masih gagah lagi..walaupun urat-urat jelas kelihatan di tangan mahu pun di muka..demi mencari rezeki yang halal dengan kudrat tenaga dia mengayuh lanca usang..walaupun usang namun ianya dihiasai dengan senyuman yang ikhlas yang dizahirkan jauh dilubuk hati..demi mencari sesuap nasi kaki gigih mengayuh lanca usang..berbekalkan tuala putih dan topi usang dia tetap mengayuh lanca usang itu..mana tahu ada pelancong memerlukan khidmat dia untuk bersiar-siar bersama lanca usang..
santapan makanan hanya seadanya..nasi kosong dan ikan kering..itu sudah cukup menyelerakan..cukup sekadar mengisi perut kosong..rezeki yang diterima tangan ditadah tanda kesyukuran kepada yang MAHA ESA..indah bukan..sekerdil mana pun insan itu tetap sujud pada MAHA PENCIPTA..namun hati kecil ini terasa sebak melihat kegigihan seorang yang masih mampu mencari rezeki walaupun kudratnya tidak seberapa mana lagi..
timbul kesedaran diri ini untuk berbakti pada kedua ibu bapa..walaupun jauh di tempat orang namun berkat doa dari mama papa cik sakura mampu berdiri di atas dua kaki sendiri ditempat orang..ini semua doa dari mereka..jadi biarlah mereka meniti waktu usia mereka pada saat ini dengan penuh keselesaan..dan untuk pakcik cik sakura doakan semoga TUHAN berikan pakcik kekuatan untuk meneruskan hidup dan dikurniakan rezeki..terima kasih atas budi pertolongan pakcik..sangat-sangat cik sakura hargai..
Nice Entry...Beca ni kat Penang masih boleh nampak...
ReplyDelete@WuMing
ReplyDeletethanks..yup di penang masih digunakan..tarikan pelancong ni..