dah masuk petang dah..cik sakura baru nak buat entry baru..penat semalam pun tak habis lagi..hehehe..alhamdulillah lagu GURINDAM JIWA berjaya cik sakura bawa sampai ke penghujungnya..kredit kepada kawan cik sakura sebab berjaya cari kebaya yang sangat cantik tapi ish2 tak dapat cik sakura gambarkan rampingnya kebaya tu..macam kebaya zaman dahulu kala tapi sangat cantik..makasih ye..jangan kata lagu GURINDAM JIWA tapi cik sakura juga telah 'dibuli' untuk menyanyikan lagu PATAH HATI..hah tau la cik sakura tengah 'heart broken' kan..kenapa nak suruh cik sakura nyanyi lagu macam tu..oleh kerana tu permintaan profesor cik sakura maka dengan berat hati nyanyi juga la..ishhh
pagi-pagi selepas subuh, cik sakura dapat satu panggilan daripada seseorang..kenalan lama yang dulu pernah bertahta di hati bukan di jantung..hehehe..tak nak story kisah lama..tak best pun..owh dia menjemput cik sakura menjadi teman dia ke majlis perkahwinan sahabat dia..mula-mula agak pelik sebab dia ajak cik sakura..kenapa cik sakura kenapa tak ehem ehem..hah..nanti la cik sakura bagi jawapan ye sebab cik sakura masih memikirkan jadual yang penuh dan sangat padat..
kawan-kawan apa pendapat kawan-kawan semua..pergi atau tak?????..cik sakura perlukan jawapan sebab hati macam berat je..
No comments:
Post a Comment