cik sakura pun tak tahu nak mulakan macam mana..sesuatu benda itu memang ada baik buruknya..bukan semua benda baik kita dapat lihat dan bukan semua benda buruk yang kita dapat perolehi..setiap benda ada persamaan dan perbandingan..dan sebab FACEBOOK juga la cik sakura cuba kurangkan disebabkan hati cik sakura betul-betul hancur..lupakan pasal hati cik sakura..mari kita berkongsi masalah teman sepejabat cik sakura..
kawan cik sakura mengadu yang teman lelakinya tak bagi langsung dia memberi sebarang komen di wall facebook teman lelakinya itu..padahal ramai kawan-kawan teman lelakinya boleh memberi komen dan majoriti paling banyak adalah kawan-kawan perempuan..dalam hati kawan cik sakura terdetik 'YANG PEREMPUAN LAIN BOLEH..AKU TAK BOLEH..HABIS SIAPA AKU'..macam-macam persoalan yang ditanya kepada teman lelakinya itu..namun penghujungnya akan berakhir dengan sebuah pergaduhan..ya..teman lelakinya seolah-olah akan melepaskan marah sebab nak tutup kesalahan diri sendiri..sebab apa nak tutup..baca perenggan seterusnya..
teman lelakinya ini tidak jujur..dah bertahun bercinta macam-macam teman lelakinya ini dah buat sehingga bertukar tempat kerja bukan masalah kerja tapi masalah kes tangkap khalwat..berat bukan..tapi teman lelakinya ini pura-pura berlagak baik seolah-olah kawan cik sakura ini tidak tahu..nak tahu apa kegiatan di facebook teman lelakinya..dekat wall memang tak nampak keburukkan..tapi dalam inbox sangat banyak..luar nampak alim tapi disebaliknya hanya TUHAN saja mengetahui..bukan perempuan sahaja yang dilayan tapi golongan lelaki yang nak jadi dan sudah menjadi PEREMPUAN pun dilayan juga..pelik..nafsu dua ke..
banyak lagi keburukan yang nampak di depan mata..kawan cik sakura hanya mampu menangis dan terus menangis..ingatkan zaman penipuan di FRIENDSTER sudah pun berakhir..rupanya diteruskan di FACEBOOK..jadi dimana silapnya kemudahan yang diberikan laman sosial ini..untuk bersosial sesama kawan atau pun meningkatkan kawan sosial untuk melakukan gejala sosial..sama-sama kita fikirkan..
p/s: mungkin cik sakura seorang perempuan dan anda dapat melihat bias di dalam diri cik sakura..mana mungkin seorang perempuan tidak membela kaumnya sendiri bukan..golongan ADAM jangan bersangka buruk sebab cik sakura juga tahu golongan ADAM juga pernah mengalami situasi di atas..mari berkongsi pendapat kalian dengan cik sakura..
realitinya..laki camnie mmg tak jujur..tak guna tggu lagi...
ReplyDelete@Asyieq-iN Rkey
ReplyDeletemungkin juga betul pendapat anda..
perghh.. jht tul.. moga2 cepat lah lelaki tersebut sedar dan insaf akn kesalahannye..huhu
ReplyDeleteni mmg kes berat..yg teraniaya sapa??perempuan gak..sbb tu jgn bagi muka sgt kat laki2 ni..dia boleh tp kita apaa pon tak boleyy!!..tu pndpt fiza la
ReplyDeletemacam-macam skarang nii... Laman sosial ni memang ada baik dan buruknya...
ReplyDeletelelaki atau perempuan itu bukan persoalannya..
ReplyDeletebukankah telah dijanjikan, lelaki yang baik utk perempuan yang baik dan sebaliknya.. :)
persoalannya adalah dimana kejujuran. cadangannya, biarlah lelaki itu dengan ketidakjujurannya. bantu kawan cik sakura keluar dari masalahnya. kdg, meninggalkan bukan jln terbaik. :)
ish2.. dasyat.. jgn makan ati berulam jantung ja kwn cik sakura tu.. dah terang2 nmpak llaki tu salah jgn di tunggu lagi..-komen yg agak kejam-
ReplyDeleteerr!
@AesyaZealous
ReplyDeleteinsyaALLAH..ini semua bergantung pada diri dia juga..
@HaFizaH aYu
terima kasih dengan pendapat fiza..mungkin sebab diorang lelaki..tak mengapa mungkin ada yang lebih baik nanti..
@WuMing
betul tu..bergantung bagaimana kita menggunakannya..
@izfanora
terima kasih dengan pendapat anda..mungkin jalan penyelesaian bergantung kepada mereka berdua..sebagai kawan kita boleh menasihati tapi itu hati mereka kan..biar lah hati mereka untuk membuat keputusan yang bijak..
@amiraliyana
hehe..ye dah terang nampak kejahatan..namun dia tutup dengan sifat budi pekerti yang mulia..ntah lah..