ada cakap perempuan lebih ego dan ada yang berpendapat lelaki lebih ego..masing-masing saling menyalahkan pihak lain dan menunding jari ke arah jantina yang berlainan..tapi sedarkah bahawa yang sama ada perempuan mahu pun lelaki masing-masing ada EGO..jangan la kata TIDAK..kita manusia ini tidak sempurna jadi sedikit sebanyak ego itu tetap ada..kadangkala sifat ego ini boleh mendatang masalah kepada persekitaran juga..terlalu ego boleh memberi kesan negatif pada diri sendiri mahu pun orang di sekeliling kita..jadi turunkanlah sedikit ego anda itu supaya ianya tidak menyusahkan diri dan orang lain..percayalah walaupun kita merendah sedikit ego itu dunia akan menjadi tenang tanpa perselisihan paham..
macam mana nak tahu orang itu EGO atau x..
- tidak mahu menerima pandangan orang lain..dia aja yang betul..sering bercekak pinggang (perempuan selalu buat tapi laki ada buat tak..)
- selalu berwajah serius dan masam..xmesra alam atau pun friendly
- memilih kawan atau memilih orang yang sama keturunan dan taraf sahaja..(siapa kau doktor, lawyer, majistret...)
- cepat marah lagi2 bila ada orang buat silap dan bila kesilapan itu menimpa ke atas diri sendiri maka puting beliung akan muncul..cepat lari..
- tercabar dengan kebaikan orang lain..(aku akan buat lebih baik dari kau..tengok la..)
tanda anda ego
- jika seorang ketua, selalu bersifat kasar ketika beri arahan
- jika tidak dilantik untuk sesuatu jawatan, akan berasa cepat kecawa dan tidak tenang
- mudah marah bila dinasihati
- susah nak taat pada ketua dan bersifat degil
- emosional dan mudah tersinggung
- memilih kawan yang setaraf
- menonjol diri secara berlebihan
- memperlekehkan orang lain
- suka menyampuk perbualan orang lain
- buruk sangka
- meninggikan suara ketika bercakap
- menonjol diri berlebihan
bagi cik sakura ego boleh di atasi melalui sikap toleransi dan komunikasi itu penting..tidak guna nak bertekak dalam sesuatu perkara..komunikasi yang baik segala kerja atau aktiviti yang dilakukan akan berjalan dengan lancar..dalam perhubungan pun sikap ego harus dielakkan..macam mana nak pertahankan sesebuah perhubungan kalau dua2 ego..api dengan api maka terbakar la kamu..
*sumber asal BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment