-kenangan bersama SUDIRMAN-


allahyarham sudirman haji arshad..siapa tak kenal..hampir serantau negara kenal beliau..nama yang tidak asing bagi mereka di dunia hiburan mahu pun tidak..cik sakura bukan nak menulis tentang sejarah hidup beliau tapi ini antara sedikit kenangan yang pernah cik sakura rasai..


dulu sewaktu cik sakura masih kecil papa selalu belikan cik sakura air tin SUDIR..macam air tin coca-cola tu..macam-macam perasa ada..yang paling best mesti ada gambar sudirman..cik sakura dan adik-beradik lain mesti gembira bila lihat papa belikan air tin SUDIR..bukan apa selalu tengok sudirman menyanyi di tv kali ni nampak muka dia di tin..best kan waktu tu..


bila balik kampung mahupun ketika cik sakura di perantauan lagu BALIK KAMPUNG menjadi tatapan halwa telinga cik sakura..kalau dapat balik kampung dan dengar lagu ini mesti rasa tak sabar nak jumpa papa dan mama..tapi kalau cik sakura tak dapat balik lagi2 masa raya mesti nangis bila dengar lagu DARI JAUH KU POHON MAAF..bila berjauhan dengan keluarga dan dengar lagu ni mesti air mata meleleh..hehe..tengok ketupat rendang teringat mama dan papa..tapi kerana untuk masa depan cik sakura harungi dengan tabah..


kini allahyarham sudirman telah tiada..lagu yang tetap segar diingatan cik sakura adalah NILAI CINTAMU..bagaikan ada sesuatu pada lagu ini dalam hidup cik sakura..tapi walaupun beliau telah tiada nama beliau tetap terus diingati..semoga anak-anak masa depan nanti tidak akan melupakan penyanyi yang tersohor ini..siapa yang mahu lupakan penyanyi yang memakai baju JALUR GEMILANG/BENDERA MALAYSIA ketika membuat persembahan..penyanyi MALAYSIA yang pertama membuat persembahan di Albert Hall, London..masa tu cik sakura masih kecil tapi waktu siti nurhaliza membuat persembahan itu dapat la cik sakura rasai..


ingatan terhadap allahyarham SUDIRMAN tetap segar di dalam ingatan..pesanan papa kalau kita ingat orang yang telah tiada bukan hadiah atau air mata yang lebih bernilai kecuali AL-FATIHAH..jadi kawan-kawan marilah sedekahkan AL-FATIHAH kepada allahyarham..semoga roh beliau tenang di sana..AMIN..


No comments:

Post a Comment