-tersirat di sebalik seorang PENDIAM-

tak ada apa-apa yang ingin cik sakura coretkan..cuma rasa kenapa ianya terjadi..mana mungkin kita merubah segalanya bukan..ye mungkin di dunia kita menang namun di akhirat siapa tahu..kemenangan di dunia mungkin diakhiri dengan kegembiraan namun adakah kita akan mendapat kemenangan yang sama di akhirat kelak..

jika jalan yang di pilih dengan menipu dengan menampilkan muka yang suci dan bersih jadi silakan..mana mungkin percaya seorang yang berwajah suci, baik dan pendiam itu sebenarnya adalah di sebaliknya..mana mungkin orang nak percaya kata-kata orang lain kalau tengok perwatakan yang baik dan pendiam itu..tapi pada hakikat segala kejahatan telah dilakukan..orang yang tak kena lagi memang cakap baik tapi cuba dah kena..baru tahu kot langit itu tinggi atau rendah..

kenapa cik sakura nak persoalkan hal ini..sebab rasa sakit bila penipuan mula berleluasa..bila mulut manis berkata-kata buatkan penipuan dan alasan palsu mula menjadi-jadi..dah penat berkata-kata cuma cik sakura fikir tak penatkah berlakon seolah-olah suci dan murni..tapi pada dasarnya hanya TUHAN sahaja yang mengetahui..jadi apa yang cik sakura harap..hmm..tiada yang cik sakura harapkan..yang terjadi dah pun terjadi..siapa mangsa seterusnya itu bukan urusan cik sakura kot..yang penting cik sakura tak ingin makhluk tu..itu sahaja..


3 comments: