-bila pelajar mengadu mengenai hal cinta dan kahwin-


hari ini memang banyak kerja cik sakura yang tertunggak..tugasan pelajar-pelajar cik sakura pun belum siap semak lagi..tu belum lagi dengan tutorial diorang dan macam2 kertas ujian lagi..ni pun ada yang belum hantar lagi..maklumlah minggu lepas kan ada pilihan raya kampus..jadi masing2 sibuk berparti sakan..tak mengapa kalau ingin jadi pemimpin..jadilah pemimpin yang baik yang disegani oleh rakan-rakan anda di dalm kampus ye..

tengah sibuk edit penyelidikan cik sakura tiba-tiba terdengar pintu diketuk dari luar..owh ada student cik sakura datang nak jumpa..mungkin mengenai tugasan berkumpulan tempoh hari..ok..tak ramai datang hanya 3 orang yang datang sebentar tadi..ok cik sakura layan macam biasa dan jawab segala pertanyaan yang diberi mengenai tugasan..nampaknya cik sakura sendiri yang menyelesaikan tugasan cik sakura..hey..ni sape yang belajar ni..susah ye keja asyik 'menyuap' je..tapi tak dinafikan soalan-soalan yang diberi memang susah bagi mereka..

setelah hampir 30 minit berbincang tiba-tiba student A mula bersuara..cik sakura dah berpunya belum..ehh budak ni..ni kan waktu bekerja takkan nak tanya mengenai peribadi..so cik sakura jawab la belum..mama cakap tak baik menipu..student A bersuara lagi..orang macam cik sakura takkan tak ada yang berpunya lagi..cik sakura hanya mampun tersenyum lalu berkata-kata..awak kenapa..ada apa2 yang ingin dikongsi dengan saya..maklumlah tengok muka student cik sakura ni monyok semacam je..setelah dia menghembuskan lelahan nafas yang terakhir ini hasil yang cik sakura perolehi...

"saya dah bercinta dengan dia sejak zaman sekolah lagi..dan kami berjanji akan bertunang dan berkahwin selepas tamat pengajian..tapi baru setahun kami di sini cinta dia macam beralih arah..macam ada sesuatu yang disembunyikan dari saya..selidik punya selidik rupanya dia ada perempuan lain..kenapa ye cik sakura ada juga perempuan yang musnahkan perhubungan kaum diorang sendiri..cuba kalalu saya musnahkan hubungan dia dengan teman lelaki dia..marah tak..saya buntu sebab saya dapat tahu sesuatu yang telah menyakiti hati saya dan langsung tak boleh diterima akal..semuanya saya nampak melalui facebook..kini dia beralih arah menjalankan penipuan dia melalui YM..saya dah penat dengan penipuan dia cik sakura..."

hmm..cik sakura tak tahu untuk berkata apa2..soal hati ini memang tak boleh dipaksa..kalau cik sakura cakap sesuatu tapi hati dia tetap berdegil jadi tiada gunanya..pokok pangkal hati sendiri..memang betul kita terlalu sayangkan diri orang lain sehingga lupakan diri sendiri..jadi mulai hari ini sayangi diri sendiri dulu..orang lain tak akan hargai diri kita kalau kita tak hargai diri sendiri dulu..betul tak..lagi pun student A ni masih muda..jauh lagi perjalanan dia..belajar pun tak habis lagi..jadi tumpukan pada pengajian dahulu..soal jodoh ini biar tuhan yang tentukan..

kawan-kawan student A hanya mampu berdiam diri..cik sakura hari ini dah menjadi kaunselor plak..cik sakura doakan yang terbaik untuk dia..apa yang terjadi itu boleh dijadikan pengajaran..dalam hidup ini kinta tak akan berhenti dari belajar..belajar untuk menjadi lebih baik dan terus baik..waktu tengah kerja pun kita masih belajar untuk menjadi pekerja yang berdedikasi..suri rumah pun belajar untuk menjaga rumah tangga mereka dan yang bersara juga masih belajar untuk meneruskan kehidupan mereka..belajar untuk meningkatkan kemampuan diri belajar untuk mematangkan diri dan belajar untuk memperolehi kebahagian..itu yang pasti..

ini sahaja nukilan dari cik sakura..jap ye nak sambung edit research balik..


No comments:

Post a Comment