-HIDUP, WARNA dan BARANG-

hidup ni macam GULA dan GARAM..ada manis ada masin..dan kadangkala hidup pun macam KOPI..ada kalanya pahit untuk di telan..macam HEMPEDU..atau mungkin dikaitkan dengan hati..makan hati ayam ke lembu ke ok lagi tapi kalau dah makan hati orang tu macam mana ye..telan je lah..kalau nak luah pun nak luahkan dekat siapa ye..

ada orang buatkan kita macam GULA-GULA..di 'gula-gula' kan kita sampai kita boleh ditolak-tolak macam bola..ke kanan boleh ke kiri pun boleh..disepak-sepak dan ditendang-tendang..ada kalanya sampai tersasar macam perlawanan tempoh hari di mana terengganu tumpas kepada negeri sembilan..den dah cakap tapi ekau tak cayo..apa-apa pun tahniah..biasalah adat pertandingan ada kalah dan menang..lain kali cuba lagi ye..

hidup masam-masam manis..macam gula-gula NANO kan..tapi tu gula-gula..biar apa-apa pun hidup kita ini kita kena redha..terima segala yang ada..baru seimbang..kalau hidup sentiasa manis je tak best juga..sesekali diuji tu buat kita lebih kuat dan matang meneruskan kehidupan yang indah ini..hidup kita indah sebenarnya..cuma kita yang mencorakkan warna yang gelap..cuba kita corakkan dengan warna yang ceria dan menarik tentung hidup kita akan harmoni bukan..namun kadangkala ada anasir luar yang cuba mewarnakan kehidupan kita..hah warna apa yang mereka gunakan itu..renung-renungkan...


5 comments:

  1. warna warni kehidupan.. semoga kita bakal mencorakkan kehidupan kita ke arah yang lebih baik dan harmoni,...

    ReplyDelete
  2. asam garam kehidupan la katakan

    ReplyDelete
  3. @Ardini Humaira
    yup.tepat sekali..

    @Gen2Merah
    insyaALLAH..

    @Run Away
    yup..

    @azizul
    ye..tu namanya kehidupan..

    ReplyDelete