atas tindakan anda..anda tak tahu bukan..kereta kesayangan yang papa hadiahkan hancur..anda tak tahu bukan..kawan cik sakura hampir terhumban keluar..anda tak tahu bukan..cik sakura hampir kehilangan nyawa..juga anda tidak tahu bukan..jadi sekarang cik sakura nak bagitahu..harta kesayangan dan orang kesayangan cik sakura musnah dan hampir menemui ajal gara-gara tindakan anda,,tapi apa cik sakura buat..berdiam sahaja..sampai mama sakit..apa cik sakura buat pada anda..tiada apa-apa..cik sakura masih berdiam lagi..

5.anda nak tutup blog ke apa ke nak sebarkan berita pada kawan-kawan anda ke apa ke itu terpulang pada anda..di sini cik sakura nak bagitahu bila anda sebarkan blog kawan-kawan anda sekurang-kurangnya traffic blog cik sakura kan meningkat..wang terkumpul juga akan meningkat..terima kasih banyak-banyak ye..tapi macam tu ke yang cik sakura nak dalam dunia penulisan blog ini.. anda silap mentafsir diri cik sakura..pelbagai anda buat dalam hidup cik sakura..tapi ada cik sakura balas balik..tiada..tanya la orang yang anda sayang sangat tu apa yang terjadi pada cik sakura..dan untuk pengetahuan anda juga cik sakura tak pernah jejak langsung ke blog anda..tapi tak tahu la orang yang datang blog cik sakura dan singgah ke blog anda..tapi tangan ini tidak pernah tergerak untuk mencari blog anda..harap maklum..

harap penjelasan ini jelas..tolong jangan buat andaian sendiri..kalau apa-apa terus tanya pada cik sakura sendiri..sebab perbuatan anda telah menyakitkan mama cik sakura..tapi kami masih berdiam..cik sakura sendiri dah tak ganggu orang kesayangan anda..pernah ke cik sakura ganggu..fikirkan balik..pernah ke..sekarang anda bebas memiliki orang itu walaupun anda menganggap hanya sekadar ABANG..cik sakura dah tak pedulikan pasal korang lagi..doa cik sakura tetap ada untuk kalian berdua..semoga kalian berdua hidup bahagia..tapi tolong jangan buat mama cik sakura sakit dengan perbuatan anda..kalau betul cik sakura main-main tempoh hari kenapa cik sakura bagitahu semua orang tentang kehadiran dia dalam hidup cik sakura..dan kenapa cik sakura nak jebakkan diri dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa cik sakura dan kawan-kawan cik sakura sendiri..fikir la..anda budak universiti kan..


4 comments:

  1. oowwhh.. ini rupenye.. nvm.. it's ok.. just do it what u want to do.. just do it ok..

    pedulikan mereka yg pandai brkata² tu.. mulut manusia.. mane leh ttup selagi x mati..

    dia xuntung pape pn kate gitu.. n kamu yg untung andai kamu org² yg sabar.. :)

    ReplyDelete